Header Ads

ads header

Flash News

Inipun Pakatan Harapan U-Turn juga, ECRL Diterus, HSR Dikaji


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan tetap meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), manakala projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) akan dikaji semula.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan me­ngadakan perbincangan semula berhubung kos pembinaan projek sepanjang 688 kilometer yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan itu.

“Projek ECRL akan disemak supaya kita dapat runding semula tetapi HSR kita hendak kaji,” katanya dalam video yang dimuat naik portal berita Malaysia Insight semalam.

Dalam laporan sama Guan Eng berkata, rundingan semula perlu dibuat kerana tidak masuk akal untuk kerajaan memansuhkan projek ECRL selepas membayar RM20 bilion.

Projek ECRL dijadualkan siap pada Jun 2024, mempunyai 28 stesen dengan menawarkan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo.

Pada 1 April lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM tidak menolak kemungkinan menghentikan pro­jek ECRL jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tiada keperluan kemudahan itu disediakan untuk rakyat.

Selepas mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata kepada The Edge pada 26 Mei lalu bahawa projek ECRL mempunyai aturan yang pelik kerana pinjaman untuk Malaysia membina projek terbabit disimpan di luar negara.

Sementara itu Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, beliau telah mengarahkan Peguam Negara, Tommy Tho­mas untuk meneliti aspek perun­dangan dalam perjanjian kontrak HSR bagi membolehkan kerajaan berbincang dengan Singapura.

“Kita sudah semak angka, ada aspek kewangan, kejuruteraan dan undang-undang. Kami kaji kedua-duanya dan kini hanya menunggu aspek perundangan daripada beliau,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Dr. Mahathir menegaskan, projek HSR ditangguhkan bukan dibatalkan sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Kata Ahli Parlimen Langkawi itu, kerajaan tidak boleh kata bahawa negara tidak ada kereta api berkelajuan tinggi kerana per­khidmatan itu merupakan sesuatu yang diperlukan pada masa depan terutamanya merentasi kawasan Semenanjung. - UM


MR : Sebenarnya PH tak ada isu, sekadar manipulasi dan membuat fitnah sahaja. Rakyat sepatutnya jatuhkan BN dan naikkan PAS bukan PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Memang benarlah PAS kata sebelum pru 14.. PH undur ke belakang dari segi memilih pemimpin, perancangan dan tindakan...zero idea asli...hanya tahu rombak..buat semula...cedok serta kitar semula yang BN buat...idea PH yang asli hanya memecat pekerja,fitnah, minta derma dari rakyat,menanam prasangka serta fitnah..

    BalasPadam
  2. Tolak puak yang kononnya pro limau mandarin tapi pangkah calon yang terang terangan pro bahasa Mandarin.

    Tak mengapalah lari dari mulut harimau masuk mulut buaya; tak mengapalah bahasa sendiri tergadai asalkan dapat bersorak-sorai.

    Itulah Puak2 Hipokrasi, cakap tak serupa bikin, buat Uturn bila ada speed trap.

    Wakakaka

    BalasPadam

  3. Masa kerajaan dulu kos ECRL cuma RM 55 B tak sampai setahun dah meningkat menjadi RM 70 B. Kalau gst O sepatutnya tinggal RM 52 B..... Yang beza 18 billion pergi ke mana?

    BalasPadam