Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya berpuluh-puluh tahun berada dalam PAS tak tahu bahawa PAS itu parti politik bukan agama


Saya ingin merujuk tulisan ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berkenaan tajuk "Parti Politik Bukan Agama" dalam program anjuran parti AMANAH.

Mukadimah penulisan Ustaz Ghani sangat menarik antara lain dalam tulisannya;
Sejarah kemunculan Parti Amanah Negara memang sangat unik dan mendesak. Ia lahir dari krisis kelainan dan kepelbagaian pendekatan menangani masalah dan isu politik yang pelbagai dan rencam.
Ia terbit dari kesilapan pimpinan utama, pengaruh dan kecenderungan kedaerahan, persanggitan golongan profesional dengan golongan yang dianggap ulama tradisional kerana perbedaan pendekatan menyelesaikan masalah politik negara dan juga kerana tuntutan memperkukuh pakatan tahaluf parti-parti pembangkang demi mewujudkan posisi strategik yang lebih memihak kepada parti-parti pembangkng demi kelangsungan perjuangan menumpaskan kebatilan, kezaliman, kejahatan dan rasuah.
Ini saya setuju. Ada satu pihak berpendapat tahaluf terbatal apabila Islam tergugat termasuk Melayu Islam. Satu pihak lagi yang kini menjadi parti AMANAH sekarang berpendapat tahuluf diteruskan dengan menepikan Islam sementara bagi memenuhi kerjasama. Ayat "kita buat bila kita menang nanti". Kumpulan ini bermatlamat kemenangan dulu baru buat Islam kemudian.

Ustaz Ghani menulis lagi
Gandingan antara kepimpinan ilmuan profesional dan ulama yang berkaliber membentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan Islam masa kini dengan kepakaran dan pengalaman masing-masing menjanjikan kemantapan strategi dan tindakan dalam memposisikan parti dan mengatasi isu-isu politik dalaman dan luaran.

Keilmuan dan pengalaman yang lama sebagai ilmuan agama, 17 tahun pengalaman sebagai pemimpin PUM, beberapa tahun sebagai Naib Presiden Pas, selain sekian lama menjawat jawatan penting di Pusat Islam, Penasihat Umum AMANAH Ust Ahmad Awang yang dibantu oleh saya, mempunyai kematangan dalam memberi pandu arah yang tepat – Insya Allah – terhadap hala tuju parti tanpa terpusing dan tidak tentu hala.
Yang ini saya tak setuju. Saya rasa 2 orang tokoh agama dalam AMANAH sekadar "tonggol kayu mati" dalam parti AMANAH. Saya tak nak hujah panjang. Hanya saya lihat dalam 2 gambar (2 aje ada banyak lagi) 2 tokoh agama ini tidak ada sebarang kenyataan rasmi.



Dalam isu bersalam, memang ada banyak pendapat tapi malangnya pendapat 2 tokoh agama dalam AMANAH tak ada membisu!! Sepatutnya ada penjelasan kenapa Dr Zul tak bersalam Mat Sabu bersalam???? Why?

Ustaz Ghani menulis
Sebab itu kehadiran AMANAH yang mewakili jalur Islam adalah suatu kemestian atau suatu yang wajib demi kemenangan cita-cita rakyat; memandangkan parti Pas sudah kehilangan kredibiliti di kalangan pengundi bukan Melayu dam bukan Islam.

Di sini kita lihat kemunculan AMANAH adalah kehadiran yang memberi kekuatan kepada kesinambungan perjuangan Islam seperti yang dipimpin oleh Ust Fadzil Mohd Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebab itu kita melihat perjuangan Pakatan Harapan semakin mendapat sambutan dan semakin mantap dan padu akhir-akhir ini.
Ini ustaz Ghani dapat fakta dimana? Pertama saya nak tanya apa yang parti AMANAH buat dalam PH untuk Islam. Tolong jawab? mengelirukan Islam dengan pelbagai kenyataan memang ada terutama si Dr Mujahid yang dia rasa dia aje ada phD agama.

Apa kesinambungan perjuangan Ustaz Fadhil dan TGNA? Saya nampak AMANAH pergunakan 2 tokoh PAS ini menjadi "berhala' untuk dipuja oleh ahli-ahli yang sebenar mereka dipesong pemikirannya oleh dakyah palsu tentang pimpinan PAS sekarang.

Ustaz Ghani menulis

Dalam tulisan Dr Yusuf Al Qaradhawi bertajuk “Jadaliyatu Ta’addudil Ahzab” beliau menegaskan:
“Tiada terdapat apa-apa halangan syar’ie untuk wujudnya lebih dari satu parti politik dalam negara umat Islam. Kerana halangan syar’ie kalau ada mestilah dengan adanya nas yang mengarahkan demikian, namun tiada nas dalam hal ini.
Saya berpendapat ini adalah mencari hujah untuk membenarkan tindakan yang salah dan tersasar dalam ijtihad politik. Saya bagi contoh mudah untuk perkara ini. "Batal tak air sembahyang sentuh suami isteri". Kalau nak batal carilah dalil yang batal, itu Shafie gunapakai. kalau tak nak batal carilah dalil yang tak batal... hatta dalam mazhab Shafie sendiri pun ada kaul yang kata tak batal yang itu Tabung Haji guna untuk jamaah Haji semasa tawaf.

Ustaz kalau cari alasan dalam berhujah untuk tegakkan kesilapan berlaku, bagi saya itu bukan perkara sukar. Alasan kan!!! Sesiapa boleh berikan. Tapi perbuatannya adakah parti AMANAH ini suatu yang menguntungkan Islam? Jawapan memang tidak. Parti AMANAH adalah sejarah bagaimana perjuangan agama boleh dijual dengan kemenangan yang akhirnya membuatkan umat islam tersempit!!

Saya pun malas nak ulas, satu persatu jadi saya ambil ayat terakhir. Pajang penulisan ini.
Berpuluh ilmuan dan ulama lama dan muda yang terpelajar dan berbakat dalam penulisan dan pengkajian mereka ikut menyertai parti Islam yang progresif dan inklusif ini adalah bukti bahawa parti ini akan membawa obor kemenangan rakyat, umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya untuk masa-masa yang akan datang.
Penyertaan ulama dan cerdik dalam parti AMANAH bukan hujah benar parti AMANAH. Rasulullah s.a.w. dulu semasa dakwahnya Ustaz Ghani, tak ramai cerdik pandai yang ikut mereka. Yang cerdik pandai banyak menyeleweng. Ustaz bacalah sirrah nabawiyyah. Sebelum nabi pun yang cerdik pandai menyertai Qorun termasuk yang bina bangunan tinggi untuk melihat Tuhan nabi musa a.s.

Yahudi pun ramai cerdik pandai. Kristian sekarang ini pun ramai cerdik pandai.

Pengalaman saya ustaz.. Yang cerdik pandai dalam parti hanya duduk selesa dengan pelbagai teori dan program, manakalah mereka yang berjuang sepenuhnyabertungkus lumus siang dan malam untuk perjuangan.

Kertas yang ustaz menulis ini sesuai dengan ahli-ahli IKRAM yang ramai cerdik pandai tetapi malangnya buta dalam politik perjuangan. Mereka rasa mereka betul dan mereka berhujah untuk menegakkan kebathilan dengan hujah-hujah syarie. Malang buat mereka tertipu dengan duniawi dalam melangkah perjuangan.

Saya pernah membaca bagaiman zuhudnya pimpinan khawarij dan begitu hebatnya kepimpinan Syiah Rafidah tapi malang amalan mereka tak kemana kerana mereka tersesat dalam cahaya!

MR :  Saya setuju dengan IKRAM, kesian juga sesetengah mereka sedar kesilapan tapi masih ada ego yang tak mahu tunjuk kesilapan




-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bila 'pecah dan perintah' diabaikan, natijahnya besar dan jelas. Tiada apa yang suara mokmeen PH yang kecil itu boleh lakukan untuk berdepan isu ICERD. Suara pembangkang juga yang di 'pujuk' untuk menjadikan suara mokmeen lebih besar bagi berdepan isu ICERD.

    BalasPadam
  2. Apabila puak munafik liberal dan syiah yang mempunyai agenda peribadi seperti kuasa dan jawatan menyertai parti Islam , mereka terpaksa berpura-pura menyokong perjuangan Islam sedangkan hati mereka membenci Islam dan umat Islam maka mereka menjadi tidak tenang dan selalu gelisah seperti cacing kepanasan.

    Akhirnya lakonan puak munafik liberal dan syiah ini terbongkar apabila ciri-ciri munafik mereka terbongkar sedikit demi sedikit di hadapan pemimpin dan ahli parti Islam yang menyebabkan puak munafik liberal ini kalah dalam pemilihan pucuk pimpinan parti Islam.

    Akhirnya puak munafik liberal dan syiah keluar dari parti Islam kerana kejahatan mereka telah terbongkar dan membentuk parti kuali imayam putu mayam yang bernaung di bawah parti kafir harbi biaDAP yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Dan mereka menjadi agen kafir harbi memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam sebelum PRU.

    Ini bererti puak munafik liberal ini telah menjadi khadam parti kafir harbi dan ini terbukti apabila mereka bersekongkol dengan parti kafir harbi menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam dan parti Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu. Sebaliknya mereka lebih suka membela hak orang-orang kafir semata-mata kerana mereka mahukan undi puak minoriti!!!

    Mereka ini adalah badut dan pelawak ternakan parti kafir harbi biaDAP. Jika tuan kafir harbi mereka dihumban ke neraka, mereka sebagai pengikut akan turut dihumban ke dalam neraka sebagaimana Fir'aun dihumban ke dalam neraka bersama pengikut-pengikutnya.

    Mereka lebih takut pada tuan kafir harbi mereka dari Allah walaupun mereka mendakwa kononnya mereka beragama Islam !!!

    BalasPadam
  3. Keluar agama bermakna murtad. Kalau anggapan dan kepercayaan puak serpihan ialah parti adalah agama, sendiri kene ingat akan hukum keluar parti. Noktah.

    BalasPadam