Header Ads

ads header

Flash News

Nik Abdul kena kurang buat kenyataan tumpu bina kekuatan PAS


Hari ini saya baca kenyataan Nik Abdul Nik Abdul Aziz yang disiarkan oleh Malaysiakini berrkata parti itu akan menjadi lebih penting dalam blok pembangkang di negara ini hasil kejayaan dilakar mereka dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 baru-baru ini.

Menurut Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dengan "bertahan" di Dewan Rakyat dengan 18 kerusi, pencapaian itu adalah kekuataan yang diiktiraf.

Katanya ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS.

"Bertahan di parlimen dengan 18 kerusi adalah kekuatan yang diiktiraf.

"PAS akan menjadi lebih penting di blok pembangkang. Ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS," katanya.

Saya tak nak menulis atau mengulas panjang, sekadar nota ringkas.

1. Malaysiakini bukan media mesra PAS, bila mereka siar berita mereka cari kelemahan PAS atau membuatkan pembaca rasa tidak senang dnegan PAS. Sepatutnya pimpinan PAS memahami tujuan wartawan bertanya. Sangat dangkal kita memberikan ruang untuk mereka memenipulasi setiap apa yang kita ucap. Sepatutnya Nik Abdul meneliti semula berita-berita atau kenyataan yang pernah keluar dalam Malaysiakini. Antaranya boleh meneliti atau melihat komen yang ada di bawah artikel atau berita berkenaan.Apakah pandangan pembaca yang membuat pentaksiran atas apa yang kita ucap.

Jangan kita seronok sendiri membuat kenyataan sedangkan kenyataan itu 'mungkin' menjadi masalah kepada ahli-ahli PAS untuk berhadapan dengan dengan masyarakat dalam konteks dakwah dan penenrangan. Jangan sukarkan kami untuk menjawab setiap kenyataan bukan sahaja dikeluarkan oleh Nik Abdul tetapi ramai lagi pimpinan PAS yang pantang jumpa 'microfon'.

2. PAS dan pimpinan PAS perlu buat 'homework' melihat  dan meneliti kenapa rakyat menolak PAS terutamanya di pantai barat. Pimpinan PAS juga perlu mencari sebab kenapa ada ahli-ahli dan penyokong PAS yang menyokong HARAPAN semasa PRU-14 lalu.

3. PAS tak perlu nak memberitahu sesiapa PAS kuat atau apa-apa kehebatan, yang penting PAS kena kerja kuat tunjukkan PAS boleh memerintah dan makmurkan Kelantan dan Terengganu dengan baik. Masyarakat boleh faham dengan sendiri tak perlu kita mendabik dada kita masih kuat dan hebat.

Rasa itu sahaja.
Maaf. Terima kasih.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Sangat setuju.... kurangkan bercakap, banyakkan kerja.... Ahli susah hati bila byk sgt persoalan yg terpaksa dijawab dgn pihak lawan.... diam diri lebih baik tp terus kerja keras buktikan kemampuan mentadbir Kelantan dan Terengganu

    BalasPadam
  2. Pas tidak boleh hanya kuat di pantai timur saja. Sampai bila nak mcm tu?

    BalasPadam
  3. Tak Setuju Dalam Politik Xboleh sembang Kata kita lemah. Atleast ok la kenyataan dia tu. Lagi pun baru 1st selepas pru.

    BalasPadam
  4. mohon pemimpin PAS berhati hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan.golongan kafir,munafik, liberal sedang "mrngintai"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sangat setuju. Kenyataan biarlah tidak susahkan ahli membuat kenyataan balas kepada masyarakat dan jangan teruja sangat.

      Padam
  5. Ada juga btl apa yg di utarakan masalah byk bercakap tapi ad part yg harus kita bercakap kalau tak PAS dimomokkan contoh bercakap tentang ug..bl diam dikatakan betul

    BalasPadam
  6. Bole admin nyatakan artikel kat atas siapa yg buat? Siapa saya dlm artikel di atas? Sangat setuju... Minta para alim ulamak esp TGHH mengarahkan lebih kuat kerja dari bercakap byk yg ntah apa2. Ramai geng ambo yg tak puas hati cara mrk kluarkan kenyataan.. Zaman dah berubah.sila gunakan hikmah, sbb kami yg non partisan tak suka cara bukan tujuan pas (bukan semua). Tolon paham kami yg diluar sini. Elakkan label, maki, cakap kasar di kuliah ilmu anda.. Kdg2 org yg tua mcm ambo akan terguris, org luar sana akan menjauhi anda.. Cuba la faham, jgn cepat melatah n menghukum org spt ambo. Kami di luar sana, ingin jugak islam tapi jgn tolak kami jauh dari memberi kepercayaan kpd anda.. Sila berlapang dada w ambo punya komen. Buat la research ka apa ka, please jgn syok sendiri. Maaf n Wallahuaklam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tidak ada nama penulis akan merujuk kepada Ketua Editor. Nama dan cara menghubungi ketua editor sudah ada. Terima kasih

      Padam
    2. ������

      Padam
  7. sangat setuju..kurang ckp..banyak kerja

    BalasPadam
  8. PAS telah dianugerah dengan dua negeri yang boleh dijadikan sebagai showcase pentabdiran kerajaan islam. Banyak lagi konsep pentadbiran islam yang dapat diketengahkan selain daripada hudud. Konsep tanpa pembakang yg diketengahkan oleh TGHH mungkin boleh diguna pakai di Kelantan dan Terengganu, Walaupun BN dan PH kalah tapi ada juga rakyat yang mengundi mereka. Bawaklan mereka kedalam struktur pentadbiran bukan sebagai pembangkang tapi sebagai rakan dialog. Jika konsep syura boleh diguna pakai dalam pentadbiran PAS apasalahnya kalau boleh dipraktikan oleh Kelantan dan terengganu.

    BalasPadam
  9. Media rasmi PAS adalah harakah, page presiden, website pas pusat... Ini saja Tempat nak buat kenyataan.. Kenyataan media hendaklah bersifat membina, memberi keuntungan kpd parti, bidang agama ekonomi politik budaya, hubungan persaudaraan sesama manusia, hubungan dgn non Muslim, bersifat global dan sebagainya.. Fokus melaksanakan manifesto d Kelantan dan terengganu..

    BalasPadam
  10. DULU PENYAKIT PAS DGN PEMIMPIN YG KELUAR TUBUH PAN.. KINI PENYAKIT ADA LAGI YG OVER SGT SPT Dr. Mohd Zuhdi - SEMOGA TULISAN INI DI MUHASABAH OLEH MEREKA

    BalasPadam
  11. Admin eja nama bagi betul. Abduh la bukan abdul

    BalasPadam
  12. Setuju sangat dengan penulis.Biarlah kita kurang bercakap.Jangan nanti percakapan kita dijadikan peluru oleh musuh untuk menembak kita balik

    BalasPadam