Header Ads

ads header

Flash News

Teguran Buat Mufti Perlis Kita Tidak Boleh Menzalimi Pas


1- Saya diberikan  video rakaman kenyataan Dr Mohd Asri Bin  Zainul Abidin dalam Astro Awani semalam berkaitan Parti Islam Semalaysia PAS.

Saya akui saya lah manusia yang paling banyak mengkritik Dr Asri (MAZA) sebelum ini kemudian saya berhenti seketika kerana sudah jarang kenyataan salah yang diterbitkan oleh DrMAZA tersebar pada umum termasuk kurang diberi peluang 'live' di wacana TV membincangkan isu semasa semasa akhir kerajaan BN.

Saya rasa isu lama sudah tidak dibangkitkan lagi dan kita perlu memandang lebih kehadapan dalam mencorak masyarakat Islam yang lebih adil dan amanah.

2- Saya memohon maaf jika tulisan ini menganggu emosi dan diri Dr Maza dan pembaca lain. Jauhkan dari makian dan kutukan yang tidak melambangkan kita sebagai muslim sejati. Ambil ia sebagai wadah kesatuan umat Islam dan pentadbiran negara yang lebih baik dalam menerima pandangan orang lain yang relevan.

3- Kita menegur mana-mana parti seperti PAS bukanlah berniat memburukkan parti tersebut tetapi cuba membetulkan apa yang dilihat tidak benar dalam masa yang sama Allah melarang kita menzalimi orang lain. Jangan kata apa yang mereka tak kata. Jangan tuduh apa yang mereka tidak buat.

4- Kata DrMAZA :
“ Kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu itu adalah dari kesinambungan program PAS itu sendiri yang ada PASTInya ada sekolahnya yang keluar dari sekolah-sekolah ini PAS telah memberi gambaran kepada mereka mesti menegakkan Islam dalam kerajaan yang SEBENARNYA mereka sendiri iaitu PAS tidak dapat memberi definisi apakah Islam yang hendak ditegakkan itu”.

Teguran saya:
Apa yang didakwa oleh Dr MAZA ini adalah TIDAK BENAR. Kita mengkritik PAS namun usah kita menyatakan perkara yang tidak benar kepada mereka. Dakwaan DrMAZA bahawa PAS tidak dapat memberi maksud Islam yang mahu ditegakkan dalam Kerajaan merupakan satu fitnah yang jelas. Maaf saya katakan ia fitnah.

Ini kerana PAS mempunyai penjelasan yang agak rapi tentang Kerajaan Islam yang hendak ditegakkan oleh mereka mengikut acuan yang mereka fikirkan benar.

Ya. Mengikut pemahaman mereka dan definisi mereka. Cara mereka dan strategik mereka. Lihat saja pada manifesto PAS jelas wujud maksud Islam yang cuba ditegakkan. Walaupun sebahagian daripada kita tidak mempersetujuinya itu tidak mengapa kerana fahaman berbeza-beza.

Namun untuk menyatakan PAS tidak memberi definisi kerajaan Islam yang mahu ditegakkan itu tidak benar dan pihak PAS perlu menyatakan bantahan ini.

5- Kata Dr MAZA lagi:
“PAS telah membawa isu lain dalam soal kerajaan Islam ini dan soal RASUAH tidak dianggap besar oleh PAS tetapi isu kemestian ulama memimpin kena berserban boleh membaca ayat Quran sikit hadir majlis ada para ustaz majlis ilmu itu diangkat oleh PAS seolah ia penengakkan Islam”.
Kritikan saya:
Dakwaan Dr MAZA ini juga adalah satu fitnah keatas pihak lain yang ramai dan besar bilangan mereka. PAS sangat menolak rasuah sejak awal penubuhannya sehingga sekarang. Saya bukanlah aktivis PAS bahkan saya banyak mengkritik Presiden PAS namun saya pernah hidup dalam lingkungan mereka jelas PAS sangat menolak rasuah. Bahkan antara pemimpin pelbagai parti yang disiasat isu rasuah PAS mendapat rangking yang terbaik sebagai zero rasuah. Jika adapun yang diperkatakan maka ia perlu pembuktian yang jelas.

Sangat malang dakwaan Dr MAZA bahawa PAS tidak memandang isu Rasuah ini sebagai isu besar sedangkan kempen PRU 14 baru ini bagi PAS adalah mereka menolak rasuah dan bangga dengan kebenaran tiada rekod rasuah dari SPRM.

Ya kemungkinan akan wujud siasatan kepada ahli tertinggi PAS berkaitan rasuah 1MDB namun untuk mengatakan PAS tidak menolak rasuah adalah TIDAK BENAR.

Seandai pun jika ada sebahagian pemimpin PAS kelak terbabit dengan siasatan SPRM maka ia tidak boleh dikatakan PAS memandang isu rasuah ini isu kecil.

Nasihat dan teguran saya kepada semua. Kita boleh kritik sesapa sahaja manusia yang tidak maksum dan mana-mana pihak. Namun jangan menyatakan perkara yang tidak benar tentang pihak lain dihadapan umum.

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 8 (maksud):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Oleh: Ustaz Abu Syafiq
0192713781

www.facebook.com/AbuSyafiq1


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

42 ulasan:

  1. Saya mingikuti rapat semua ucapan Dr Maza dan saya juga mendengar byk ceramah2 PAS. Dr Maza mempunyai pandangan sendiri mengenai perjuangan Islam di dalam politik dan begitu juga PAS. Sepatutnya Dr Maza berkecuali di dalam politik dan lebih terbuka di dalam ijtihad senario politik Malaysia. Saya rasa agak melampau utk seseorg utk memaksa orang lain untuk menerima pendapatnya di dalam ijtihad politik tetapi dia sendiri tidak terbuka menerima ijtihad org lain. Pengaruh Dr Maza byk mengubah persepsi org muda terhadap PAS. Saya sedih perkara ni berlaku kerana Dr Maza harus terus bersikap non partisan dan neutral. Menegur tiada masalah tetapi berkeras dengan pendapat sendiri bukanlah satu tindakan yg baik. PAS bukanlah satu jamaah 100% perfect begitu jugak pertubuhan Dr Maza dan ahli2nya yg ada kepincangannya. Yg penting ada berlapang dada dan penyatuan umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan parti Islam PAS dan garis panduan politik Islam PAS untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat di negara ini.

      Semua parti-parti lain telah menjadikan ideologi buatan manusia seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, nasionalisme bahkan evangelisme sebagai asas perjuangan mereka di negara ini sedangkan semua ideologi buatan manusia ini bercanggah dengan Islam.

      Maka kita tidak merasa terkejut melihat parti-parti tersebut bersekongkol menentang , memfitnah, memburuk-burukkan dan menghina parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

      Seorang mofti di utara yang berlagak bodoh sombong bersekongkol dengan puak 'Islam' liberal walaupun 'Islam' liberal telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

      Bahkan mofti tersebut mengambil bahagian dalam forum 'Islam' liberal bersama dengan tokoh-tokoh 'Islam' liberal yang sesat lagi menyesatkan dari dalam dan luar negara.

      Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud):

      الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

      "Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh kerana itu, salah satu di antara kalian hendaknya memperhatikan siapa yang dia jadikan teman"[HR Abu Dâwud no. 4833 dan at-Tirmidzi no. 2378. (ash-Shahîhah no. 927) ]

      Sudah dapat dipastikan, bahwa seorang teman memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap temannya. Teman bisa mempengaruhi agama, pandangan hidup, kebiasaan dan sifat-sifat seseorang.

      Bahkan mofti tersebut mungkin merasa dirinya seorang genius sehinggakan dia cuba menghalalkan umat Islam mengundi calon kafir untuk menjadi pemimpin sedangkan Allah dan RasulNya dan Al-Qur'an dan majoriti ulama Islam telah mengharamkan umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin.

      Tindakan mofti ini telah menyebabkan sebilangan umat Islam yang jahil telah mengundi calon-calon kafir dalam PRU14 sedangkan kita tahu sebilangan calon kafir tersebut lantang menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

      Kita melihat kecenderungan mofti ini untuk:

      (1) mengkritik PAS dan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS secara membabi buta yang boleh menyebabkan manusia yang jahil akan membenci PAS dan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

      (2) membiarkan NGO dan parti politik sekular liberal dan puak kafir harbi (puak kafir yang menentang Islam) menentang, menghina, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

      Dahulu saya adalah peminat mofti tersebut tetapi selepas melihat gelagat mmofti tersebut , saya sudah hilang rasa hormat terhadap maza.

      Sepatutnya mofti tersebut bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan berbincang dari hati ke hati secara tertutup dan menyumbang idea-idea yang bernas untuk kebaikan perjuangan Islam bukan membuat kenyataan media massa memburuk-burukkan PAS secara membabi buta.

      Semoga Allah melindungi kita semua dari ulama su' yang cenderung untuk menyesatkan umat Islam semata-mata kerana kerakusan ulama su' kepada kehidupan dunia dengan menjual agama Islam untuk mendapatkan sedikit kesenangan dunia yang sementara ini.

      Padam
    2. Pembetulan untuk komen 24 Mei 2018 11:33 PTG :

      Dahulu saya adalah peminat mofti tersebut tetapi selepas melihat gelagat mofti tersebut , saya sudah hilang rasa hormat terhadap mofti tersebut.

      Padam
    3. Pembetulan untuk komen 24 Mei 2018 11:33 PTG :

      Sudah dapat dipastikan, bahawa seorang teman memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap temannya. Teman boleh mempengaruhi agama, pandangan hidup, kebiasaan dan sifat-sifat seseorang.

      Padam
    4. Pembetulan untuk komen 24 Mei 2018 11:33 PTG :

      Tindakan mofti ini boleh menyebabkan sebilangan umat Islam yang jahil telah mengundi calon-calon kafir dalam PRU14 sedangkan kita tahu sebilangan calon kafir tersebut lantang menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

      Padam
    5. Pembetulan untuk komen 25 Mei 2018 12:34 PG:

      Tindakan mofti ini boleh menyebabkan sebilangan umat Islam yang jahil mengundi calon-calon kafir dalam PRU14 sedangkan kita tahu sebilangan calon kafir tersebut lantang menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

      Padam
  2. Bagi pendapat saya Dr. Maza tak lebih, lebih sudu dari kuah, selalunya aim Pas dan memburukkan persepsi wadah yang dibawa oleh Pas. Sepatut beliau ilmuan agama kena menggalakkan apa yang Pas buat. Bukan senang Pas mendapat lebih 2 juta undi Islam dalam pelbagai tekanan, tambahan dari orang agama.

    BalasPadam
  3. Agamawan apalah Maza ni yang Pas berjuang nak kembalikan kedaulatan Islam
    itu yang dikritiknya yang PH penuhi gabungan yang dianggotai oleh pelbagai fahaman libralisme,kapitalisme, pluralisme, sosialisme, Dan berbagai fahaman yang bertentangan dengan Islam disanjunginya. Adakah Allah menghijabkan kebenaran dari pengelihatannya. Nauzubillah Minta dijauhkan oleh Allah dari sifat sebegini kepada Kita semua

    BalasPadam
  4. Dulu saya minat juga mbaca ulasan dr maza... tp skarg tidak lagi... ulasan yang banyak mnampakkan ketidakadilan... yg terang2 menentang islam tidak dikomen.. tp yg nak menegakkan islam dperlekehkan... smg Allah mberi hidayah pd mu wahai dr maza.. Allahua'lam

    BalasPadam
  5. Dr maza nie pandangan saya dia seorang yg liberal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahli pas hebat pd mufti .. sanggup label mcm2 kpd mufti sbb tak sama ijhtihad dgn pas.. haihhh pas pas passs insoflah

      Padam
    2. Mufti Perlis tidak maksum. Jika dia melakukan kesalahan secara terbuka, beliau patut ditegur dan dikritik secara terbuka untuk menghapuskan fitnah, salah faham dll di kalangan umat Islam !

      Bahkan Sayyidina Abu Bakar telah menyuruh rakyat menegurnya jika beliau melakukan kesalahan.

      Siapalah mufti Perlis jika dibandingkan dengan Sayyidina Abu Bakar yang menjadi sahabat Rasulullah.

      Padam
  6. Sy juga mengikuti perbincangan tersebut. Klau boleh maza tak perlu mengungkit pasal kafir mengkafir... Pas dah lama tutup perkara itu. Kita sedia mklum berkaitan tolak rasuah, mengurus dgn baik mmg sudah ikut syariat lslam.. Tp apakah itu sahaja sudah ckp utk kita mengaku kita sbg umat lslam yg membawa ajaran sejahtera utk sekelian alam..begitu juga pemahaman berkenaan perlantikan pemimpin di dalam lslam. Ada kaedahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah lama pucuk pimpinan pas tidak mengkafirkan seseorang yang tidak sehaluan.itu saya sokong. Tapi sebelum pru14 baru² ini, penyokong² pas sering melabel sesiapa saja yang tidak bersependapat dengan mereka sebagai tidak menyokong islam dan terkeluar dari landasan islam. Itu yang tidak betul

      Padam
    2. PAS tidak pernah mengkapiran sesorng, cuba beri bukti, pemimpin PAS spt TGHH mengkapirkan org. Apa yg dinyatakan oleh PAS adalah pekara2 yg membatalkan Syahadah. Sama mcm wuduk, ada pekara2 yg membatalkan wuduk. Dr Maza jeslas memfintah PAS. Semoga Allah melaknat org yg suka fitnah.

      Padam
    3. Dakwaan konon PAS mengkafirkan orang adalah fitnah yang dicipta oleh musuh-musuh PAS.

      Setiap kali kita mencabar penjaja fitnah ternakan pakatan dan be end untuk menunjukkan bukti, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti !

      Padam
  7. Alangkah indahnya jika teguran ini Di hantar secara peribadi atau terus kpd Dr Maza.. itu lebih bagi menjaga Nama Islam itu sendiri... maaf ini sekadar pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp perlu hantar secara peribadi sdgkan Dr Maza ckp di public live TV. Perlu lah public tahu dia ditegur dan public tidak senang terpengaruh dgn pendapat bias seorg mufti. WallahuAlam.

      Padam
    2. Memang indah jika teguran ini dihantar secara peribadi atau terus kepada Dr Asri tetapi Dr Asri pun hendaklah terlebih dahulu menegur secara peribadi atau terus kepada PAS. Bila teguran dibuat di khalayak ramai, teguran kapada dia pun kena buat didepan khalayak agar khalayak tahu bahawa tidak semua yang Dr Asri cakap itu semuanya betul. Ilmu tinggi bukan menghalalkan dia dari menyebarkan fitnah

      Padam
    3. Jik maza membuat kenyataan secara terbuka maka umat Islam juga perlu membuat kenyataan secara terbuka untuk menafikan kenyataan maza dan menghapuskan fitnah.

      Padam
  8. Harap parti Pas terus istiqamah dalam menyebarkan syiar Islam,anggap lah semua ini sebagai dugaan,bukan mudah Islam nak menang,diserang dari pelbagai sudut,semoga diberkati Allah SWT, takbirrr....

    BalasPadam
  9. Tanya jee mamat ni...apa kejayaan Islam menurut acuannya di Perlis...setakat berkokok umpama mamak penjual rempah yang tahu dan ada semua rempah tapi tidak tahu mencampur rempah atau mengulai. Kenyataan mamat ni lebih banyak mengelirukan daripada menolong untuk memahamkan Islam serta gemar dengan pandangan yang berbelit belit yang tidak mesra dengan kehendak Islam. PAS bukanlah satu organisasi yang sempurna..namun dengan rekod sifar rasuah menunjukkan penentangan PAS terhadap rasuah adalah satu juzuk termasuk dalam perkara mungkar dalam Islam. Pra syarat utama pemimpin dalam Islam yang ditetapkan Allah ialah...mendirikan solat dan menyuruh yang baik dan melarang kemungkaran..ciri ciri ini ada siapa?..tidak sukar kita dan MAZA mengenali ciri ciri pemimpin itu jika beliau benar benar ikhlas dan tidak syok sendiri

    BalasPadam
  10. Dalam keadaan sekarang tumpuan harus diberikan kepada pemerintah baru dan bukan pembangkang baru

    Kalau rasuah jadi isu, isu itu harus dikaitkan dengan pemerintah baru yang bakal mentadbir

    BalasPadam
  11. Pelik.Lebih banyak mengkritik daripada sama-sama gembleng tenaga dan sumbang buah fikiran untuk kebaikan Islam. Lagi pelik usaha syiarkan Islam hanya letak atas bahu PAS sahaja.

    BalasPadam
  12. Pemimpin PAS tidak pernah diberikan peluang untuk menjelaskan aspirasi perjuangan,isu kafir mengkafir dan sebagainya melalui TV.Banyak tuduh tuduhan menjadi fitnah yang tidak terjawab. Begitu juga tuduhan ke atas ucapan TGHH yang dikatakan amanat tidak menyebut khusus ...Ayat terakhir menyebut...KITA menjadi kafir bila mengatakan politik suku agama suku. Perkataan KITA cukup mudah difahami..isu kafir mengkafir juga tidak berlaku di kawasan Rusila atau marang tetapi ia dibawa individu lain yg menurut kepala sendiri..PAS tidak boleh disalahkan dan tidak mampu mengawal semua orang..sepertimana kita tidak boleh menyalahkan Rasulullah yang menyampaikan Islam sekiranya terdapat umat Islam yang murtad,tidak mengamalkan rukun Islam atau melakukan kemungkaran seperti membunuh,merompak,menyamun,rasuah dan sebagainya.PAS juga bukanlah agama tapi satu wadah yang dikehendakki agama..dalam kehidupan manusia pula semuanya berkait dengan agama Islam...tiada satupun yang tidak berkait dengan agama...samaada ianya wajib,haram,halal,dosa pahala,harus dan lain lain lagi seperti sosial,politik,ekonomi,seks,undang undang,komunikasi,akhlak dsb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt.. pemimpin tak dpt sebarang perhatian di dalam TV mahupun newspaper. Ramai mufti, Dr Maza saja rajin dipanggil terutamanya dari Malaysiakini, Sinar Harian dan Astro. Padahal pandangan ulamak bukan sorang.. Punya la ramai.. kenapa Dr Maza saja dirujuk?

      Padam
  13. dr maza terbaik sy suka dgn pendapat beliau yg agak natural tidak mcm ade ulamak tu dah peluk najib tp tidak mengaku ulamak ape mcm tu terang2 menipu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau isu peluk najib dikaitkan. Mmg sah tak paham cerita atau dah termakan fitnah. Cuba-cuba rajin membaca daripada terima bulat-bulat org kata..

      Padam
    2. terbaik pasal kau sama fikrah dengannya,hanya pandai buat kenyataan tanpa memahami keadaan

      Padam
    3. Majukan islam dlm diri kita kemudian bila dh betul2 ikut apa islam ajarkan tegurlah manusia seislam yg lain...jgn pandang buruk org sebaiknya pandanglah buruk kita...baca dengan minda yg terbuka dan hdan hati yg terbuka..fahami betul2 apa yg mufti katakan..

      Padam
  14. mupti pun macam lalang..janji untung

    BalasPadam
  15. mupti pun macam lalang..janji untung

    BalasPadam
  16. Maza atau Rora dah lama masuk permanent bin... habis cerita... yg 2x5 dgn dia je masih follow

    BalasPadam
  17. Pas tak bole ditegurr.. itulah hakikatnya korang penyokong pas kena hadam... mana2 ustaz yang tgur PAS, akan di cop mcm2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas boleh di tegur...tapi jangan lah di fitnah

      Padam
    2. Anda berjuang kerana islam atas sbb apa?nma?kedudukan?betulkan niat in shaa allah...apa beza fitnah dan teguran...boleh bg contoh ayat yg dr maza fitnah?bg saya itu teguran...

      Padam
  18. Sebenarnya banyak fitnah dan putar belit yang kadang kadang keluar dari mulut mulut agamawan yang benci pada fikrah PAS..Kita juga merasa hairan dengan golongan yang mempunyai penyakit hati ini...Bila PAS menyebut balasan pahala serta dosa.. ada seorang pemimpin negara mengatakan itu rasuah syurga..Bila PAS dan ulama menyebut tentang syurga dan neraka...ada tokoh pendakwah yang memperli sebagai agamawan syurgawan...kita merasa pelik dengan perangai pemimpin Islam dan ilmuan jenis ini yang jauh dari sifat sifat muslim yang bertaqwa dan yakin dengan janji dan perintah Allah...Bila TGHH menceritakan batas iman dan kufur...dituduh PAS mengamalkan takfir...Agenda Islam PAS ditentang,diperlekeh,dihina... sebaliknya agenda musuh Islam menghina dan mencerca ulama Islam contohnya Dr Zakir Naik mereka diam.Mana suara MAZA dan RORA yang mulut umpama bertih goreng membalun PAS tapi membisu dan menikus bila saudara seagama dihina. PAS tidak rela agama dilacurkan sekadar ingin memenuhi nafsu puak liberal dan golongan politik yang tidak suka kepada jenama Islam...walaupun hilang sokongan namun PAS lebih konsisten pendirian menentang ketidakadilan,rasuah,penipuan,salahguna kuasa dan lain lain kerana semua keburukan itu di tentang oleh Islam sendiri dan PAS pula bukan hipokrit demi kuasa..kerana itu PAS mampu bertahan dan berdaya tahan

    BalasPadam
  19. kesan dari PRU14.
    1.DR,MAZA telah membuktikan dia ada pengikut setia yang patuh dengan arahannya dalam memberi undi.
    2.Terjadi 2 kumpulan ustaz dan ulamak,satu yang digelar baik satu lagi buruk,pas yang buruk.
    3.Pas terbukti parti pondan yang membiarkan Dr maza belasah belakang depan pas, ketua2 pas diam, tu tanda benar. ahli pas bawahan malu,macam habis ayat dan hadis,tak cukup sebelum pru selepas pru bantai lagi ,pas diam lagi,bapok.

    BalasPadam
  20. Dr. MAZA mmg bias,apa yg dicakapkannya nampak sangat untuk memenangkan satu pihak.Allah akan tunjukkan kebenaran satu hari nnti siapa DR MAZA.

    DR. MAZA, surah muhammad ayat 7, jika kamu tolong agama ALLAH,ALLAH akan menolong kamu.

    DR. MAZA, berlkau adillah kamu,walupun kamu merasa benci pada PAS.Yang saya pun x pasti apa yg kamu benci sangat dgn PAS?

    DR. MAZA. ketahuilah kamu, ualamak x dijamin syurga,dihisab juga.Iman dan taqwa ALLAH tentukan.bukan PHd atau pangkat kamu.

    selamat berjuang untuk menghadap ALLAH SWT dalam keadaan yang paling "suci"

    BalasPadam
  21. Ada agamawan suka meremehkan perkara pokok dan suka membesarkan perkara remeh...Suasana hari ini politik dan orang politik adalah perkara pokok yang menjadi penentu dasar kehidupan bernegara dan rakyat secara langsung...siapa dapat nafikan bahawa halatuju undang undang,ekonomi,keadilan sosial,agama,akhlak,komunikasi dan lain lain adalah ditentukan ahli ahli politik dalam Parlimen dan diagihkan kepada rakyat untuk diikuti. Untuk mengubah apa apa dasar perlu diterjemah di peti undi oleh rakyat dan tidak cukup sekadar cadangan melalui ceramah serta forum kerana kerajaan tidak akan layan...Atas sebab itu PAS berpolitik...bacalah semua manifesto parti parti mana yang bertanding sekalipun..semuanya telah terjawab dan buka satu perkara asing dalam Islam...cuma aspek teknikal sahaja perlu diperhalusi dalam merealisasikan segala acuan tersebut. Islam telah mendahului zaman dan pemikiran dalam segala bidang hatta perkara kecil cara memasuki tandas pun di ajar..ia telah diceritakan dan sudah terjawab bukan sahaja setakat soal dunia belum ada,ketika sudah ada malah termasuk soal selepas dunia ini sudah tiada. Hanya manusia degil dan sombong sahaja enggan mengakui serta menerima hakikat kebenaran kerana konflik kepentingan tertentu atau menjaga perasaan non muslim kononnya tapi dalam masa yang sama melukakan hati orang orang muslim. Ulama sepatutnya memudahkan pemahaman kepada non muslim tentang kebaikan Islam bukan pula menimbulkan keraguan keraguan. Jika berpandukan akal sudah tentu tidak masuk akal nabi Nuh as membina kapal dipuncak bukit,nabi Ibrahim menyembelih anaknya Ismail dan meninggalkan isteri siti hajar di gurun yang tandus tanpa air dan pokok serta manusia. Agamawan yang berbangga dengan sijil perlu diluruskan akal pemikiran supaya tidak hanya pandai bersyarah tapi turut berjuang menjadi penolong agama Allah ..bukan tukang bangkang usaha orang lain. Agamawan boleh bercakap tapi kita kena lihat mana cakap cakap itu lebih hampir atau bertepatan dengan kehendak agama yang benar atau sekadar ingin meraih populariti dan disanjungi pembenci jenama Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Hakikat Akhir Zaman.....nahnu anshoorullaah.....fastaqieem.....buat keje2 Nabi memang akn terdedah kpd tentangan & fitnah....Allaahu Ta'aalaa nak lihat kita BERKERJA.....menang-kalah adl haq Allaah.....bg yg suka hentam/kutuk/condemn tu biarkanlah....ade mase jawab balik secara bijaksana....hakikatnya: hanya pemain yg BERANI berada dlm gelanggang shj yg tau REALITI & bukannye penonton/pengkritik di luar....

      Padam