Header Ads

ads header

Flash News

Empat Individu Ketuai Pasukan Khas Siasatan 1MDB


PUTRAJAYA: Sebuah Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diketuai empat individu telah dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, pasukan itu bertangungjawab untuk membuat pengesanan, rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

“Pasukan khas itu akan diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjayan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

“Keanggotaannya pula akan terdiri daripada SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pasukan tersebut akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.

Katanya, pasukan khas itu juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai pihak agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan.

“Kerajaan berharap penubuhan pasukan ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat akan berupaya mengembalikan maruah negara yang telah tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB.,” katanya

- Utusan Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan: