Header Ads

ads header

Flash News

Jangan pilih penjahat Sebagai Pemimpin


Sejauhmanakah benarnya dikatakan zaman ini merupakan zaman kita didominasi oleh orang jahat berbanding orang yang soleh.

Dalam perintah salat berjemaah, banyak ibrah dan pelajaran tentang kepemimpinan yang boleh diambil. Rasulullah s.a.w memerintahkan agar seorang imam itu dipilih yang paling baik bacaannya, paling faham terhadap sunnah nabi, paling dahulu masuk Islam dan paling tua usianya. Jika itu merupakan kelayakan dalam imamatus shughra (kepimpinan kecil), lalu bagaimana dengan imamatul udzma (kepimpinan besar)?

Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Badri al-Anshari r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Yang berhak menjadi imam solat suatu kaum adalah yang terbaik di antara mereka dalam membaca Kitab Allah. Jika semua jamaah sama baiknya dalam membaca Kitab Allah, maka pilihlah yang paling memahami as-Sunnah. Jika semua sama dalam memahami as-Sunnah, maka pilihlah yang paling dahulu hijrahnya. Jika mereka sama dalam hijrahnya, maka pilihlah yang paling tua dalam usianya. Janganlah seseorang itu menjadi imam orang lain yang berada dalam kekuasaan orang pertama, dan jangan pula orang itu duduk di tempat kehormatan orang lain kecuali dengan seizinnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Lihatlah bagaimana seorang imam itu harus yang paling baik akhlak dan ilmunya, paling tua (dewasa secara psikologis dan spiritualnya) dan paling dahulu dalam kebajikan. Dalam solat, Imam harus merapikan barisan jemaahnya, yang bererti seorang pemimpin harus mempunyai kemampuan untuk mengurus masyarakatnya. Imam harus ditaati makmum, dimana makmum tidak boleh menyamai apalagi mendahului imam.

Meskipun demikian imam juga harus tahu diri, tidak boleh lama berdiri dalam solatnya hingga memberatkan makmum yang mengikutinya.

Jika imam salah maka makmum harus menegurnya, tentu saja dengan cara yang sopan, bukan dengan kata-kata kasar. Hal lain yang juga sangat penting diperhatikan oleh imam adalah bahawa orang-orang di saf pertama, iaitu jemaah yang ada di belakangnya adalah mereka yang mempunyai kemampuan sama atau hampir sama dengan imam. Di mana bila suatu saat imam uzur atau batal, merekalah yang paling cepat menggantikannya.

Dalam konteks kepemimpinan masyarakat, maka seorang pemimpin harus memilih orang-orang terdekat yang mempunyai kelayakan; ilmu, akhlak, usia dan sumbangan perjuangan yang jelas. Demikianlah gambaran sederhana tentang kepemimpinan dalam Islam yang dapat diambil dari konsep solat berjemaah.

Sekian tahun lamanya para sahabat dibina oleh Rasulullah s.a.w tentang kepemimpinan yang salah satunya dengan pembinaan solat berjemaah. Sehingga jadilah mereka para pemimpin handal yang dapat memakmurkan dunia.

Di era Khalifah ar-Rasyidin, langit dan bumi mengalirkan keberkahan yang tiada henti, keadilan dan kesejahteraan dapat dirasakan rakyat. Semua bersumber dari keberadaan orang-orang soleh yang memimpin umat.

Namun, Rasulullah s.a.w  juga mengingatkan kepada umatnya akan datangnya suatu masa di mana semua sumber keberkahan dan kebahagiaan hidup itu akan berakhir.

Rasulullah s.a.w menceritakan akan datangnya suatu zaman yang umat manusia semasa itu menyingkirkan manusia-manusia soleh dan memilih para penjahat dan perosak agama sebagai pemimpin mereka.

Siapapun tahu bahawa para pemangku kekuasaan itu lebih didominasi oleh orang-orang yang gila jabatan dan kedudukan,kemashyuran dan kekuasaan

Kerosakan masyarakat secara moral dan spiritual membuat mereka juga menolak jika orang-orang baik memimpin mereka kerana masyarakat yang telah rosak juga sangat keberatan jika berbagai-bagai kesenangan dan syahwat yang selama ini telah menjadi kebiasaan mereka tiba-tiba dihapuskan.

Berat sekali fitnah yang harus dihadapi oleh kaum muslimin di akhir zaman, terutama apabila sudah berhadapan dengan kekuasaan yang berada di tangan orang-orang zalim. Fenomena rakyat dan pemimpin yang zalim adalah lingkaran syaitan yang terus berputar tanpa diketahui jalan untuk memutusnya.

Dekatkanlah diri kita kepada Allah dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Semoga dengan rahmat dan perlindunganNya kita selamat dari termasuk golongan-golongan yang dimurkaiNya.


MR : Islam mengajar bagaimana memilih pemimpin tapi malang rakyat lebih percaya khabar internet dan media massa daripada khbar al Quran dan Sunnah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



Tiada ulasan