Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin minta Maszlee lepas jawatan UIAM secepat mungkin


PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dinasihatkan supaya melepaskan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan segera, kata Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan dan parti membuat keputusan tersebut namun ahli Parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

“Ini keputusan kerajaan dan juga parti, dan beliau tahu dan terima keputusan tersebut… atas sebab itu saya suka menasihatkan beliau untuk berbuat demikian secepat yang mungkin,” katanya mengulas kedudukan Maszlee sebagai presiden UIAM yang dipersoalkan kelayakannya kerana memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-Undang (JPU) hari ini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebelum ini, media memetik kenyataan pegawai khas Maszlee bahawa Maszlee akan melepaskan jawatan tersebut selepas menyelesaikan beberapa isu termasuk mencari pengganti.

Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ke-7 selama 3 tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Ditanya berkenaan sokongan terbuka wakil rakyat DAP terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Muhyiddin berkata beliau tiada masalah mengenainya kerana keputusan akhir meratifikasi ICERD terletak kepada kerajaan.

“Kita tidak membataskan sesiapa daripada mengemukakan pandangan kerana pada akhirnya kerajaan yang akan membuat keputusan dan kami bertanggungjawab memutuskan yang terbaik untuk negara,” katanya.

MR :  Ada suara lagi ke Presiden Bersatu?


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Selama ini pun melaise first jadi sasaran kepada cinefirst kerana kononnya melaise first adalah RASE based principal. Sementelahan ICERD melihat melaise first adalah bertentangan dengan nilai yang di cadangkan untuk dipegang, adalah dijangkakan pertembungan antara melaise first dan cinefirst dalam isu ICERD adalah seumpama buku bertemu ruas. Yang pasti akan ada pemenang dan ada pengalah. Tiada istilah menang-menang.

    BalasPadam