Header Ads

ads header

Flash News

Khalid Samad akui terlibat dalam Harapan Coin


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini mengakui dia dan rakan-rakan terlibat dalam matawang kripto Harapan Coin yang akan dicadangkan kepada Bank Negara dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk transaksi kerajaan.

Beliau mencadangkan penggunaan mata wang digital itu kerana ianya teknologi baru.

Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak Khalid mendedahkan dalang sebalik projek Harapan Coin itu kerana beliau meragui agenda memperkenalkan matawang digital itu untuk transaksi kerajaan seperti pembayaran lesen dan saman.


“Yang pengasas Alibaba Group, Jack Ma, pun kata ini teknologi masa depan, lalu apa yang hairannya?” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek Lost Food dan program projek perumahan rakyat di Kerinchi malam tadi.

Khalid memberitahu pemberita bahawa dirinya juga menceburi bidang matawang kripto sebelum menjadi menteri.

“Bila kita mentadbirnya dan menggunakannya dengan baik akan ada nilai. Orang semua akan beli dan harga dia akan naik bila kita gunakan Harapan Coin dalam urusan dengan kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Khalid berkata cadangan penggunaan matawang kripto adalah dari sebelum pilihan raya umum lalu lagi.

“Harapan Coin ini dihasilkan sebelum pilihan raya untuk mengutip sumbangan daripada orang ramai untuk Pakatan Harapan dan ianya telah dilancarkan dan telah mencapai matlamatnya,” katanya.

Harapan Coin dilapor akan menjadi platform biaya ramai politik pertama menggunakan teknologi matawang kripto dan “block chain”.

Khalid sebelum ini dilapor mencadangkan penubuhan satu badan kawal selia bagi memastikan projek itu tidak mudah dimanipulasikan oleh orang luar.

Projek itu bagaimanapun diragui oleh ahli politik pembangkang dan kerajaan seperti Najib dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Pada 27 Februari, Bank Negara mengeluarkan Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan selepas mengambil kira maklum balas daripada wakil pengurup wang digital, persatuan industri, firma undang-undang, institusi kewangan dan ahli akademi.

“Dasar ini bertujuan untuk memastikan langkah-langkah berkesan disediakan terhadap risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan untuk meningkatkan ketelusan bagi aktiviti mata wang digital,” katanya.


MR :  Hebat puak PH pasal duit


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Weiii harapan coin boleh lavida coin ko tak benarkan pulak.Harapan coin laris la kalau byran ke gomen mesti guna coin harapan hampeh ni. Tambah merundum la rm.

    BalasPadam