Header Ads

ads header

Flash News

PM serah 15 lagi nama menteri pada Agong


Perdana Meneri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurut sumber kerajaan, senarai itu diserahkan pada Rabu lalu.

“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.

“Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.

Menurut sumber lagi, dalam senarai menteri itu termasuklah Datuk Saifuddin Abdullah daripada PKR, Khalid Samad (AMANAH) serta Teresa Kok dan Ong Kiang Ming dari DAP.

Malaysiakini difahamkan Saifuddin akan memegang portfolio kementerian luar dan Ong pula akan menjadi menteri perdagangan antarabangsa.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi tadi, menteri sumber manusia M Kulasegaran juga mengesahkan satu senarai telah diserahkan kepada Agong.

Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu.


MR : Mampukah Mahathir dengan 13 MP menerajui kerenah parti lain....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Bila 'Abang Besar' berdehem, suasana akan terdiam. Ada yang yang terus jadi 'bisu'. Ini sudah sedia dietahui dan dimaklumi.

    Bukan sedikit yang sudah disembur oleh deheman Abang Besar, terbaru adalah kritikan pedas Latvia Kaya terhadap Tabung Hope.

    Namun Top Dog tahu di mana tombol volum pada Abang Besar. Tombol volum yang boleh mengawal volum deheman.

    Volum akan perlahan kalau di masukan dalm kocek yang penuh. Dan kocek yang paling penuh adalah Mofin.

    Kat Mofin deheman Abang Besar terhadap Top Dog tidak lagi kedengaran, yang kedengaran ialah #welaputun

    Kalau ada lain2 karenah, Top Dog tak perlu susah2. Sebahagian dari bakal karenah akan berdepan dengan Abang Besar.

    Kini, kalau ada karenah pun mungkin kecil saja. Karenah yang besar sendiri mahu ingat kalau tak mahu didehemkan.

    BalasPadam