Header Ads

ads header

Flash News

Khalid lepas jawatan tapi bukan hari ini?

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan bakal melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Menurut sumber, nama pengganti Abdul Khalid masih dirahsiakan dan perjumpaan dengan pihak istana tidak akan dibuat pada Isnin.

"Perbincangan sedang dibuat sekarang. Tiada sebarang pengumuman dijangka dibuat hari ini. Khalid sah ditukar," jelas sumber itu.

Pada pagi Isnin, tersebar mesej di laman sosial WhatsApp mengenai pertukaran Abdul Khalid dan digantikan dengan nama seorang exco kerajaan negeri.

Khalid Ibrahim

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp kebanyakan pengamal media kini dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatannya.

Khalid Ibrahim

Ia dilihat langkah memberi tekanan kepada Abdul Khalid daripada partinya sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesej itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Sejak beberapa bulan lalu Abdul Khalid menerima tekanan termasuk daripada pemimpin PKR sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.

Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Sumber :
Astro          

Tiada ulasan