Catatan kepada pelawat:

Catatan kepada pelawat blog: Saya bina blog ini khas untuk saya sendiri bagi memudahkan saya memantau penulis-penulis di alam siber (internet) mengemas kini tulisan mereka.

Konsep : Artikel pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat.. yakni penulis ini memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau mungkin kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel ini adalah artikel yang perlu kepada perbahasan minda.

Sabtu, 12 Februari 2011

UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Oleh Wong Chin Huat
Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun.  Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008.  Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.
Namun, senario politik telah berubah.  Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS.  Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".
Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran.  Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Tolonglah, jangan "1Malaysia" lagi!

Oleh Chang Teck Peng
Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan.  Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak.  Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.
Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang. 

Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020".  Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.

Isnin, 7 Februari 2011

Revolusi kebangkitan Rakyat di Mesir

Oleh Suhaimi Mokhtar

Amerika Syarikat (AS) dan kuasa barat yang mendukungi kuasa regim zionis Yahudi kini bakal kehilangan satu lagi negara sahabat, rakan yang menjadi benteng, pelindung yang diperkakaskan oleh negara-negara yang bersekongkol ini untuk mencaturi agenda besar mereka di rantau Timur Tengah.

Selama 30 tahun negara-negara kuasa yang melindungi regim zionis ini memperalatkan dan memperkudakan Mesir, negara milik umat islam untuk menjadi pelindung kepada survavil regim zionis yang sentiasa kepingin untuk terus berada dalam zon selesa bagi mengatur agenda besar dirantau itu yang dikelilingi oleh negara-negara milik umat islam. Sebagai negara sahabat AS, Mesir dibayar dolar AS 1. 5 billion setiap tahun berupa bantuan melengkapkan ketenteraan dan peralatan tentera dan lain-lain. Regim zionis diberi bentuk bantuan sama berpuluh kali ganda lebih besar.

Penculikan Semporna, Olok-Olok Atau Konspirasi?

Oleh Mohd Yatim Suhaili

INSIDEN penculikan dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna pada 8 Februari 2010, Lai Wing Chau dan Tsen Vui Chung oleh lima orang penculik yang diketuai oleh pemegang kad pengenalan projek Malaysia, Ahmad Taradji (merupakan ipar kepada salah seorang pemimpin kumpulan bersenjata Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Al Parad) kini sudah diselesaikan dengan sempurna setelah mangsa dibebaskan pada 22 Disember 2010.

Daripada risikan Sabahkini.net, para penculik menuntut wang pampasan sejumlah 30 Juta Pesos atau RM2.44 juta untuk membebaskan tebusan dengan kadar tukaran semasa 12.3 pesos bagi setiap ringgit.

Ahad, 6 Februari 2011

Menilai Kewajaran Interlok

Oleh Hafiz Zainuddin

Sastera berlegar dalam dunianya tersendiri. Punya dayatarik dan peminat tersendiri. Sesekali; kejutan yang berlaku dalam dunia sastera merupakan sesuatu yang boleh dilihat dari dua sudut iaitu pro dan kontra yang mana ada baiknya. Sekali lagi, scene sastera negara kita bergegar. Sama halnya yang berlaku semasa kemunculan novel Shit karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad tahun 1999 yang membantai amalan kronisme, nepotisme, kezaliman dan salahguna kuasa pemimpin negara.



Novel Shit ini menggambarkan pemerintahan negara yang jijik dan kotor. Pemimpin-pemimpin yang korup dan zalim dilabel dan diungkapkan sebagai "kepala taik", "Puki Mak"-PM, "batang taik barisan" dan banyak lagi. Pada waktu itu, semua orang membincangkannya malah penjualannya mencatatkan angka yang memberangsangkan. "Shit" menjadi fenomena baru dalam dunia sastera!

Kontroversi kali ini adalah dari sebuah novel yang ditulis lebih 10 tahun selepas merdeka yang lalu di mana akan dijadikan sebagai teks komponen sastera pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah. Semena-mena, nama "Interlok" menjadi sangat popular. Interlok diwacanakan, diperbincangkan, diperdebatkan di banyak peringkat masyarakat. Apa sebenarnya yang berlaku?

Catatan Popular