Header Ads

ads header

Flash News

Suspek Bunuh Nur Alya Direman


REMAJA lelaki yang disyaki membunuh penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi,19, di Taman PD Permata, malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, reman terhadap suspek berumur 19 tahun yang juga bekas teman lelaki mangsa diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson bermula hari ini hingga Khamis depan.

Beliau berkata, suspek ditahan di rumah sewanya pada 10.45 malam di Taman PD Idaman, Lukut selepas dipercayai mencampak mayat mangsa di tepi jalan.

“Pihak polis hanya mengambil masa 15 minit (selepas penemuan mayat mangsa) bagi menjejaki remaja tersebut dan suspek dibawa ke mahkamah pagi ini serta perintah reman tujuh hari diperoleh,” katanya di Port Dickson, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Metro Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Ini kes terpencil dan langsung tidak akan jejaskan sasaran jadi negire termaan di dunia! Bayangkan habis jer Pru.. kedudukan kita ialah teratas!!!

    ***teratas apa, jangan tanya key.

    Kuang kuang kuang

    BalasPadam