Catatan kepada pelawat:

Catatan kepada pelawat blog: Saya bina blog ini khas untuk saya sendiri bagi memudahkan saya memantau penulis-penulis di alam siber (internet) mengemas kini tulisan mereka.

Konsep : Artikel pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat.. yakni penulis ini memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau mungkin kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel ini adalah artikel yang perlu kepada perbahasan minda.

Jumaat, 19 November 2010

Pemilihan Keadilan perlu diteliti semula - Pensyarah Kanan UNISEL

Oleh Hamdan M Salleh


SHAH ALAM 18 Nov - Pemilihan KEADILAN 2010 akan tiba ke penghujung pada minggu ini. Tanggal 21 November merupakan hari terakhir pengundian perimgkat MPP.

Tamatnya pengundian dua pusingan yang bermula dengan pemilihan peringkat Cabang dan diikuti pemilihan pucuk pimpinan tertinggi. Minggu selepas itu pula Kongres 2010 akan menyusul di mana yang menang tentunya akan di dudukkan di pentas utama.

Pada awalnya penulis merasakan sistem pemilihan 1 Ahli 1 Parti yang diadakan oleh KEADILAN merupakan satu langkah yang amat baik dalam meraikan demokrasi.

Memberi ruang dan peluang untuk ahli marhaen memilih pemimpin idaman mereka yang dirasakan mampu membawa aspirasi mereka. Persaingan sihat dalam keluarga besar KEADILAN juga dapat mendekatkan pimpinan kepada ahli-ahli di bawah. Politik wang yang menjadi nanah kepada parti politk juga dapat dihindarkan menerusi pengundian cara begini.

Mustaffa hantar wakil serah bukti kepincangan pemilihan PKR

Oleh Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 19 Nov — Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah tetapi menghantar wakilnya bagi menyerahkan sejumlah kecil keterangan mengenai dakwaan kepincangan pemilihan pagi ini.

Perkara itu dinyatakan Mustaffa sendiri, yang sebelum ini dua kali mendesak penangguhan dan pembatalan proses pemilihan pusat yang didakwanya wujud penyelewengan.

“Saya tidak akan hadir ke sana (ibu pejabat PKR) namun wakil saya, Dzulkifly Ibrahim akan bertemu JPP pagi ini dengan beberapa butiran yang ada,” kata Mustaffa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata, banyak aduan yang diterima JPP sebelum ini sepatutnya sudah boleh mendorong jawatankuasa pengendali pemilihan pusat itu menangguhkan proses pemilihan yang ketika ini hanya tinggal dua hari lagi iaitu esok dan lusa.

Catatan Popular