Header Ads

ads header

Flash News

Siasat Kes SRC & 1MDB, SPRM Diugut, Ditekan, Dipindahkan & Hampir Dibunuh


PUTRAJAYA, 22 MEI: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull akhirnya menceritakan kisah disebalik tekanan hebat dihadapinya sepanjang melengkapkan siasatan kes SRC International, anak syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).


Mohd Shukri berkata beliau terpaksa mengambil tindakan melarikan diri ke Washington, Amerika Syarikat susulan tekanan dikenakan kerajaan ketika itu terhadapnya.

“Kami hadapi tekanan cukup hebat. Saksi-saksi kami dilarikan, malah saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta bersara awal, cuti awal dan menempatkan saya di bahagian latihan.

“Pengalaman saya dalam kes SRC dan 1MDB amat menakutkan, saya hampir mati dalam kes ini. Ada orang ikut sehingga ke Washington dan saya berjaya mendapatkan perlindungan daripada Polis New York (NYPD).

Pada satu sidang akhbar hari ini, Shukri, sebelum ini adalah timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM, berkata pergerakannya diikuti dan dirakamkan oleh individu yang tidak dikenali semasa berada di Washington DC.

"Secara kebetulan, saya berkawan dengan Jabatan Polis New York (NYPD). Mereka lindungi saya selama seminggu.

"Mereka bekalkan saya dengan tiga pengawal peribadi," katanya.

“Saya berterima kasih kepada bos, Tan Sri Abu Kassim kerana mempertahankan saya. Dia kata kalau nak buang, buang kami berdua,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Shukri turut mendedahkan beliau dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dituduh sebagai pembelot dan mahu menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya sedih apabila kami berdua dituduh sebagai pembelot untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kami buat kerja bersungguh-sungguh untuk negara dan mahu membawa pulang semula wang (1MDB) dari luar negara,” katanya.

Shukri juga berkata beliau hanya seorang pejuang antirasuah dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, beliau tidak mempunyai kuasa pun untuk berbuat demikian.

Namun katanya, polis sebaliknya mahu menangkap beliau atas dakwaan berkonspirasi menentang kerajaan pada tahun 2015.

"SPRM mempunyai skuad perisikan sendiri.

"Apabila beliau (bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail) dipecat, saya menerima maklumat bahawa saya akan ditangkap kerana 'konspirasi untuk menggulingkan kerajaan'," katanya.

Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.

Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.

"Kami dua kali jumpa Majlis Raja-raja, tapi kami hampa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.

Shukri yang memegang jawatan timbalan pengarah operasi SPRM pada 2015, mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.

Shukri berkata, beliau turut menemui beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk menceritakan kebenaran isu 1MDB serta menggesa Najib digantikan bagi menyelamatkan keadaan.

“Kes RM2.6 bilion adalah kes benar. Saya kata buang Najib dan ganti dengan (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi atau (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein untuk jadi perdana menteri.

“Tetapi, dalam ramai-ramai menteri yg kami jumpa, 3 sahaja berani bersuara, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“(Pemimpin) yang lain semua tak nak dengar. Saya dah kata saya tidak ada sebarang kepentingan. 1MDB bukan cerita rekaan, ini kes terlalu besar yang tidak boleh dilindungi, usahanya tidak berjaya.

Shukri turut mendedahkan seorang “ahli Parlimen dari utara” cuba menyogoknya untuk menutup kes 1MDB, pada 2015.

Tanpa menyebutkan nama wakil rakyat Barisan Nasional itu, katanya, ahli politik itu menghubunginya 2 kali ketika beliau sedang melengkapkan siasatan.

“Ahli Parlimen itu tanya you (saya) nak apa?

“Saya cakap jangan masuk campur siasatan saya. Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya menjalankan tanggungjawab dan saya tidak mempunyai kepentingan dalam kes ini.”

Sementara itu, dalam nada sebak, Shukri menceritakan kebimbangan apabila 2 pegawainya ditukarkan ke jabatan lain ketika beliau melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Beliau kemudian menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Paul Low untuk meminta 2 pegawainya dikembalikan ke SPRM.

“Saya WhatsApp Menteri Datuk Seri Shahidan dan Paul Low, saya ugut mereka tolong kembalikan pegawai yang ditukar ke SPRM secepat mungkin, kalau tidak saya akan guna kuasa saya porak-perandakan keadaan.

“Shahidan kata awak jangan buat apa-apa, biar saya selesaikan, saya janji akan hantar balik pegawai awak ke SPRM,” katanya yang pernah diugut dengan peluru hidup.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Power tend to corrupt, absolute power corrupts absolutely.

    Ianya terpakai pada semua (politikus, penjawat dan ketua2) dan relevan bagi semua zaman

    Dua contoh terbaik kaitan antara power dan scraps dalam tempoh 50 tahun adalah:

    1 skandal Forex Bnm

    2. Isu 1Mdb.

    BalasPadam
  2. Skandal forex zaman tun mahataik, tapi beliau cuba tukar hakim yg nak bicarakan kes forex. Tujuannya utk masukkan hakim lantikan tun taik spya tutup kes.

    BalasPadam