Header Ads

ads header

Flash News

PM uji pandu Proton SUV


KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya dekat sini Jumaat lalu.

Menurut posting di laman sosial rasmi beliau, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan hala tuju Proton yang mana 50.1 peratus kepentingannya dimiliki oleh konglomerat tempatan, DRB-Hicom manakala baki 49.9 peratus lagi dimiliki syarikat China, Kumpulan Geely.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya pada Jumaat lalu. Sumber: FB Chedet Official
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan
pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely
di pejabatnya pada Jumaat lalu.
Dr. Mahathir juga diberi peluang memandu sendiri model terbaharu Proton selepas pengambilan alih tersebut yang juga merupakan model SUV pertama syarikat berkenaan.

Model tersebut masih belum dilancarkan.

Proton adalah ilham Dr. Mahathir semasa menjawat jawatan perdana menteri keempat dan ia projek kereta nasional pertama Malaysia yang telah menghasilkan pelbagai model dan berada di bawah pemilikan kerajaan sebelum dijual kepada DRB-Hicom milik tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pada 2012.

erdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu 
Proton SUV yang masih belum dilancarkan.
Dalam urusniaga tersebut, DRB-Hicom telah mengambil alih 42.7 peratus kepentingan Proton daripada sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd. pada harga RM5.50 sesaham dan dalam masa yang sama melancarkan tawaran pengambilan alih kesemua baki saham syarikat tersebut menjadikan nilai keseluruhan Proton adalah RM3.02 bilion.

Proton kemudiannya dinyahsenarai dari Bursa Malaysia dan dalam masa sama rakan kongsi strategik dicari bagi memulihkan semula kedudukan kewangan syarikat tersebut.

Pada Mei tahun lepas pencarian rakan kongsi asing syarikat kereta nasional itu berakhir apabila memilih Geely yang juga pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company dengan melupuskan sejumlah 547 juta saham atau 49.9 peratus kepentingan kepada syarikat China itu pada harga RM460.3 juta. – MalaysiaGazette


MR : Nampaknya makin hilang marah kepada pelabur China....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dulu tak nampak peluang. Sekarang dah nampak peluang. Peluang untuk terus berbakti pada kroni satu yang murni. 2018-1984 = 34. 34 tahun belom cukup lama. Kena tambah lagi 34 tahun baru cukup. Heh heh heh

    BalasPadam