Header Ads

ads header

Flash News

Shahrizat Umum Bersara Daripada Arena Politik


Shahrizat tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti Umno kali ini dan berkata beliau telah melepaskan semua jawatannya dalam parti Melayu itu, termasuk di peringkat cawangan, bahagian dan peringkat kebangsaan, lapor media tempatan.

"Satu perkara dalam politik, kita mesti tahu bila hendak pergi," kata Shahrizat kepada pemberita di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur semasa pengundian sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

"Saya telah berada (dalam politik) terlalu lama. Saya merasakan bahawa saya mesti tahu bila hendak pergi.

"Inilah masanya untuk saya pergi untuk memberi laluan kepada wajah yang lebih muda, lebih segar," maklum Shahrizat dipetik Malay Mail berkata demikian.

Shahrizat ialah bekas menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat, selain pernah menjadi ketua Umno bahagian Lembah Pantai dan anggota parlimen kawasan itu.


MR : Dulu kamu cukup megah kini kamu tahu bila nak pergi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. kalau gini cara memang patut umno kalah satu demi satu dah tunjuk tak ada semangat juang hanya ada kepentingan diri saja tak semangat cintai negara

    BalasPadam