Header Ads

ads header

Flash News

PAS putus strategi di Seri Setia segera, kata Samsuri


KUALA TERENGGANU: Mesyuarat jentera pilihan raya PAS akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan hala tuju serta strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Selangor.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata bukan sahaja PAS Terengganu malah PAS seluruh negara akan menghantar jentera masing-masing ke Seri Setia.

“Berapa jumlah, bagaimana cara, itu akan diputuskan dalam mesyuarat jentera parti dalam sehari dua ini,” katanya.

Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, ditemui pemberita selepas melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Barisan Nasional memutuskan untuk tidak bertanding di Seri Setia, sebaliknya memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calon pada PRK itu yang diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong pada 8 September depan.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Baharuddin daripada PKR meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Pada majlis hari ini, Ahmad Samsuri mengagihkan Jalur Gemilang kepada pegawai daerah, pihak berkuasa tempatan dan ketua-ketua jabatan untuk dikibarkan.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan