Header Ads

ads header

Flash News

Apa tujuan DAP nak bukan Islam dan Transgender ada dalam JAKIM?


Modus operandinya agak mudah iaitu DAP tidak cakap isu tersebut bagi elak dikutuk umat Islam tetapi eksploit Melayu yang juga ahli parti itu sebagai boneka kononnya ia suara kaum berkenaan.

Namun, semua maklum saranan dikemuka Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, pensyarah senibina Islam, yang disiar portal pro-Pakatan Harapan (PH) minggu lalu; sebenarnya cerminan imej DAP mahu campuri urusan hal ehwal Islam.

Ini termasuk dengan letak individu yang cenderung fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai antara ahli lembaga pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya agar ‘suara orang luar’ juga diambil perhatian sama.

“Saya cadangkan supaya ia perlu dianggotai oleh 20 paratus daripada Bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan. Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti tertentu lain.

“Ini seperti LGBT, Ahmadiah atau kumpulan Syiah,” demikian cadangan pelik Tajuddin yang juga merupakan ahli DAP seumur hidup dari kalangan Melayu vokal dan disiarkan menerusi laman Free Malaysia Today baru-baru ini.

Dalam tulisan itu, beliau menyatakan banyak isu Islam di Malaysia konon telah ceroboh bidang bukan Islam sambil beri contoh kes ‘pijak kepala lembu’, seruan bakar Bible dan himpunan Baju Merah yang laungkan slogan Islamik.

Juga pertembungan Mufti Perlis dengan aktivis pelampau Hindu Hindraf, Waythamoorthy, isu Zakir Naik dan P. Ramasamy dan beberapa contoh lain disebutkan Tajuddin kononnya cetus kebimbangan masyarakat bukan Islam.

Baginya, isu-isu ini menunjukkan bahawa Islam merupakan isu bagi Malaysia secara keseluruhannya dan wajar kelompok bukan Muslim diajak terlibat beri pandangan menerusi pelantikan dalam lembaga pengarah Jakim.

“Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa ada sesetengah isu berkaitan hal ehwal Islam merupakan isu rakyat Malaysia tanpa kira agama mereka dan bukan hanya eksklusif membabitkan umat Islam semata-mata.

“Walaupun penjajah British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks lebih luas.

“Ini termasuk dari segi kontemporari, kebudayaan dan amalan profesional dalam dunia berkembang pesat,” dalih Tajuddin sebagai rasional lantik golongan kafir, pondan dan ajaran sesat itu untuk sertai lembaga pengarah Jakim.

Perasaan kuat beliau menyatakan bahawa konon tiba masa untuk kita semua pertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian daripada mana-mana ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mana-mana institusi Islam tempatan.

Ini juga untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama dalam hasil cara penyelesaian masalah yang lebih baik berbanding sekadar input idea daripada hanya anggota panel beragama Islam semata-mata.

“Lagi pun, mereka ini masih rakyat Malaysia. Ahli jawatankuasa atau lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu beri kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah itu.

“Apa yang saya ingin ketengahkan ialah pandangan minoriti ini mesti diwakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar Islam untuk fahami atau hargai semua bentuk keprihatinan kelompok rakyat Malaysia.”

Hakikatnya, meskipun yang bercakap lontar idea aneh ini ialah orang Melayu dan beragama Islam, tetapi dalang sebenarnya ialah DAP serta diketahui ada agenda tersirat mahu hancur Islam dari dalam. – Agensi/Mynewshub.TV

MR : Setelah ekonomi, kemudian kuasa politik kini agama yang menjadi tiang keutuhan Melayu ingin dirobek. Bila agak Melayu nak sedar dan bersatu dalam perjuangan Islam?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Puak munafik liberal adalah pesakit mental tahap kronik kerana puak celaka dan bangsat ini sentiasa berusaha untuk melemahkan dan memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dengan mendesak puak LGBT, puak sesat lagi menyesatkan, puak munafik liberal, puak kafir dan kafir harbi menjadi ahli lembaga pengarah institusi Islam supaya musuh-musuh Islam ini boleh memusnahkan Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

    Ini bererti kita sedang menghampiri akhir zaman di mana orang-orang yang tidak layak diberi amanah untuk menjaga agama Islam. Ini bererti mereka hanyalah tikus ganas yang cuba membaiki labu !

    BalasPadam
  2. anjing dap mana? pasal tak menyalak?

    BalasPadam
  3. jangan marah2!!ini kan malaysia baru-a,melayu ngaku islam pakaturn harpun badut memang angkat darjat dap evangelist anti islam ni lebih tinggi dari nabi s.a.w.(anda tak percaya? cuba cari satu kenyataan melayu ngaku islam pakaturn badut yg marah dan mendesak permohonan maaf bukan islam pakaturn harporn badut ni bila bukan islam hina islam,nabi s.a.w dan ibadah orang islam.ada?)

    BalasPadam