Header Ads

ads header

Flash News

Satu lagi tanda rakyat & penyokong PH kena kencing


Ini antara nasihat nak kencing rakyat. Nasihat bagus daripada bos CEP. Tak boleh mansuh, janji tak apa. Baca sendiri apa mereka nak kencing.
Ketua Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menasihatkan kerajaan tidak memansuhkan tol sekarang.

Bekas menteri kewangan itu berkata, langkah itu tidak sesuai dilaksanakan di peringkat ini.

“Dengan keadaan kewangan sekarang, ia tidak bijak untuk melakukannya di peringkat ini. Saya rasa rakyat juga memahaminya,” katanya pada sidang media mengenai mandat CEP dan cadangannya kepada kerajaan, di Menara Ilham hari ini.

Beliau berkata, ada beberapa cadangan berhubung penghapusan tol, tetapi ia tidak lengkap.

“Kami sudah menyerahkan cadangan kami.”

Pada 13 Ogos lalu, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pemansuhan tol sehingga kewangan negara mengizinkan kerana ia perlu membayar pampasan lebih RM400 bilion.

Tetapi, beliau berjanji akan meneliti langkah lain untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Pada 28 Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, cadangan menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam 100 hari pentadbiran PH kerana ia sangat rumit dan perlu mempertimbangkan kepentingan semua pihak.

KWSP memilliki 49% pegangan dalam pengendali lebuh raya bertol PLUS Malaysia Bhd, manakala unit Khazanah Nasional Bhd, UEM Group Bhd memiliki ekuiti selebihnya.

Shahril yang juga pengarah urusan Khazanah berkata, pelabur Malaysia perlu mempunyai keyakinan terhadap pasaran dan kerajaan yang menyedari hal ini, tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menjejaskannya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Jangan malukan jerangkung pakaturn badut!!depa dah termalu banyak kali dah,kesian la skit.lagipun ini zaman malaysia baru-a,kencing penyokong sendiri mesti cara baru-a.

    BalasPadam
  2. lagi banyak kencingan hancing bacin akan menyusul

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam termasuklah kakitangan mindarakyat dan jemaah Islam seperti parti Islam PAS dan NGO Islam yang cintakan Allah dan RasulNya.

    Semoga kita semua sentiasa berpegang teguh pada Islam dan sentiasa berjuang menegakkan Islam dan membela hak umat Islam kerana Allah. Perjuangan kita adalah jihad. InsyaAllah , Allah akan membalas jihad kita dengan balasan syurga. Amin !

    Barua munafik liberal dan puak kafir harbi ternakan pakatan pimpinan abang besar kafir harbi biaDAP sedang mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menipu dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam dan menghasut umat Islam membenci parti Islam PAS dan perjuangan Islam.

    Kemenangan pakatan dalam PRU yang lepas adalah disebabkan oleh perpecahan umat Islam yang disebabkan oleh pelbagai fitnah dan janji palsu ciptaan pakatan pimpinan abang besar kafir harbi biaDAP.

    Dan sekarang PRK semakain hampir dan barua-barua munafik liberal dan kafir harbi sedang meroyan histeria memaki hamun, memburuk-burukkan dan menfitnah PAS dan UMNO kerana mereka tidak mahu melihat perpaduan umat Islam melalui kerjasama PAS dan UMNO.

    Sebenarnya barua-barua ini lebih takut pada abang besar kafir harbi biaDAP dari Allah Yang Maha Esa maka mereka berani menghina, memaki hamun dan menfitnah perjuangan Islam.

    Barua-barua munafik liberal dan kafir harbi ini sedang melaksanakan kerja-kerja jahat memecah-belahkan umat Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh puak munafik di zaman Nabi Muhammad S.A.W. .

    BalasPadam