Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Royalti minyak Terengganu jangan ghairah.. awasi perangkap


Isu Rolyati Minyak adalah antara isu hangat diperbahaskan selepas PRU-14 oleh rata-rata rakyat Terengganu. Topik ini menjadi hangat apabila kenyataan agak kebudakan seperti UMNO dahulu oleh pengerusi Harapan Terengganu Azan Ismail.

PAS mengambil pendekatan yang cermat dalam hal ini. Tuan Ibrahim mendahului dengan kenyataan yang lebih mesra untuk mengajak bekerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat.

Katanya, Pas mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Untuk itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengharapkan royalti Petroleum dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto (PH).

"Kita harap apa yang Pakatan Harapan janjikan dalam manifesto mereka akan dikotakan sekali gus tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu," katanya.

Begitu juga dengan MB baharu Dr. Ahmad Samsuri.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata pelbagai pendekatan akan diambil bagi tujuan itu termasuk tindakan undang-undang jika perlu.

“Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri,” kata Ahmad Samsuri dalam ucapan sulungnya sebagai menteri besar ketika kuliah Dhuha di Rusila, Marang.

Sebaik-baik tunggu masa dan ini adalah tanggungjawab kepimpinan baru Terengganu dalam rundingan kerajaan dengan kerajaan.

Adapun mewar-warkan isu ini dalam apa situasi akan membuatkan rundingan kerajaan dengan kerajaan akan menjadi makin rumit.



Secara peribadi saya tak setuju dengan Hj Ahmad Amzad Hashim yang ingin bercakap soal Royalti Minyak Hak Terengganu secara live melalui Sinar Harian pada hari ini jam 2.00 petang nanti.

Sinar Harian bukan medan mencari penyelesaian masalah tetapi sekadar mencari populariti sahaja. Sepanjang saya mengkaji 'live' yang dibuat oleh Sinar Harian tak banyak yang boleh dimanafaatkan.




Saya ambil satu contoh Forum Live Dr Kamarul Yusoff dimana Sinar Harian didakwa sengaja mahu membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” memandangkan Kamarul Zaman dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis tentang kelemahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

Sebelum pergi ramai kawan-kawannya telah menasihati Dr Kamarul supaya menolaknya memandangkan Dr Kamarul bukan jenis orang yang boleh bercakap kerana dia hanya pandai menulis sahaja. Tapi atas dasar percaya dan betul lurus wacana itu untuk mencari titik pertemuan ilmu dan berkongsi idea dia pergi dan hasil kita semua tahu.


Siapa tak kenal Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga terperangkap dengan Wacana Sinar Harian. Dia bukan sebarang orang pengarah penyelidikan PAS. Tapi bila dia hadir sebagai kapasiti individu PAS di saat akhir PAS menghadapi PRU-14 dia diperangkap dengan soalan terima duit UMNO.

Apa jawapan dia? Apa salah kalau PAS terima duit UMNO? Memang tak salah tapi itu menjadi peluru yang ahli-ahli PAS tak boleh menjawab. Sehingga orang atas pagar lari daripada PAS. Sedangkan semua orang tahu PAS Terengganu dalam proses menyaman Hj Mahfuz Omar.

Semua pimpinan PAS kata tak wujud, tetapi malangnya bila dia kata ada. Dia menjadi 'bola tanggung' kepada musuh PAS untuk me'lanyap' PAS. Tak kira dia itu siapa dalam PAS. Dia pakar atau tidak, media sosial tidak ambil kisah. Sebab dunia fitnah bukan tempat orang jujur berhujah. Politik Malaysia ialah politik persepsi.

Semua akhbar, blogger menulis perkara ini dan PAS terduduk dalam isu terima duit Wang UMNO kerana kesilapan ada dikalangan pimpinan bercakap atas kapasiti individu tetapi memberi impak yang buruk kepada keseluruhan PAS dan jentera Piliharaya PAS.

PAS dah berjaya sumbal gol 5-0 dan Sarawak Report terduduk, tapi bila datang kata-kata Dr. Zuhdi ini PAS ibarat 'ayam menang kampung tergadai'.

Saya memberi dua contoh, rasanya dah cukup. Saya tak berhasrat untuk memajangkan lagi penulisan ini.


Dalam isu Royalti cukuplah kita beri tanggungjawab kepada MB Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri. Hj Ahmad Amzad Hashim nak bercakap pasal Royalti Terengganu Hak Terengganu dalam Wacana Sinar Harian.

Adakah dia akan menjadi satu lagi peluru untuk ditembak kepada PAS. Kita tunggulah selepas pukul 2 petang nanti.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat
Royalti minyak Terengganu jangan ghairah.. awasi perangkap Royalti minyak Terengganu jangan ghairah.. awasi perangkap Reviewed by Abbas Mohd Noor on 7:36 PG Rating: 5

9 ulasan:

  1. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

    BalasPadam
  2. Bg saya boleh ja masuk dlm wacana ilmu sinar...cumanya ahli panel pas perlulah berhati2 dlm berucap...apa2 preparation tu penting...sy solute dgn saudara Shahrul Sulaiman dlm wacana Sinar tempoh hari...

    BalasPadam
  3. Setuju dengan penulis. Serahkan saja urusan ini secara mutual antara pimpinan negeri dan Pusat. Ikutlah saluran yang betul.Banyak saluran nanti ada banyak input berbeza.

    BalasPadam
  4. Semua peper melaporkan En Lim Kui Kui akan buat representasi untuk batalkan dakwaan berkaitan bangalo mewah tiada "swimming pool".

    Untuk itu jadi kenyataan, jasa Ag baru, i.e. Pandi mandi yang akan gantikan Pandi dobi, amat diperlukan untuk buat rumusan sama ada LKK 1. lepas atau 2. kena teruskan kes..

    Dari representasi ini, kesimpulan mudahnya adalah peratusan JANJI yang di canaikan oleh Puak Huruhara (PH) adalah belum cukup besar untuk mempercayai bahawa PH akan kotakan semua janji.

    Makanya usah tergesa-gesa buang air dalam tempayan meskipun guruh berdentum-dentam keluar dari mulut PH.

    BalasPadam
  5. pan dan pkr masing2 terliur dengan royalti....bolehkah mader dipercayai?

    BalasPadam
  6. pas perlu ada pejuang di hadapan yg berilmu dan bijak berpidato.mereka2 ini lah yg akan kehadapan utk mematah kan hujah2 musuh dgn berkeyakinan tinggi..ayuh pas..mulai sekarang carilah calon2 ini..klu boleh buat satu program seperti mencari dai..saya rasa ini satu kaedah yg baik..

    BalasPadam
  7. HAJI AMZAD MENULIS... FB LIVE PETANG NI TUKAR TAJUK KPD... PERANAN MP PAS DLM PARLIMEN
    .
    Ekoran dari kenyataan dari YAB Menteri Besar Terengganu yang akan mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri yang antara lain membincangkan soal royalti petroleum ini, saya telah berhubung dengan pihak SINAR HARIAN supaya menangguhkan
    perbincangan berkait isu ini di edisi LIVE ini bagi mengelak sebarang unsur pihak ketiga memutar belit kandungan temu bual nanti sehingga memungkinkan suasana tidak kondusif kepada usaha mewujudkan hubungan kerja yang erat antara negeri dan persekutuan demi manfaat negeri dan rakyat.

    Secara umumnya cadangan asal hanyalah untuk mengimbau sejarah perjuangan royalti ini sejak penubuhan MAMPAT yang dipengerusikan oleh Allahyarham Cikgu Mohd Fauzi Abu Samah pada tahun 2000. Seminar Royalti Hak Terengganu ketika itu yang dibentangkan Kertas Seminar oleh Tun Salleh Abbas, Mantan Ketua Hakim Negara yang semasa usia mudanya menjadi pegawai yang menderaf Perjanjian Pembangunan Petroleum Terengganu -Petronas 1975, Akta Pembangunan Petroleum 1974. Juga YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan dan Pengerusi pertama Petronas ketika itu.

    Bagaimana tertubuhnya Sekretariat Royalti R Terengganu. Yang saya menjadi Timbalan Pengerusi bersama Tn Hj Salmi Ibrahim dan Dato' Raja Kamarul Bahrin yang ketika itu masih ahli PAS.

    Mesejnya edisi live ini sepatutnya mewujudkan suasana mengalu alukan perubahan polisi di persekutuan dengan tumbangnya Barisan Nasional di Persekutuan dan harapan rakyat melihat hubungan kerjasama yang lancar dan baik antara negeri Terengganu dan Persekutuan demi kepentingan negeri dan rakyat Terengganu.

    Mungkin edisi live ini saya minta supaya bercakap soal lain.

    BalasPadam
  8. Dalam isu royalti ini, sy syorkan supaya kita timbulkan rasa bersalah dalam hati penyokong2 PH bhw mereka tidak boleh lupa kpd manifesto mereka sendiri berkaitan isu royalti.
    Bhw mereka jangan mudah2 nak mengambil sikap sambil lewa mentang2 bukan pihak mereka yg menang di tganu dan kelantan. Bhw mereka jgn plak secara tiba2 nak jadi double standard plak dlm isu royalti kerana mereka tiada kepentingan dlm isu ini. Sudah mula kedengaran hujah2 kurang matang drp kalangan PH bhw Madey tidak bersalah dlm isu royalti, bhw bukan Madey yg bertanggungjawab dlm isu menafikan royalti tetapi yg bersalah adalah BN. Mereka bukanlah bodo atau lupa tapi sengaja nak tutup rasa bersalah wlupun mereka tahu Madey yg control BN pd 1999 tu. Sy katakan bhw penyokong2 PH skrg mmg rasa bersalah kalau isu ini tidak diselesaikan segera. Kita hanya perlu pertingkatkan rasa bersalah itu saja.

    BalasPadam

Arkib Blog

HarakahDaily

Malaysiakini

Free Malaysia Today

Berita Harian

Nota: