Header Ads

ads header

Flash News

Rizab Asing BNM Terus ‘Rugi’ Kali Ini Jatuh RM2.4 Bilion


PARAH… Selepas hilang lebih AS$900 juta (kira-kira RM3.8 bilion) untuk tempoh 15 hari sahaja Pakatan Harapan (PH) berkuasa, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) terus susut.

Kali ini media antarabangsa melaporkan rizab asing bank pusat tersebut hanya berjumlah AS$107.9 bilion (RM432.8 bilion) setakat 14 Jun lalu berbanding AS$108.5 bilion (RM435.2 bilion) pada 31 Mei sebelum itu.

BNM dalam satu kenyataan media di ibu negara pada hari ini berkata kedudukan rizab tersebut cuma memadai untuk membiayai selama 7.5 bulan import tertangguh dan sebanyak 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Sekadar perbandingan, rekod pada kali ini dianggap jatuh daripada 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri bagi tempoh jangka pendek yang pernah dicatatkan BNM antara 15 Mei sehingga akhir bulan lepas.

Komponen utama rizab antarabangsa BNM itu meliputi rizab mata wang asing (AS$101.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion) dan Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR – AS$1.2 bilion).

Tidak ketinggalan ialah emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion). Aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain, iaitu SDR (RM416.61 bilion) dan kertas Kerajaan Malaysia (RM4.52 bilion).

Juga deposit dengan institusi kewangan (RM2.09 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.30 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) dan aset-aset lain (RM9.48 bilion), kata kenyataan bank pusat tempatan berkenaan lagi.

BNM yang ditubuhkan sejak 1959, kini masih lagi tiada gabenor selepas Tan Sri Muhammad Ibrahim meletakkan jawatannya secara mengejut pada 6 Jun lalu setelah lebih dua tahun berkhidmat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


MR : Sikap kerajaan dalam menangani isu negara perlu diseimbangi dengan pengetahuan pasaran saham. Tugas membenteras dan tugas mengawal ekonomi perlu diasingkan agar pelabur tidak melihat itu menjadi implikasi yang buruk....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Tabung tak sama dengan khazanah. Tabung boleh diisi dan berkembang dengan sumbangan patriotisme, sementara khazanah perlu pengetahuan dan kemahiran untuk terus berisi dan mengembang.

    Pengurus tabung akan otomatik tarik diri bila tabung menguncup dan bila khazanah menguncup Mofin harus ada desakan serupa dari dalam diri: UNDUR!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri Kewangan kena kaji diri sendiri kalau tak de pengetahuan dan tidak mampu menguruskan kekayaan negara......jalan yang paling baik ....... Berhenti berikan kepada orang yang lebih arif.

      Jangan nak seronok cari salah orang lain je......diri sendiri belum diketahui lagi.....

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Jangan jadi macam dulu2. 30 bilion hilang pun kementerian kewangan masih blurrr. Usah dipatuk dek ular dalam lubang yang sama dan usah anggap pisang tak akan berbuah buat kali. Buatlah sesuatu.

    BalasPadam
  3. Jangan asyik buang orang aje...Mungkin orang yang dibuang adalah yg terbaik...Cth dulu adalah TS Khalid Ibrahim...
    Dan adalah malang bagi Malaysia apabila mengambil penasihat yg memang gagal pada suatu masa dulu spt Daim...

    BalasPadam