Header Ads

ads header

Flash News

Perak pecat 7 eksekutif GLC lebih berbelanja


IPOH: Kerajaan negeri Perak di bawah Pakatan Harapan (PH) memecat 7 pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu setelah didapati berbelanja melebihi yang sepatutnya.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pemecatan semua 7 pegawai eksekutif itu dibuat susulan peletakkan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

Tanpa mendedahkan nama GLC berkenaan, Ahmad Faizal berkata pemecatan itu juga akan menjimatkan perbelanjaan kos kerajaan negeri sebanyak RM150,000 sebulan iaitu kira-kira RM1.6 juta setahun.

“Apa yang saya nampak ada yang tidak masuk akal kerana syarikat itu pun bukan buat untung yang banyak tetapi mempunyai perbelanjaan dan pegawai yang tidak perlu.

“Perkara ini kita terpaksa warisi atau hadapi sekiranya saya ambil pendekatan mengecilkan perbelanjaan saya terpaksa memecat begitu ramai pekerja dan mereka hilang pendapatan,” katanya kepada selepas hadir majlis Tambun Berhari Raya bersama PH, hari ini.

Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri akan memikirkan cara terbaik menyelesaikan isu perbelanjaan besar tersebut dengan bijaksana.

“Syarikat GLC yang mana, tidak mahu saya sebutkan sehingga saya selesaikan masalah ini.

“Seperti dalam manifesto PH juga banyak perkara yang kita akan bentang dalam dewan (Dewan Undangan Negeri), jadi ini akan menjadi pengetahuan umum akhirnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata barisan exco kerajaan Perak akan menggunakan kenderaan yang sama dipakai oleh exco di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak membeli kereta baru tahun ini, malah nanti akan ada pengumuman mungkin ada lelongan kereta daripada GLC kerana banyak kereta yang tak perlu sebenarnya.

“Untuk peringkat kerajaan negeri bagi barisan exco sahaja memang tiada peruntukan membeli kereta tahun ini tapi tahun depan, kita akan lihat keadaan kereta itu balik,” katanya.


MR : Pecat sahaja mungkin tidak memadai, melainkan setiap yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahan mereka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. ini semua ada kaitan hasil kerja tangan MO1 yang lama2. sepatutnya pemerintah tidak berniaga, tapi buat jugak. bila tujuan asalnya nampak baik ia diterima jua meskipun ada keraguan tentang sasaran dan pengisian.

    tujuan asal ialah untuk beri ruang dan peluang untuk BUMI turut serta memajukan ekonomi. masalah bermula bila entiti sebegini diperalih fungsinya menjadi kilang untuk membiakkan kronism, jalan pintas menuju milinawan dan tempat penghargaan buat 'pesara-pesara' terpilih.

    diagnosa sudah betul, rawatan terhadap gejala sudah diberikan namun bila rawatan tidak disasarkan pada agen penyebab, penyakit tidak hilang sebaliknya akan berulang

    BalasPadam
  2. Mereka meniagakan peluang. Padahal sudah digajikan untuk melakukan perkara yang sama.

    BalasPadam