Header Ads

ads header

Flash News

Bomba yang diserang rusuhan kuil kini makin tenat.. doakan supaya sembuh


Keadaan kesihatan anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini, Muhammad Adib Mohd Kassim, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam kenyataannya berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

"Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya.

"Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan dan beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi.

Kata IJN langkah itu dibuat untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

"Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan.

"Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu.- Bernama


MR :  Doakan supaya Allah permudahkan dia dan keluarganya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Sedih..xkan begitu buta perusuh kuil tidak kenal pakaian bomba. Apa lg niat Dan agenda mereka jika tidak mahu memarakkan keganasan perkauman yg lebih besar?

    BalasPadam
  2. Semua pihak harus belajar dari himpunan anti-ICERD. Sudahlah jauh lebih ramai (500,000) dari segi peserta yang ambil bahagian ia juga adalah himpunan paling berhemah dalam sejarah dan paling berjaya dari sudut matlamat dan sasaran: ICErd berjaya dibuburkan buat selama-lamanya.

    BalasPadam
  3. Siapakah yang sepatutnya melindungi ahli bomba dalam rusuhan tersebut ? Mengapa pihak berkaitan membiarkan ahli bomba dan kenderaan bomba tersebut diserang oleh perusuh-perusuh hindu ???

    Adakah SOP standard ialah buat pemerhatian sahaja walaupun perusuh-perusuh Hindu menyerang ahli bomba dan kereta bomba dan membakar kenderaan awam ???

    Kasihan ahli bomba tersebut terpaksa dimasukkan ke ICU dan menggunakan sistem Muhammad Adib Mohd Kassim sedangkan perusuh-perusuh hindu tersebut masih hidup bebas dengan jaminan polis. Bagaimana pula suspek-sespek lain yang masih bebas ???

    Marilah kita semua berdoa supaya Allah menyembuhkan Muhammad Adib Mohd Kassim supaya beliau boleh bertugas menyelamatkan manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Kasihan ahli bomba tersebut terpaksa dimasukkan ke ICU dan menggunakan sistem Veno-Venous ECMO sedangkan perusuh-perusuh hindu tersebut masih lagi hidup bebas dengan jaminan polis. Bagaimana pula suspek-sespek lain yang masih bebas ???

      Mustahil perusuh-perusuh hindu tidak mengenali anggota bomba berdasarkan uniform bomba yang dipakai ! Ini jelas menunjukkan perusuh-perusuh hindu telah menyerang ahli bomba dengan niat membunuh.

      Padam