Header Ads

ads header

Flash News

Art Harun dilantik pengerusi baru SPR, ganti Hashim


KUALA LUMPUR, 21 Sept ― Peguam popular yang pakar undang-undang pilihan raya Azhar Harun dilantik sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau, juga dikenali Art Harun, menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang memendekkan tempoh perkhidmatannya sehingga akhir Jun lalu.

Pelantikan Azhar, setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, diumumkan oleh ketua setiausaha negara Ismail Bakar dalam kenyataannya hari ini.

"Azhar memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill. Bermula tahun 1992, beliau berkhidmat sebagai peguam di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh," katanya.

Azhar, 56, yang mendapat pengajian undang-undang dari Universiti Malaya dan King's College, Universiti London, kini berkhidmat di Tetuan Azhar & Goh dan mahir undang-undang pilihan raya.

Dalam kenyataan ringkasnya kepada Malay Mail, beliau berhasrat membetulkan tanggapan negatif orang ramai terhadap SPR khususnya sewaktu mengendalikan pilihan raya umum lalu.

"Saya mahu menyelesai isu-isu tersebut dan berusaha meningkatkan SPR sebagai satu institusi yang tidak berpihak, cekap dan adil," katanya.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan