Header Ads

ads header

Flash News

Najib dipanggil SPRM lagi


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hadir sekali lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Sumber berkata, Najib tiba kira-kira jam 9 pagi tadi bagi menyambung keterangan beliau berhubung siasatan kes berkenaan dan difahamkan selesai memberi keterangan pada jam 1 tengah hari.

Kenderaan Vellfire putih dinaiki Najib dilihat meninggalkan bangunan SPRM menerusi laluan belakang kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Media sebelum ini melaporkan Najib dijangka berhadapan dengan lebih banyak pertuduhan berhubung 1MDB dalam tempoh terdekat ini.

Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan enggan mengulas lanjut perkara itu.

Selasa lalu, Najib dipanggil untuk membantu siasatan kes berkenaan berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih giat dijalankan SPRM.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan