Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Harapan U-Turn pasal syarat tukang masak


KUALA LUMPUR: Akibat bantahan pelbagai pihak berhubung syarat supaya semua pengusaha restoran di negara ini perlu mengambil tukang masak tempatan, hari ini Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menyatakan bahawa perkara tersebut belum diputuskan lagi sebaliknya ia hanya cadangan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kementerian akan bertimbang rasa kepada pengusaha-pengusaha makanan dalam pengambilan tukang masak tempatan.

“Kami akan berhubung dengan beberapa pihak sebelum proses akhir ditentukan,” katanya se­-
per­ti dipetik melalui portal berita tempatan, Mstar, hari ini.

Dalam pada itu, Kulasegaran berkata, syarat tersebut hanya terpakai kepada cawangan makanan tempatan dan bukannya restoran luar negara dan hotel lima bintang yang memerlukan tukang masak khas.

“Kami bertimbang rasa,” katanya.

Tambahnya, bandar raya Kuala Lumpur mempunyai undang-undang sedia ada yang menetapkan penjaja hendaklah berstatus warganegara.

Semalam, Kulasegaran ketika ditemui Bernama News Channel menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.

Katanya, semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun depan.

Kenyataan Kulasegaran itu mencetuskan kritikan pelbagai pihak khususnya para netizen di laman sosial dan beberapa persatuan pengusaha makanan.

Menurut Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma), P. Muthu­samy, keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi besar kepada pengusaha.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma), Ayoob Khan Muhamad Yakub pula berkata, masalah pekerja di restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di restoran.

“Kami buat iklan, sanggup ba­yar gaji hingga RM2,500 pun orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja di restoran,” katanya.


MR : Habis hebatnya PH, semuanya tiru apa yang Najib dan UMNO buat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Tak salah kalau 'penyapu baru' menyapu dengan serajin-rajin yang mungkin tetapi biarlah sampah sarap sahaja yang di sapu tapi bukanya barang-barang antik yang menyakitkan matapun hendak di sapu ke longkang jua.

    Muahahaha

    BalasPadam
  2. Inilah sikap menteri yg bercakap x buat kajian dulu.. Main banding penang je.. Betul ke restoran mamak di penang x ambik pekerja asing? Bg aku karut lah restoran mamak penang x ambik pekerja asing.. Katanya nak kurangkan pekerja asing di Malaysia.. Menteri ni kena tgk dulu brpa ratus kilang di Malaysia ni yg ambik pekerja asing?? Kalo nak buang pekerja asing la.. Yg byk dtg sosial pekerja asing ni ramai yg kerja kilang.. Menteri2 baru ni kena byk buat study dulu la sblm bercakap.. Jgn mcm menteri BN sblm ni yg byk cakap x pakai otak..

    BalasPadam