Header Ads

ads header

Flash News

NUTP rayu kontrak 412 pembantu guru dilanjutkan


Sebanyak 412 pembantu guru (Gred N19) di Melaka dan Kedah yang dikenali sebagai PT Rintis bakal terjejas apabila jawatan tersebut akan ditamatkan berkuat kuasa 30 Jun ini.

Sehubungan itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap agar kerajaan dapat memberi pertimbangan khas dan sewajarnya agar kontrak mereka dapat dilanjutkan seterusnya diserapkan ke jawatan tetap.

Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata, jawatan PT Rintis diperkenalkan pada 2012 oleh Menteri Pendidikan ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Program Pelaksanaan Rintis Strategi Lautan Biru (NBOS) - Pemantapan Profesion Guru.

"Melaka merupakan negeri rintis pertama yang menjalankan program ini dan diikuti Kedah bagi melihat keberkesanan jawatan ini dalam membantu mengurangkan bebanan guru.

"Namun, jawatan ini tidak mendapat perhatian khusus daripada pihak yang berkenaan. Jadi, kita mohon agar satu kajian impak dibuat bagi memastikan keberkesanannya sama ada program yang dirintis ini berjaya atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di Wisma NUTP hari ini.

Katanya, pembantu guru berkenaan juga sudah diberi penerangan tentang aplikasi yang dibangunkan Kementerian Pendidikan seperti Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Pengurusan Maklumat Pendidikan (EMIS), e-Operasi, Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) dan Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

"Mereka dipanggil berkursus selepas dilantik selain menerima gaji harian RM54 atau RM1,030 sebulan yang dibayar berdasarkan bilangan hari bekerja dan tiada peruntukan cuti diberikan," katanya.

Justeru, Kamarozaman berkata satu memorandum akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah dalam Perutusan Hari Guru 2018 menyebut agar jawatan Pembantu Pengajar diwujudkan bagi menggalas tugas pentadbiran dalam usaha mengurangkan beban dipikul guru di negara ini.

Menurutnya, kerajaan baharu Pakatan Harapan komited dalam memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik pelajar seperti termaktub dalam Buku Harapan.

- Bernama


MR : Bila agaknya kerja pengkeranian di sekolah akan ada pengawai khusus?  ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Kenapa 'nasi dah jadi bubur' baru nak ngok-ngek2 dan sedar bahawa perkara2 sebegini boleh berlaku? Semasa sebelum Malaysia Baru terbentuklah adalah masa paling sesuai untuk memberi peringatan tentang kemungkinan bahawa nasi akan jadi bubur. Dan kalau tak mahu nasi jadi bubur gunakanlah satu pangkahan di petak yang paling rasional dan bukan yang paling sentimental. Dan janga lupa bahawa 30-40% dari ahli persatuan adalah sebahagian dari pembantu yang membantu mengacau nasi sampai jadi bubur.

    Waa Waaa Waaaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul biar padan muka...yang merana dan dibuang kerja tu pun pengundi pemusnah harapan dan suka dikencing kafir dapigs...nah hambik ko.nasi yang dah jadi bubur hancing.waka ka

      Padam
    2. Tanda pangkah yang diajar adalah bermakna tidak mahu atau tidak betul. Niat asal nak tolak Pakatan Hantu (PH) lalu dipangkahnya petak PH. Bila dah hancing baru nak tutup hidung tapi bau masuk ikut telinga! Hancing 100X!!!!!!

      Padam
  2. Kepada guru rentis yang pangkah ph nah apa kau rasa oren dalam sejarah memangkah untuk melepaskan kerja sendiri hehehe apa pun jgn ulangi di PRU 15 tanam ini PH tampa nisan

    BalasPadam