Header Ads

ads header

Flash News

Edar Bible kepada umat Islam: Apa tindakan kerajaan?


Kerajaan Pakatan Harapan perlu memandang serius kegiatan penyebaran dakyah Kristian yang dipercayai menyasarkan umat Islam, kata Presiden Professional Muslim Community (PMC), Hazwan Mohamad.

Beliau berkata, kebebasan yang diberi untuk mengamalkan agama masing-masing, bukanlah bermakna boleh berbuat sesuka hati, sehingga mengganggu-gugat agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Dari kisah pendakyah Kristian edar Bible di kawasan sekolah, pengedaran risalah Kristian bertajuk ‘How To Know God’ di kawasan perumahan di Pulau Pinang, sehinggalah pendakyah-pendakyah Kristian dari luar negara yang bergerak secara berkumpulan memberi ‘dakyah’ mereka secara terbuka di stesen-stesen LRT di ibu kota.

“Saya sendiri pernah melihat kejadian di mana pendakyah Kristian mendekati anak-anak muda Melayu Islam sekitar taman rekreasi di Petaling Jaya. Saya kira, kita memasuki era Malaysia Baharu dengan semangat yang baharu. Jadi apa tindakan kerajaan untuk menangani isu ini?,” katanya dalam satu kenyataan.

Hazwan menegaskan, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Manakala dalam Perkara 11(1) menekankan, ‘tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya’.

Selain itu, melalui Perkara 11(4), Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang Islam.

“Cantik sungguh bagaimana datuk nenek moyang kita yang bersama memikirkan dengan begitu halus meletakkan frasa-frasa dalam Perlembagaan sehingga perihal kelangsungan agama dan bangsa pun turut tersemat dalam Perlembagaan kita,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada mana-mana negeri yang masih belum lagi menggubal undang-undang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk segera berbuat demikian.

“Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan perlu segera menggubal undang-undang untuk mengawal pengembangan agama lain dalam kalangan umat Islam. Kita tidak mahu dakyah Kristian terus berleluasa,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible dan risalah Kristian, antaranya di Puchong, Pulau Pinang dan Kedah.


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Pihak B bertanya kenapa A boleh sebarkan risalah pada B sedangkan B tak boleh sebarkan risalah pada A. Ini satu soalan yang mana jawapannya sukar memuaskan hati pihak yang bertanya.

    Namun jawapan bagi pertanyaan si B adalah sama dengan jawapan bagi pertanyaan "kenapa LGE boleh beri respons segera terhadap isu yang dibangkitkan oleh AI" dan tidak bagi pertanyaan dari lain2 Mp.

    Dan jawapan manteri fulus adalah: "istimewa". Ini menunjukkan keistimewaan bukanlah negatif sifatnya yakni waima dalam dewan pun keitimewaan ada tempat tersendiri.

    Makanya kalau bukan-AI tidak ada keistimewaan pada menteri terlebih kerja waima di dalam dewan makanya B harus menerima hakikat bahawa tidak semua pihak ada keistimewaan mengedar risalah di era baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan orang kafir berdakwah untuk mempengaruhi umat Islam.

      Padam
  2. Apabila puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi berkuasa, mereka akan berusaha 'by hook or by crook' untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan Islam dan umat Islam dan menafikan hak umat Islam dan menyesatkan umat Islam.

    Mangkuk ayun yang mengundi puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sedang menanggung dosa besar dan menempah tempat mereka dalam neraka jika mereka enggan bertaubat.

    BalasPadam