Header Ads

ads header

Flash News

Rafizi dedah empat dokumen rasuah RM800,000 Mat Sabu kata 'no comment’


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang ulasan berkenaan pendedahan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mendedahkan bukti membabitkan isu pegawainya.

“Tak apa, saya tak mahu jawab berkenaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. (sila rujuk Pegawai Mat Sabu disiasat SPRM dakwaan terima RM800,000 )

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parliman Kota Raja, melawat kawasan kebakaran tanah gambut di Kampung Johan Setia, Jalan Kebun, di sini.

Kelmarin, Rafizi dalam satu kenyataan mendedahkan empat bayaran meragukan yang didakwa diterima pegawai Mohamad membabitkan jumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000 dan RM100,800 pada 30 Mei 2018 dan 31 Mei 2018.(sila rujuk Alasan pegawai Mat Sabu dapat RM800k dari derma sukar diterima — Rafizi)

Calon Naib Presiden PKR itu berkata, sukar menerima alasan kononnya wang itu diperoleh hasil biaya awam untuk melepaskan pegawai itu daripada status muflis.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat pembantu politik Mohamad berhubung dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan masalah hutang serta dikeluarkan daripada status muflis.(sila rujuk Menteri sound Rafizi dedah dokumen rasuah pegawai Mat Sabu)

Sementara itu, Mohamad berkata, kementeriannya sudah menggerakkan aset udara mereka bagi proses pembenihan awam dalam usaha menangani cuaca panas dan jerebu.

Katanya, aset terbabit sudah digerakkan di sekitar Selangor dan Perak sebagai usaha mencari kedudukan awan yang sesuai. (Sila rujuk Menteri terlibat rasuah akan dipecat – Tun M)

“Kita ikhtiar pelbagai cara. Jerebu ini bukan disebabkan kebakaran di negara ini saja tetapi juga yang berlaku di Sumatera.

“Kita perlu cari awan dan kawasan sesuai untuk melakukan kerja pembenihan awan. Jika kita buat di kawasan padang pasir yang tiada awan, (pembenihan awan) tidak jadi juga,” katanya. – BH

Sumber: Link

MR : Dulu nak saman 3 orang yang dedah video dan gambar berkepit dengan gadis g-string. Sampai hari ini senya aje.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan