Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa dulu PAS bersama PR dan tidak BN?


Jawapan kita ketika itu antaranya ialah :
Kita tahu dalam PR ada non muslim, ada sekuler, ada liberal, ada chauvinist, ada kristian, ada hindu dsb

Namun dalam BN juga ada non muslim, ada sekuler, ada liberal, ada chauvinist, ada kristian, ada hindu dsb

Lalu kenapa ketika itu kita memutuskan bersama PR? Kerana ketika itu nyata bukti BN yang berkuasa rasuah, menyeleweng dan menyalahguna kuasa, menindas dan menekan. Sementara PR masa itu (2008) belum terbukti melakukan perkara-perkara tersebut. Sementelah pula dalam situasi lemah masing-masing berusaha menunjukkan toleransi dan jaminan.

Ketika itu (2008) sudah ada andaian dari pelbagai pihak bahawa DAP hanya berpura-pura baik. Nanti jika dia kuat, dia akan tunjuk toncang dan belangnya. Ya, betul juga kebarangkalian dan andaian itu. Tapi dalam buat keputusan, kita tak boleh sangat mengikut andaian. Mesti fakta dan bukti.

Akhirnya dalam tempoh 2008-2015 telah terbukti DAP menzahirkan permusuhan dan kebenciannya kpd Islam dan undang-undang Islam. Malah lebih dari itu ia menunjukkan kejahatannya dengan mengisytiharkan pemutusan hubungan, menyerang PAS, ulamak PAS dan Presiden terbuka dan bertalu-talu. Bekerja memecahbelahkan PAS dengan terlibat melobi untuk muktamar PAS dan sebagainya.

Kemudiannya ia disambut oleh sebahagian PKR pasca PRU13 berkaitan Kajang Move, penukaran MB Selangor sehingga PRU14. Maka PAS memutuskan untuk tiada lagi pakatan dgn asas peristiwa-peristiwa tersebut.

Menjelang PRU14, PAS menimbang bagaimana strategik politik. Hasil pertimbangan sebelum pilihanraya, keputusan yang dibuat ialah kedua-duanya mudharat dan kedua-duanya berpotensi menang dan berkuasa. Lalu dalam situasi kuasa beli yang masih terbuka dari rakyat, PAS memutuskan untuk bersendirian bersama Gagasan Sejahtera. Lalu keputusannya adalah seperti yang kita semua tahu.

Situasi baru selepas PRU14 mestilah dinilai secara terperinci. Menilai prinsip, sikap dan tindakan semua pihak. Penilaian terhadap PH yang berkuasa dengan segala isu dan tindakan berbangkit. Juga menilai BN dengan segala kebarangkalian. Tetapi antara bukti dan fakta yang berlaku dan andaian terhadap kebarangkalian, mesti ada kaedah yang jelas.

Maka pimpinan Ulama' PAS khasnya Majlis Syura Ulama' ketika ini meneliti hasil laporan postmortem, hasil laporan kumpulan penyelidik, hasil laporan tindakan PH dan BN semasa serta melihat kaedah-kaedah syarak untuk membuat keputusan.

Sehingga setakat PRK Sg Kandis, Sri Setia dan Balakong, PAS menggunakan kaedah Fiqh Muwazanah, menimbang antara dua mafsadah, menimbang antara mafsadah dan maslahah.

Keputusannya ialah tidak menyokong dan tidak mengundi calon PH. Jelas dan terang. Jika nak takrifkan sebagai sokong BN pun silakan. Ahli PAS pernah pangkah calon PKR dan DAP demi pertimbangan syarak yang telah diputuskan oleh syura dan pimpinan PAS. Ada pun untuk move berikutnya, insyaallah pimpinan dan Majlis Syura PAS akan bentangkan selepas retreat PAS Pusat dan diendorst oleh Majlis Syura Ulama'. Setakat hari ini, ahli akan bertindak mengikut keputusan dan pekeliling semasa yang dikeluarkan.

Mungkin ada orang lain yang memilih untuk berijtihad sendiri atau merujuk ijtihad ulama mereka, silakan kalau itu benar-benar ijtihad. Jika sudah begitu ijtihadnya, berlawan dan bertembunglah kita. Ijtihad bukan ikut hawa nafsu, tetapi mengikut panduan syarak. Takkanlah atas alasan berbeza ijtihad, kita nak langgar batas hukum dan kaedah yang telah kita pegang sesuka hati.

Bila natijahnya berlawan, berlawanlah. Janganlah nak bermain ayat-ayat cinta pula.


MR : Sudah sampai masa satu ketetapan yang jelas untuk perkara ini dibuat selepas Muktamar PAS di Terengganu nanti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Toksah cerita panjang-panjanglah.... sebabnya satu sahaja ....
    Anwar Ibrahim. Ya Anwar Ibrahim yang pujuk Tuan Guru Nik Aziz untuk menyertai Pakatan Rakyat.
    Ditipunya Nik Aziz dengan pelbagai janji dan wala'nya. Dia janji akan melaksanakan hukum Islam dan menyokong hukum Hudud di Kelantan dan macam-macam lagi.
    Tapi Tuan Guru Haji Hadi tak mudah makan pujukan. Dia dapat bau tembelang Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah peristiwa kerakusan kuasa Anwar Ibrahim. Sanggup dia menyuruh MP Kajang untuk mengosongkan kerusi supaya isterinya dapat bertanding dan menang dan bagi laluan baginya untuk jadi Menteri Besar. Betapa jijiknya strategi mereka menjatuhkan Tan Sri Khalid ibrahim dengan fitnah dan mehnah.
    Tuan Guru Haji Hadi tidak senang dengan cara itu lalu berlakulah keretakan Pakatan Rakyat sehingga DAP mengsiytiharkan ia berkubur pada tahun 2015.

    BalasPadam
  2. Ini peluang utk sekali lagi berdakwah dgn umno...dulu pas dah cuba dgn masuk barisan nasional tapi tun hussein dgn mahathir tendang pas keluar. Skrg lagi satu peluang utk tukar 'Iman' umno dari melayu, pangkat dan harta ke perjuangan islam.susah memang susah tapi kalau berjaya dgn generasi muda umno,nanti semua jd mudah d masa hadapan.generasi senior umno?dah hampir sebati dgn pangkat dan harta.

    BalasPadam
  3. Hina Mahkamah Syariah: DPPNT Buat Laporan Polis

    http://www.ibnuhasyim.com/2018/08/hina-mahkamah-syariah-dppnt-buat.html

    BalasPadam