Header Ads

ads header

Flash News

AES: Lidah pimpinan DAP kini dah bercabang


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan tidak akan dibatalkan sebaliknya diambil alih oleh JPJ sepenuhnya mulai 1 September depan setelah kontrak pengendali sistem AES yang tamat pada 31 ogos ini tamat, lapor Malaysiakini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kerajaan turut ‘bekorban’ dengan membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tertunggak sebelum ini.

“Kerajaan telah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES ini maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan. Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta,” – Anthony Loke Siew Fook
Tambah beliau lagi, mulai 1 September depan, AES akan dikuatkuasakan oleh JPJ dengan tegas dan tiada lagi diskaun.

Antony berkata sedemikian selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.

TTKM mendapati bahawa sebelum ini, pimpinan utama Pakatan termasuk Lim Guan Eng mendesak supaya AES dibatalkan dan saman AES pesalah trafik yang telah dibayar dikembalikan. Beliau juga dilaporkan berkata AES adalah skim kotor dan menzalimi rakyat.



Pada laporan lain, kerajaan Pulau Pinang pada 2012 menolak aplikasi sistem AES yang disifatkan sebagai membebankan rakyat dan menguntungkan syarikat pemasangan dan kerajaan semata-mata.



Kerajaan Pakatan Harapan berdepan masalah kekurangan hasil apabila GST dibatalkan. Penerusan AES ini dilihat sedikit sebanyak dapat menambah hasil kerajaan.

Sumber : TTKM


MR : DAP dah dapat apa yang mereka hajati, rakyat bukan agenda mereka. Mereka ada agenda lebih besar yang sesetengah pimpinan Melayu dalam PH bodoh nak memahami....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



1 ulasan:

  1. Memang sah pemimpin-pemimpin pakatun terutamanya biaDAP terdiri dari pelbagai jenis biawak yang mempunyai lidah biawak @ lidah bercabang yang sentiasa mencipta pelbagai fitnah, alasan bodo dan u-turn untuk kencing rakyat di seluruh negara ! Hancing seluruh negara !

    Padan muka pengundi-pengundi pakatun kerana mereka sedang memikul biawak hidup yang mereka telah undi tanpa berfikir secara rasional!

    Round 1 - Pengundi pakatun hanya mampu menelan kahak sahaja apabila pakatun sengaja memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatun.

    Round 2. Islam dan umat Islam sedang ditindas dan dinafikan hak.

    Round 3. Kaum Melayu Islam naik sampan berhijrah ke Indonesia?

    BalasPadam