Header Ads

ads header

Flash News

Apa masalah di UIA hingga Maszlee mahu jadi presiden, soal aktivis


PETALING JAYA: Seorang aktivis mahasiswa hari ini tertanya apakah masalah yang dihadapi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hingga Menteri Pendidikan Maszlee Malik mahu jadi presiden universiti berkenaan.

Asheeq Ali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mahu Maszlee telus mengenai pelantikannya.

“Apa masalah yang dihadapi oleh UIA sehingga anda perlu menjadi presiden? Adakah tidak ada profesor atau ahli akademi lain di UIA yang layak?” soalnya ketika menjadi salah seorang panel di forum Autonomi Universiti: Siapa Tipu Siapa hari ini.

Asheeq turut mempersoalkan adakah Maszlee selaku menteri dan Ahli Parlimen Simpang Renggam dapat melaksanakan tugas seorang presiden universiti.

“Maszlee juga ada tanggungjawab terhadap rakyat di Simpang Renggam,” katanya.

Asheeq berkata Maszlee harus sedar beliau kini seorang ahli politik dan bukannya ahli akademi seperti sebelum ini.

“Macam mana dengan universiti lain selepas beliau memilih untuk menjadi presiden UIA?” katanya.

Asheeq akan mengadakan perjumpaan dengan Maszlee sekali lagi pada 1 Oktober mengenai perlantikan itu dan autonomi universiti.

Asheeq ditahan bersama seorang lagi aktivis, Siti Nurizzah Mohamad Tazali selepas enggan bersurai dari pintu masuk kompleks kerajaan di Putrajaya 6 September lalu ketika membantah pelantikan Mazlee.

Pada 12 September, gabungan itu mengadakan pertemuan bersama Maszlee mengenai isu pelantikan namun menemui kebuntuan.

Maszlee mempertahankan pelantikan itu berkata beliau diberi misi penting yang jika ditolak adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Misi tersebut adalah mengembalikan kegemilangan UIA di peringkat antarabangsa.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Mengembalikan kegemilangan UIA dengan cara menjahanamkan UIA.
    Tahniah. Tepuk.

    BalasPadam