Header Ads

ads header

Flash News

Gejala sosial makin hari makin teruk... solusi tak ada..


Aku lihat maksiat seperti piramid. Semakin hari, semakin banyak. Semakin bertambah masa, semakin bercambah.

Siapa yang tak turun padang, maka mereka takkan tahu semua ini.

Mereka yang berada di atas, kiri dan kanan yang terlindung, menyangka semuanya okay dan mampu diubati dengan solusi yang mereka beri.

Dan yang menanggung segala solusi tak berkesudahan itu adalah orang atas tanah seperti kami.

Dan yang akan menanggung kesan jangka panjang pula adalah anak cucu cicit kita nanti.

Realitinya, anak cucu kita akan dibesarkan dalam golongan majoriti di kiri dan kanan mereka hidup dengan seks, dan seribu masalah sosial yang lain. Sejauh mana kita yakin anak cucu kita akan tergolong dalam golongan yang sedikit yang mempertahankan imannya?

Ini baru tentang klinik aku.
Belum cakap pasal negeri aku.
Pasal negara kita.

Tahukah anda.


1. Dari statistik 2005-2015 : 532158 kes anak luar nikah dilahirkan dan didaftarkan = 4434 kes setiap bulan = 147 kes setiap hari = 6 kes setiap jam = SETIAP 10 MINIT ADA 1 ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DAN DIDAFTARKAN.
(Tidak termasuk anak luar nikah tidak berdaftar, anak yang digugurkan, atau anak yang tidak menjadi sebab ada precaution ie seks tapi tak mengandung). Can you imagine setiap minit berapa banyak zina dalam negara kita?

2. Dari statistik 1986-2016 : 111916 kes HIV dilaporkan = 10 KES HIV DIKESAN SETIAP HARI. Dan semakin bertambah hingga ke tahun 2018.

- 96% berpunca dari seks bebas. (Berbeza dengan dahulu : kebanyakannya dari penagihan dadah)
- dari 96% ini 65% adalah dari homoseksual (seks sejenis) dan biseksual (seks dua jenis).

3. Menurut satu kajian pada 2012, 50.4% pelajar sekolah bawah 14 tahun pernah melakukan hubungan seks. Lebih separuh. Ini pada tahun 2012. Sekarang tak tahu lah berapa.

Dari statistik ini, kita sebenarnya sudah mengalami masalah ni berdekad dekad lamanya. Dari tahun 1980-an hingga kini, keadaan semakin teruk dari tahun ke tahun.

Pelbagai penyelesaian, kempen, education diberikan tapi tak membaikkan pun keadaan malah menerukkan lagi masalah sedia ada.

Pernah fikir kenapa?
Jawapan itu telah ada.

Kalaulah dengan diceritakan dengan keadaan seperti ini pun kita masih boleh tenang dan goyang kaki, masih tak rasa islam adalah solusi, masih rasa masalah negara lebih penting dari akidah ummat ini, aku tak tahu nak cakap apa.

Jika kita sedar.
Keadaan ummat kita sebenarnya seperti sebuah pohon. Dan pohon ini sudah mahu tumbang, menunggu masa.

Aku hairan bagaimana dalam keadaan ini, kita masih ada selera untuk menghiasi cabang-cabang, bentukkan daun-daun, dan melaungkan itulah pohon terindah untuk kita, sedangkan akar telah rosak serosaknya dan memerlukan rescue dari kita!

Kita melaungkan perkara-perkara cabang dan mendiamkan perkara-perkara yang asas.

Inilah realitinya, realiti yang kita sibuk berlumba dan berbangga-bangga dalam negara kita.

Kita lebih malu untuk mengaku islam takut dipanggil jumud, kita lebih rela dikenali sebagai orang yang 'open minded' lalu agama entah diletak di mana.

Hingga yang menjadi mangsa adalah pohon yang menunggu masa untuk tumbang sahaja kerana sombong dan butanya mata kita semua.

Kita sangka, kita berjaya.
Tanpa sedar, kita telah hancur dimamah angan-angan dan fantasi yang tak berkesudahan. 

Ketahuilah masalah seperti ini telah berlaku sejak dulu lagi. Dari zaman para nabi.

Namun di setiap zaman ini, Allah memberikan islam sebagai solusi. Islam mengeluarkan kita dari semua belenggu masalah ini. Islam memuliakan kita yang dahulunya hina. Islam membawa cahaya pada suasana yang gelap gelita.

Allah yang menciptakan kita, Dia yang menciptakan agama. Maka segala jawapan telah ada tersedia. Mengapa sukar sekali kita mempercayainya?

Mengapa sukar sekali kita memilihnya sebagai penerang untuk masalah kegelapan kita?

Aku sering tertanya, sampai bila?

170618.
Syawal 3.

Alifnunwau NymousFacebook


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

4 ulasan:

  1. Realiti masyarakat melayu tekankan soal akademik berbanding soal akhlak dan akidah.Apabila dia cemerlang akademik secaea tak langsung cermelanglah akhlak peribadinya.Inilah tanggapan bagi ibu bapa melayu pd mereka persepsi dan imej luaran sahaja di tekankan.Walhal segala aktiviti ini berlaku dibalakang tabir.

    Orang melayu cukup sukakan seks,seks ni seperti makanan ringan bagi mereka.Satu rumah satu apps (beego,wechat,insta,fb,grindr,hornet,blued n etc).

    Bukan sedikit memang terlalu ramai,mereka secara luaran nampak normal,latar belakang cukup hebat,tpi tersembunyi dalam dri mereka adalah nafsu yg cukup sukakan seks yg melanggari perintah Allah,ini realitinya.

    Apa yg berlaku kini masyarakat melayu banyak menolak islam sebagai satu cara hidup sebab perkara melibatkan nafsu (seks,duit,rasuah) suatu keutamaan.

    Sebab tu islam diasingkan hanya sekadar bertudung,solat jumaat,solat wajib,hanya amalan tanpa ade pengisian dan pengertian.Lantas aktiviti ibadat ini hanya menjadi amalan keturunan (sebab org kita xnk berguru,mentelaah lebih lgi soal agama). Apa boleh buat dah masyarakat melayu suka cara tu.

    Tapi kita akan salahkan orang bukan islam sebagai punca utama,soal utamanya adalah tiada pegangan iman dan taqwa. Orang kita dah tak nak,bohong dalm bohong dan berbohong lagi lalu menjadi sesat dalam kebohongan dri demi megutamkan soal nafsu duniawi.

    BalasPadam
  2. Tidak banyak kebobrokan individu yang hanya berlegar2/terkurung dalam lingkungan individu berkenaan sahaja.

    Hakikatnya, banyak kebobrokan individu atau pasangan mampu menular ke luar dari lingkungan individu atau pasangan berkenaan.

    Dalam konteks tertentu, kebobrokan yang ada pada individu boleh merebak kepada pasangan dan akhirnya boleh jadi sebuah epik (epidemik).

    Kesedaran bahawa individu ada impak ke atas persekitarannya, sepatutnya dijadikan panduan ke akhir zaman, dalam semua keadaan dan pada semua musim.

    Namun partisan punya pasal, bila masuk gerbang PRU, ada yang memilih untuk meninggalkan panduan buat seketika.

    BalasPadam
  3. Bodo punya mufti perlis..tu pon masih nak cakap hudud tak sesuai nak laksana kt malaysia.

    BalasPadam
  4. asal nama kau alifnunwau dow. siot la

    BalasPadam