Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan Surat Nik Adli yang membuatkan TG Nik Abdul Aziz Menangis


بسم الله الرحمن الرحيم

Inilah sebahagian surat daripada Ayie (NIK ADLI NIK AZIZ) anak yang kelima TGNA yang menyebabkan ibunya dan bapanya Almarhum Tok Guru Nik Aziz mengalirkan air mata, Ustaz Nik Adli pernah pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) tanpa sebarang bukti dan kesalahan, sila baca👇




"Menemui bonda yang sentiasa ada dalam ingatanku,
tidurku, baringku, dan dari setiap detik jaga.

Ibu...
Hari ini sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa.
Seperti petang-petang yang lalu
seketul nasi; sejari ikan; sejirus kuah dan sedikit kangkung
ditolak ke kamar saya.


Bu...
Petang ini saya sudah tidak dapat lagi menerimanya;
maafkan saya Bu..

Dengan tarawikh yang cecer,
dan fardu Jumaat yang dah beratus kali dinafikan saya untuk
menunaikannya
hati saya sudah semakin sebak.
Rabu - Khamis, Khamis atau Jumaat - sama.
Minggu ini atau minggu depan
sudah hampir tidak ada beda bagi saya.
Gelap terang yang silih berganti,
tidak membawa apa-apa erti dan makna.


Bu..
Apa khabar anak saya, Is, agaknya?
Tentu dia sudah petah dan bisa berlari.
Sewaktu kami dipisahkan pada malam sayu lima tahun lalu
saya masih ingat Bu..

Is baru berusia 5 tahun ketika itu.
Saya masih terdengar raungannya hingga ke hari ini.
Bersekolah di manakah agaknya dia, Bu?

Tentunya sudah di darjah empat.

Bu... hantar dia ke kelas fardu ain
Bu... jangan lupa ke kelas al-Quran
Bu.. sembahyangnya, puasanya, aqidahnya
saya tidak pastilah

perlukah dia menjadi saya, atau tidak menjadi saya.
Yang penting dia perlu bekalan agama secukup-cukupny
a.
Dia tidak boleh sekali-kali menjadi seorang yang zalim jika berkuasa.

Aisyah masih kecil, dia tidak tahu apa-apa
barangkali sudah berusia enam tahun.

Comelkah dia, Bu?
Seiras Raihana, atau mirip wajah saya?
Mengenai beban tanggungan untuk nafkah Raihana dan anak-anak
bil elektrik, air, sewa rumah, yuran sekolah, makan, minum;
terus berhutanglah kepada Pak Usu.
Jika wang simpanan saya itu kehabisan dan
jika Pak Usu pun sudah keberatan
katakanlah, sudah terdesak sangatlah
maka jual sajalah tanah getah seekar
satu-satunya pemberian arwah ayah itu kepada Pak Usu.
Gunakan wang itu secara berjimat-cermat
, sepanjang ketiadaan saya.

Bu... apa pula khabar Raihana sendiri?
Tentu dia dalam kelukaan yang berat.
Saya tahu betapa lukanya membesarkan anak-anak tanpa saya
mengurus serba-serbi tanpa saya.

Pada pertemuan akhir kami lapan bulan lalu
saya sempat memberitahunya
untuk ke pajabat kadi sajalah
dan lupakanlah saya.

Insya-Allah biar seberat mana sekali pun
saya akan rela melepaskannya jika sudah terpaksa.
Saya tidak mahu terus berdosa Bu..........




Tiba di sini, Tok Guru menekup kedua-dua matanya dengan tangan kanan sambil menunduk, lalu - dengan suara yang cukup rendah dan sedikit bergetar - dia meminta agar berhenti...



MR : Kezaliman yang dibuat oleh Mahathir kepada dirinya dan keluarga mungkin boleh dimaafkan oleh pemimpin AMANAH tapi mungkin tidak untuk Nik Adli sehingga Mahathir benar insaf bukan bermain politik atas kubur ayahnya.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

13 ulasan:

  1. Itupun ada hati Nik Omar boleh bersekongkol dengan manusia yang zalim, dimana letak kewarasan berfikir beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. motto : matlamat menghalalkan cara

      Padam
  2. Balasan
    1. tolong jwp:nk juga dgn title permastautin tetap

      Padam
  3. Mohon kpd admin Minda Rakyat agar kami dapat share melalui whatssap juga.

    BalasPadam
  4. ziarah kubur?? atau dihantar ke kubur untuk dilahadkan !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. pilihan hati saya di lahadkan

      Padam
  5. bukan sedikit AYAH berpisah kekal dengan ANAK Memali

    bukan sedikit ATOK berpisah dengan cucu Isa

    bukan sedikit TILAM lama yang berpisah dengan KATIL Tivolli

    bukan sedikit PULAU yang berpisah kekal dari daratan TANAH Melayu

    itu adalah legasi. legasi yang akan dipisah kekal dari CORET sejarah.

    BalasPadam
  6. kisah penderitaan NIK ADLI NIK AZIZ sinonim kisah nabi memaafkan Wahsyi bin Harb yg telah membunuh assyahid saidina hamzah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Washi datang minta maaf kat Rasullullah dan bertaubat.. mahathir ada dtg ke minta maaf atau bertaubat..jangan nak samakan dua kisah ni..jauh panggang dari api

      Padam
    2. Walaupun telah bertaubat dan masuk Islam dan setelah dimaafkan Nabi saw, Nabi tetap taknak tengok muka Wahsyi dan suruh Wahsyi jangan jumpa Nabi lagi sampai baginda wafat. Kemaafan ada batasnya. Forgive but not forget.

      Padam
  7. Peduli apa derita orang...yang penting ialah kuasa...namun kuasa itu setakat liang lahad..

    BalasPadam