Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee 'mahu' tukar portfolio


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik hari ini secara tidak langsung menyuarakan hasrat untuk menukar portfolio ke kementerian lain.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau telah melakukan sesuatu justeru mahu membuat perubahan di tempat lain pula.

Beliau memberi bayangan tersebut ketika diminta mengulas sama ada Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) akan dikaji semula dalam tempoh lima tahun.

“Selepas lima tahun saya mungkin tak jadi Menteri Pendidikan lagi.

“Tapi kalau boleh nak pindah kementerian lain. Kita dah laksanakan sesuatu kita reformasi di tempat lain pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat JKKDPN di Parlimen hari ini.

Kenyataan Maszlee itu mengukuhkan lagi khabar angin kemungkinan berlaku rombakan Kabinet Disember ini susulan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dah lakukan sesuatu? Buat masa ini Dr Maszlee sibuk bincang nak kurangkan berat beg sekolah tapi lepas tu tiba-tiba tukar kasut hitam.

Dalam pengundi tuntut tol percuma, petrol murah dan tangguh PTPTN tiba-tiba Dr Maszlee nak tukar kaler stokin. Apa penambahbaikan yang berlaku di Kementerian Pendidikan? Mana ada.
Itu belum lagi cerita pembinaan sekolah agama dihentikan, sekolah Cina diberi peruntukan.

Sumber: abuleman

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Dah lakukan sesuatu dan nak buat reformasi kat tempat lain.. Kikiki

    BalasPadam
  2. kamu tu menteri tak bermutu berhenti jee

    BalasPadam
  3. cakap tak nak down taksub dengan diri sendiri bahaya tu

    BalasPadam