Header Ads

ads header

Flash News

Dr Asri faham tak tentang larangan arak dalam Islam?


Saya terbaca kenyataan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) menumpukan kepada dosa awam berbanding dosa peribadi.

Asri menjelaskan dosa peribadi sebagai dosa yang memberi mudarat pada diri sendiri selagi mana ia tidak mengancam pihak lain seperti zina, minum arak dan berjudi. “Dalam ertikata lain, ia dosa atau pun aib peribadi antara hamba dengan Tuhannya”.

“Malangnya, apabila kita gagal membezakannya, maka golongan kuat agama heboh jika ada tokoh yang berkhalwat tetapi membisu apabila ada isu rasuah dan penyalahgunaan harta awam berleluasa. Isu-isu aib peribadi diangkat dan diberikan pelbagai ulasan agama, sementara isu jenayah awam pula golongan agamawan ramai yang mendiamkan. Ini adalah tanda kesongsongan kita dalam memahami jenis-jenis dosa,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemerintah hendaklah mengelak daripada mengangkat kes “aib peribadi” yang dibawa ke mahkamah, seperti diriwayatkan di dalam hadis.

Fahaman Dr Asri Saling Tak Tumpah Sama Dengan Fahaman Siti Kasim


Bulan lalu saya juga terbaca kenyataan Peguam kontroversi Siti Kasim sekali bertindak lantang mengkritik usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cuba memperbetulkan perwatakan songsang dalam masyarakat untuk mentarbiah dari amalan tersebut berlelusa.

Bercakap kepada pemberita, aktivis hak asasi manusia itu berkata, orientasi seks seseorang individu itu merupakan hak peribadi dan ianya antara individu terbabit dan Tuhan.

"Saya tak faham orang (JAKIM) ini.

"Mereka patut simpan kepercayaan agama dan moral kepada diri mereka sendiri dan tutup mulut. Kalau komuniti lesbian, gay, biseksual dan trasgender ini salah, biar Tuhan hukum mereka,"
kata Siti Kasim dipetik media berkenaan.

Bila saya teliti secara mendalam sebenarnya kenyataan dua orang ini menghampiri sama dan jika saya cuba memahami maksud "dosa awam, bukan dosa peribadi" yang cuba diketengahkan oleh Dr Asri sebenarnya tak ada beza fahaman Dr Asri (MAZA) dengan Siti Kasim, dua-dua mereka tidak mahu JAKIM mengambil peduli tentang dosa peribadi dan hendaklah memberikan fokus kepada DOSA AWAM.

Hanya berbeza Dr Asri ialah Mufti dan dikatakan ahli hadis manakala Siti Kasim dikatakan pula sebagai Liberal dan ada kata sesat menghampiri keluar Islam dengan kenyataan "Tuhan Getaran".

Orang kata Dr Asri suka kritik PAS. Saya tak kisah kerana PAS bukan semesti betul dalam semua perkara. Yang saya kisahnya  ialah Dr. Asri ini yang rasa dia sahaja betul orang lain semuanya salah dan tak betul.

Zina, minum arak dan berjudi adalah dosa peribadi. Berzina jika kita nak bertaubat tak perlu kita minta maaf dengan pasangan zina kita, hanya cukup kita minta maaf dengan Allah s.w.t. sahaja.

Dr Asri tahu tak berzina ni dalam Al Quran ada sebut kena ada 4 saksi yang melihat seperti "celak masuk dalam bekasnya". Kalau nak 4 saksi sangat susah dan boleh menghampiri 'sifar'.

Habis kenapa nak 4 saksi?

Dalam hal ini saya setuju sedikit dengan hujah Dr Asri bahawa bukan kerja kita selongkar rumah untuk cari orang berzina dengan bawa 4 atau lebih orang untuk jadi saksi. Itu pun susah juga kalau penzina itu buat dalam selimut tak boleh lihat 'hulu celak'.

Makna tuhan tak nak orang berzina ditepi jalan. Semua orang boleh lihat. Jika berlaku macam itu bukan lagi orang tapi binatang.

Amar Maaruf Nahi Mungkar

Oleh kerana Dr Asri dikatakan orang sebagai ahli hadis. Saya nak bawa satu hadis iaitu;

“Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.”

Jika dilihat di dalam konteks ayat ini, ianya menunjukkan tahap-tahap dalam mengubah kemungkaran. Bermaksud apabila seseorang itu melihat kemungkaran maka perlulah dia mengubah kemungkaran tersebut dengan tangan (jika dia memiliki kekuasaan dan kekuatan), jika tidak mampu maka hendaklah dia ubah dengan lisannya (iaitu dengan memberi teguran atau nasihat), kemudian barulah dengan hati (yakni membencinya di dalam hati).

Hadis ini sebenar ada kaitan dengan al Quran iaitu;

Allah berfirman, Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imran : 104)

Agak-agak Dr Asri faham tak hadis dan al Quran di atas? Siapa ada kuasa dan siapa bertanggungjawab untuk cegah. Tak ada dihuraikan mesti cegah dosa umum dan abaikan sikit dosa peribadi.

Dosa Peribadi Boleh Bawa Mudarat

Saya pernah mendengar kuliah Dr Asri berkenaan seorang alim ditipu syaitan yang beribadat tak makan dan minum akhirnya menceritakan tentang rahsia 'bertaubat setelah melakukan dosa' dan meminta si alim ini memilih untuk meminum arak atau berzina atau membunuh untuk merasai nikmat bertaubat selepas itu. Lalu si alim ini memilih minum arak.

Minum arak macam dosa kecil (sebenarnya antara dosa besar), dosa peribadi aje...
Zina terlibat dengan orang dan bunuh sudah tentu.
Bila si alim ini pilih arak akhir dia melakukan semua sekali dosa lain.

Dr Asri faham tak cerita ini?




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

9 ulasan:

  1. Semua bermula dari rumah. Kalau rumah sendiri bersih, kebersihan itu akan di bawa ke luar sana.

    Kalau rumah sendiri kotor kekotoran itu akan di bawa ke luar sana.

    Makanya kalau di luar sana kotor, andaiannya ialah banyak rumah yang kotor.

    Kalau diluar sana bersih andaiannya ialah banyak rumah yang bersih.

    Kekotoran di luar sana boleh di bersihkan tapi kekotoran akan kembali kalau banyak rumah yang kotor.

    Makanya kalau mahukan keadaan di luar sana berterusan bersih, paling efektif ialah dengan menekankan aspek kebersihan dalam setiap rumah.

    Dalam kata lain kekotoran/kebersihan tempat awam banyak kaitannya dengan kekotoran/kebersihan individu.

    BalasPadam
  2. Tak perlulah saman org buang sampah merata, sebab kebersihan bermula dari rumah

    BalasPadam
  3. Kalau kat rumah tak pecut, kat luar tak pecut, tak ada keperluan untuk saman dan tak perlu EAS pun.

    Semua bermula dari kesalahan individu. Kalau individu tak pecut, tiada yang kena saman dan tak ada ruang untuk dapatkan duit kopi.

    BalasPadam
  4. Mudah saja...jemput orang minum arak rumah MAZA kerana ia adalah hanya dosa individu dan agaknya MAZA tiada kaitan.Nak kata MAZA tidak faham fikrah antara dosa dan pahala bab arak tidak mungkin..Kemudian panggil sahaja puak puak gay,lesbian atau puak puak liberal pergi berzina rumah siti kassim kerana ia adalah hak asasi individu yang perlu dihormati dan dilakukan di tempat yang tertutup.Ini adalah contoh contoh fahaman sesat yang amat jauh menyimpang dari kehendak Allah walaupun ianya keluar dari agamawan sekalipun sedangkan dalam Islam hukuman mandatori zina seperti direjam sampai mati atau di sebat . Puak puak sesat ini menganut fahaman hak asasi tetapi dalam masa yang sama menentang hak asasi orang lain dalam mengamalkan tuntutan agama. Apa yang pelik ialah Allah telah menyediakan jalan yang sah dan halal tapi perangai golongan liberal ini memilih jalan yang haram serta memudaratkan.Tidakkah ini kerja bodoh namanya hatta binatang seperti lembu sekalipun tidak sesekali suka kepada lembu sejenis...malangnya bila manusia lebih hina dari dari binatang dan benarlah firman Allah yang menyebut bila manusia tidak menggunakan pancaindera...mereka itu lebih sesat dari binatang ternak

    BalasPadam
  5. Maksudnya skandal mat sabu tu dosa peribadi jangan kacau hormat dosa privacy high class

    Pas ni boleh buat dosa liwat zina cuma secara ekslusif di private place .jabatan agama tak leh kacau

    Ha ha negaraku negaraku oh negaraku

    BalasPadam
  6. anggaplah mufti ni sbgai mufti kerajaan..apa yg di buat oleh kerajaan akan di cari kan hujah untuk menbenarkan..

    BalasPadam
  7. Kita merasa hairan bagaimana si maza boleh dilantik menjadi mufti.

    Seruan kepada kerajaan pakatan supaya menumpukan kepada dosa awam berbanding dosa peribadi menunjukkan si maza ini seolah-olah tidak memahami prinsip asas Islam yang sangat penting iaitu amar ma’ruf nahi mungkar yang meliputi pihak awam dan individu.

    BalasPadam
  8. Mufti dr iran agaknya..

    BalasPadam