Header Ads

ads header

Flash News

Tiada Perancangan Tutup Pawagam Kata MB Terengganu


Dasar operasi panggung wayang Lotus Five Star Cinemas (LFS) di PB Square tidak akan akan diubah, sebaliknya ia akan ditambah baik demi keselesaan bersama.

Perkara itu ditegaskan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mengulas kebimbangan segelintir pihak sekiranya panggung wayang yang dibuka pada Mac tahun lalu itu akan ditutup selepas Pas memenangi PRU14 lalu dan membentuk kerajaan baharu.

Jelas Samsuri, pihaknya kini sedang meneliti perkara berkaitan panggung wayang itu untuk memastikan operasi sedia ada ditambah baik.

"Saya telah beberapa kali ditanya mengenai perkara ini (operasi panggung wayang). Tidak ada perubahan pada dasar operasi.

"Satu masa (mungkin selepas Ramadan) saya akan bawa keluarga untuk menonton wayang (bagi lihat sendiri operasi berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Penggiat-Penggiat Industri Pelancongan di Pusat Konvensyen Duyong, Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Status operasi panggung wayang itu mendapat perhatian ramai selepas Pas berjaya mengambil alih kepimpinan negeri daripada BN pada 9 Mei lalu.

Ini kerana, kewujudan panggung wayang selepas 22 tahun penduduk Kuala Terengganu tidak memiliki kemudahan itu mendapat bantahan termasuk pemimpin politik daripada Pas yang ketika itu masih lagi bergelar pembangkang di Terengganu.

Panggung wayang yang dikendalikan Lotus Fivestar Cinemas (M) Sdn Bhd itu dibuka secara berperingkat pada Mac tahun lalu mampu menempatkan seramai 700 penonton pada hari biasa serta pertambahan sekali ganda kepada 1,400 penonton pada hujung minggu. - Sinar Harian



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

3 ulasan:

  1. politik matang sejahtera. penambah baikan sesuai dgn sahsiah keluarga islam. alternatif tempat riadah bersama keluarga.WIN untuk ganu MB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna cara tarik rambut dlm tepung.. Harap maklum. .

      Padam
  2. banyak lagi benda lain/ tempat lain org buleh wat maksiat, bukan dalam tu jer. ni bukan 20 tahun dulu org nk buat "projek" dalam panggung. rakyat dah matang, tahu mana baik mana buruk.

    BalasPadam