Header Ads

ads header

Flash News

PEKIRA gesa polis siasat Zahid Hamidi mengenai PATI


Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) hari ini membuat laporan polis berkaitan masalah kebanjiran pekerja asing, termasuk pendatang haram, ke negara ini.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah mendesak pihak berkuasa menyiasat bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Zahid Hamidi serta agen-agen yang terlibat.

“Pekira mohon kerajaan baru menyiasat bekas menteri KDN dan anggota keluarga yang terlibat dalam kelulusan pekerja asing dan peningkatan PATI di negara ini, serta agen-agen yang bersekongkol degan bekas menteri KDN,” katanya.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Parti itu ditubuhkan tahun lepas yang antaranya dilapor menyasarkan pengundi muda atas dan pagar serta menyokong kerajaan BN sebelum ini.

Ia diasaskan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang aktif bersuara dalam isu-isu peniaga kecil.

Zahid sedang berdepan saat genting berdepan beberapa pencabar, termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, untuk pertandingan merebut jawatan presiden Umno hujung bulan ini.



MR : Zahid Hamidi ibarat sudah jatuh 'akan' ditmpa tangga....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Akibat tidak mengikut arahan madey...ada je kesalahan akan dicipta.Tapi mof rasuah boleh saja dilantik dan bermaharaja lela untuk menghancurkan ekonomi mudahlah ekonomi dijajah singapork.Satu perancangan penyatuan singapork dengan malaysi...NASIK SUDAH JADI BUBUR YE .

    BalasPadam