Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu tubuh pusat pemulihan dadah holistik


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah pusat pemulihan dadah secara holistik menggunakan pendekatan lebih komprehensif.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, Modul Perawatan Psikospiritual Interaktif Terapi Gantian Minda (i-TGM) pada 2020 berkenaan adalah hasil kajian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dijalankan dalam tempoh lima tahun.

“UniSZA berjaya membukukan 13 modul i-TGM menggunakan pendekatan holistik melalui gabungan empat pendekatan berbeza iaitu aspek biologi, psikologi, sosial dan psikospiritual sekali gus sebagai jambatan bagi menghubungkan konsep perubatan moden dan alternatif.

“Jadi, kita akan berusaha untuk merealisasikan modul itu dengan menubuhkan pusat pemulihan berkonsepkan perkampungan dengan turut mengambil contoh pelaksanaan modul itu oleh Pusat Komuniti Saadah (PKS) yang telah beroperasi selama dua bulan di Kuala Nerus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan 2nd International Conference in Addiction Science: Holistic Approach to Misuse and Addiction Management; “Wind of Change” for A Translational Research di UniSZA kampus Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Ketagihan (CentRenA) UniSZA, Prof Dr Nasir Mohamad.

Dalam pada itu, Mohd Nor berkata, walaupun belum mempunyai lokasi yang benar-benar sesuai, pihaknya menjangka seramai 50 pelatih dapat ditempatkan dalam satu-satu masa setelah pusat pemulihan itu beroperasi.

“Pusat pemulihan ini ditubuhkan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam), pihak hospital dan lain-lain agensi berkaitan.

“Antara konsep yang akan diwujudkan ialah sebuah perkampungan yang terkawal, menerima pelatih yang bersedia dan sukarela, tidak mendedahkan pelatih kepada suasana komuniti yang tidak kondusif dan menerapkan konsep agama Islam menerusi proses pemulihan,” katanya.

MR :  Kerajaan PAS Terengganu diam-diam buat kerja


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan