Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir kata pelbagai tuduhan akan dikenakan kepada Najib tapi bila?


Hari ini Malaysiakini seperti mengulang semula berita tuduhan kepada Najib dengan mengambi berita daripada Reuters.

Malaysiakini menulis penyelewengan dan rasuah menggunakan wang kerajaan adalah antara tuduhan yang akan dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan siasatan ke atas dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancaranya, Dr Mahathir memberitahu Reuters bahawa penyiasat sudah "mempunyai kes yang hampir sempurna" terhadap suspek utama yang menipu 1MDB dan menyalahgunakan berbilion ringgit wang negara.

Beliau juga menuduh Najib, yang telah mengasaskan 1MDB, sebagai berperanan utama.

"Dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap 1MDB. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan tanpa tandatangannya, dan kami mempunyai tandatangannya pada semua perjanjian yang dimeterai oleh 1MDB. Oleh itu, dia bertanggungjawab," kata Mahathir.

Berikutan kemenangan Pakatan Harapan yang tidak dijangkakan itu, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan pembabitan Najib dalam operasinya.

Hasil daripada siasatan antikleptokrasi, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa lebih AS4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB, dan kira-kira AS$700 juta itu dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi Najib.

Mahathir telah melarang Najib daripada meninggalkan Malaysia, dan polis telah menjalankan serbuah ke atas hartanah yang dikaitkan dengannya, sementara anggota SPRM juga telah merakamkan kenyataan kedua-dua Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, dan minggu lalu, mengulangi bahawa beliau tidak mengambil wang dari 1MDB.

Soalnya bila?
Dah 40 hari Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.
Kabinet masih belum sempurna, janji satu pun tak ditunai. Malah banyak janji BN telah dimansuhkan sedangkan telah diakui dalam bajet.

Kenapa?

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

8 ulasan:

  1. Tomoi macam takdak mulut. Info yang sepatutnya dai yang heboh2kan orang lain yang kebas. Apa anei, lembu punya susu kasi sapi ambik itu niama.

    Hahaha

    BalasPadam
  2. Mark2 ini faham ke makna prejudis?

    BalasPadam
  3. Dia dah jadi Pendakwa.
    Dia juga jadi polis.
    Dia juga jadi hakim.
    Malaysia ni bapak dua punya.
    Bodoh sungguh Melayu PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si bodoh takkan dikencing berkali2. Ini kira lebih dari bodoh (bodoh tahap infiniti).

      Padam
  4. Macam la dia tu baguih sgt.. Mat sabu dah habaq dulu "mahathir bapak pelingkop negara".. Kalu nk siasat, siasat semua skali.. Baru adil.. Baru brani.. Baru wira.. Ni sendiri pya smpan.. Org lain pya sembang deras.. Ang pya menteri MOF pya kes tu apa crita? Tu bkn simptom rasuah ka? I help u, u help me.. Kalu dah x dak malu tu, kira mmg hebat la puak2 PH ni.
    https://youtu.be/XWftZthJYbY

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan sekarang Mike Selfie telah menjadi menteri kepada "bapak pelingkop negara". cakap tak serupa bikin ! Dalam politik terdapat pelbagai kemungkinan untuk menjaga periuk nasi sendiri!

      Padam
  5. Sampai bila? Sampai bila TM / LGE jumpa bukti utk kaitkan PAS terima dedak 90 juta dari UMNO/BN...tak kira dr kantung 1MDB @ kantung apa sekalipun...ini yg TM & Pimpinan PH tengah pening nak mulakan dakwaan ke atas DSN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pening nak dakwa ke pening nak buat auta?Bercelaru nanti auta lebih banyak dari fakta.

      Padam