Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Shukri Abdull tidak sepatutnya membuat kenyataan prajudis - Peguam


Peguam PAS Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Wan Zainuddin berkata, ia tidak patut dikeluarkan pada hari yang sama Najib dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.

“Kenyataan ini amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini,” katanya.

Dalam tulisan di Facebook yang dikongsi oleh PAS Selangor, Wan Zainuddin berkata Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

“Perkara paling asas perlu beliau lakukan ialah membuat laporan polis dan mendedahkan dalam laporan polis nama nama individu yang dikatakan mengugut beliau.

“Biar polis membuat siasatan. Haiya!Ini macam manyak kacau la bos!” katanya.

Shukri dalam sidang media hari ini membuat pelbagai kenyataan berani, termasuk mendakwa polis mahu menangkapkan atas alasan berkonspirasi terhadap kerajaan pada 2015.

Beliau juga mendedahkan, di tengah-tengah siasatan 1MDB, beliau diikuti dan gambarnya diambil ketika berada di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Shukri juga mendedahkan mendapat bantuan perlindungan dari Jabatan Polis New York (NYPD) yang memperuntukkan tiga pengawal bagi menjaganya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. mengembalikan ‘rule of law’ di negara ini
    Ala BN V2

    BalasPadam
  2. Siapa yang tak terlompat2 kalau paku dibahu tetiba bertambah maksimum. Fuyo macam dalam mimpi.

    Cumanya bila terlompat2, ada yang lompat habis sekalipun tapi lepas tu kaki jejak di bumi semula

    Ada jenis yang terlebih lompat hinggakan kaki berada di awang awang, kalau terus tak perasan, melayang kelautlah perginya.

    Jenis yang last itu yang selalu merosakkan pesta sambutan meraikan kemenangan.

    BalasPadam
  3. hanya untuk menggembirakan tun det?

    BalasPadam
  4. Supaya rakyat lebih tertumpu dengan drama terkini...dan drama lantikan kabinet dapur diketepikan seketika.

    BalasPadam
  5. Yg baik n bermanfaat utk rakyat n negara kita sokong tapi kalau seleweng kita tentang n bantah..

    BalasPadam