Brek Cakera vs Brek Dram: Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik
ADA dua jenis brek digunakan pada kereta moden hari ini, iaitu brek cakera dan brek dram. Semua kereta baharu masa kini didatangkan dengan brek cakera di roda depan, manakala roda belakang menggunakan sama ada brek cakera atau dram.
BREK CAKERA
BREK DRAM

PERBEZAAN ANTARA BREK CAKERA DAN DRAM

Dalam pemanduan ekstrem seperti berhenti mengejut berulang kali atau memandu sambil memijak pedal brek, hayat dan fungsi brek cakera adalah lebih cekap berbanding brek dram dalam kondisi yang dinamakan 'pudar brek' (fade brake).
Brek cakera juga berfungsi lebih baik dalam cuaca basah kerana daya empar (centrifugal force) cenderung menyingkirkan air dan mengekalkan kekeringan. Sebaliknya brek dram pula mengumpul air pada permukaan dalaman yang mana kasut brek bersentuhan dengan dram.
KENAPA BANYAK RODA BELAKANG KERETA MASIH GUNA BREK DRAM?
Boleh dikatakan semua kereta yang dijual di Malaysia menggunakan brek cakera di depan, tetapi masih menggunakan brek dram di belakang, terutama model segmen bawah. Sebenarnya setiap kali kereta dibrek, berat kereta akan beranjak ke hadapan, dan 70 peratus tugas membrek itu bertumpu kepada brek depan. Inilah sebab kenapa brek depan cenderung lebih cepat haus.
Brek dram kurang mahal dihasilkan berbanding brek cakera, dan boleh pula disatukan dengan brek parkir atau brek tangan. Sebaliknya brek cakera memerlukan mekanisme brek parkir berbeza.
Dengan memasang brek cakera pada roda depan dan brek belakang pada roda belakang, pengeluar dapat memberikan manfaat sepenuhnya brek cakera dan pada masa sama mengurangkan kos.
Sementara itu, kenderaan dengan brek cakera pada roda depan dan belakang akan menghasilkan prestasi membrek superior ketika cuaca basah dan tahan lasak. Apapun, pemandu perlu mengelak tabiat memandu sambil menekan brek. Apa yang perlu dilakukan ialah menggunakan gear rendah dan biarkan enjin mengawal kelajuan kereta.
BAGAIMANA MENGECAM KERETA ANDA ADA BREK CAKERA ATAU DRAM?
Jika kereta itu mempunyai bukaan rim besar, anda mungkin dapat melihat jenis brek yang digunakan. Brek cakera ada set rotor rata di sebalik jejari rim berserta set kaliper pada penjuru cakera tersebut. Brek dram dapat dikenal pasti menerusi dram silinder yang dipasang di sebalik rim.
SUMBER: Thoughtco.com
MR : Jika kita ada pengetahuan tentang kenderaan kita, penjagaannya akan menjadi lebih baik....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Bagus juga Admin masukkan maklumat2 teknologi yang umum perlu tahu.
BalasPadam