Oleh ROZAID A. RAHMAN
PENULIS tidak pasti bagaimanakah hendak menunjukkan reaksi selepas membaca berita ini kerana hendak dikatakan ia kisah lawak jenaka paling hebat abad ini tapi ia benar-benar berlaku dan berlaku di hadapan khalayak ramai serta mendapat liputan media secara meluas.
Sebuah syarikat yang khabarnya diterajui oleh anak Kelantan di luar negara dilaporkan telah menyumbangkan derma bernilai RM4 bilion kepada Parti Islam SeMalaysia atau ringkasnya PAS dalam satu majlis makan malam yang diadakan di Kota Baru malam Ahad lalu.
Sumbangan derma itu dibuat dalam bentuk replika cek yang tertera nama Bank Al Rajhi di atasnya. Adalah tidak jelas atas sebab apa syarikat ini bersedia menyumbangkan derma sebanyak itu kepada PAS. Tapi itu soal lainlah kerana ia hak tuan yang punya diri.
Jumaat, 24 September 2010
Khamis, 23 September 2010
Keluarga bekas tahanan ISA teruskan perjuangan
Oleh Norlalila Othman
Abah [Mat Shah Satray] dibebaskan dari ISA pada Sept 15, 2009 setelah Menteri Dalam Negeri dikatakan berpuashati kerana Abah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara walaupun beberapa bulan sebelum itu menteri yang sama kata, beliau masih perlu ditahan kerana 'masih' memberi ancaman kepada keselamatan negara! Tanpa sebarang proses perbicaraan dengan kehadiran pendakwa, peguam dan hakim mahkamah, beliau telah dihantar pulang oleh beberapa orang polis Cawangan Khas ke rumah kami di Taman Keramat.
Alhamdulillah, kami bersyukur pada Allah di atas kepulangan ini dan amat berterima kasih pada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan serta doa supaya kami sekeluarga dapat bersatu semula selepas tujuh tahun dipisahkan oleh beberapa orang Menteri Dalam Negeri sebelumnya.
Label:
Norlalila Othman
| Reaksi: |
Rabu, 22 September 2010
Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh
Oleh Lim Hong Siang
Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan. Semua puak dan sekta akan disatu-padukan sebaik mungkin untuk menentang musuh yang utama. Pendekatan sedemikian menjadi salah satu pilihan kepada politik berhaluan kiri, yang sering dilabel sebagai fahaman anti-agama dalam politik tanahair.Jika diimbas zaman pasca penjajahan Jepun, konsep "kerjasama" ini terjelma dalam bentuk draft Perlembagaan Rakyat, yang dikemukakan oleh gabungan Putera-AMCJA. Kemudian, usaha disusuli dengan cubaan untuk menggabungkan pengikut tiga orang tokoh Ahmad Boestaman (dari Parti Rakyat), Burhanuddin Helmi (dari PAS) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, dari Parti Buruh Malaya).
Bagaimanapun ia berakhir dengan ketidakhadiran PAS, apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh membentuk Barisan Sosialis (Socialist Front, SF) pada tahun 1958. Kuku besi regim Perikatan (dan Barisan Nasional kemudiannya) terus mencengkam perluasan pengaruh sosialis - untuk beberapa dekad perjuangan sosialis disamakan dengan pengorbanan, seolah-olah perjuangan yang tidak menemui kemenangan...
Label:
Lim Hong Siang
| Reaksi: |
Isnin, 20 September 2010
Kes Sosilawati: Jangan cepat memuji polis
Oleh N. Surendran
Lawyers for Liberty amat khuatir kerana ramai ahli-ahli politik dan berbagai pihak lain terlalu cepat memuji pihak polis dalam menyelesaikan kes pembunuhan ngeri Sosilawati Lawiya (gambar bawah) dan tiga orang rakannya yang lain.
Apa yang diperlihatkan dalam kes ini sebenarnya amat jauh sekali daripada kecekapan, daya saing dan profesionalisme yang seharusnya dipamerkan pasukan polis. Kes ini menunjukkan pihak polis hanya bertindak dengan tegas apabila melibatkan kehilangan seorang "Datuk" kaya dan terkenal. Dalam masa yang sama tidak memperdulikan atau bersikap sambil lewa terhadap kes-kes kehilangan/ pembunuhan dan kes-kes jenayah komersil.
Selanjutnya dilaporkan bahawa lebih 20 orang yang mungkin dibunuh oleh para penjenayah yang sama.
Bagaimana para penjenayah yang disyaki ini, termasuk dua orang peguam terkenal yang digantung kelayakan profesional guamannya itu dapat melakukan jenayah tersebut dalam jangka masa yang lama dengan kekebalan undang-undang tanpa sebarang tindakan pihak polis?
Selasa, 14 September 2010
Anwar kena terima pencalonan jawatan Presiden PKR demi survival Azmin?
Oleh: ROSLAN BIAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap bercakap pasal demokrasi, telus dan adil. Sama ada Ketua Pembangkang itu ikhlas atau ada ‘udang di sebalik batu’, hanya beliau sahaja tahu.
Bahkan, sebelum ini ketika diminta komen pasal kemungkinan pertembungan Datuk Zaid Ibrahim dengan ‘anak emas’nya, Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November nanti, Anwar macam tidak kisah kedua-dua pemimpin itu bertanding.
Alasannya, sama demi demokrasi, telus dan adil maka beliau tidak mahu menyatakan menyokong sesiapa walaupun ramai sudah tahu, beliau mahu Azmin jadi orang nombor dua PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap bercakap pasal demokrasi, telus dan adil. Sama ada Ketua Pembangkang itu ikhlas atau ada ‘udang di sebalik batu’, hanya beliau sahaja tahu.
Bahkan, sebelum ini ketika diminta komen pasal kemungkinan pertembungan Datuk Zaid Ibrahim dengan ‘anak emas’nya, Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November nanti, Anwar macam tidak kisah kedua-dua pemimpin itu bertanding.
Alasannya, sama demi demokrasi, telus dan adil maka beliau tidak mahu menyatakan menyokong sesiapa walaupun ramai sudah tahu, beliau mahu Azmin jadi orang nombor dua PKR.
Sabtu, 11 September 2010
Balik kampung tiada lagi pemandangan romantis tepi sungai
Written by Ramli Abdul Samad
Seperti lazimnya, musim raya menampakkan lebuhraya-lebuhraya yang sesak dengan umat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung. Sudah tentunya udara kampung lebih bersih dan nyaman berbanding dengan udara kota.
Seperti lazimnya, musim raya menampakkan lebuhraya-lebuhraya yang sesak dengan umat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung. Sudah tentunya udara kampung lebih bersih dan nyaman berbanding dengan udara kota. Namun begitu, fenomena balik kampung juga bermakna lebih banyak lagi kenderaan akan berada di jalan raya dan jalan-jalan kampung.
Jika misalnya semua kenderaan diwajibkan memasang alat penapis pencemar yang lebih canggih lagi, maka sudah tentunya kuantiti bahan pencemar di udara boleh dikurangkan.
Begitu juga pencemaran dari udara dapat kita kurangkan dengan memastikan pihak yang terlibat dalam proses membuang atau memproses bahan kimia memasang alat pengolah pencemar industri.
Label:
Ramli Abdul Samad
| Reaksi: |
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Oleh Dr Kamarudin Musa Pendahuluan One Malaysia – satu Malaysia: satu metafora di antara beberapa metafora dalam sejarah pengganti...
-
Oleh ROZAID A. RAHMAN PENULIS tidak pasti bagaimanakah hendak menunjukkan reaksi selepas membaca berita ini kerana hendak dikatakan ia ...
-
Written by Ramli Abdul Samad Seperti lazimnya, musim raya menampakkan lebuhraya-lebuhraya yang sesak dengan umat Islam berpusu-pusu pulang...
-
Oleh Hafiz Zainuddin Walaupun rakyat secara umum sudah makin celik politik, tidak dapat dinafikan, masih ramai lagi yang mengambil sikap b...
-
Oleh Ahmad Lutfi Othman Saya difahamkan, untuk senario terkini, pemimpin dan strategis BN sendiri mengakui, jumlah kerusi Parlimen yang &q...
-
Oleh Wong Chin Huat Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menum...
-
Oleh Anuar Mohd Nor Zaman sudah berubah. Masa sudah berdetik jauh dengan kemodenan yang semakin hari semakin mengejar kita – tidak l...
-
Oleh Daniel Low Saya masih ingat, semasa zaman sekolah rendah, seorang budak Melayu yang gemuk dan comel menjadi sahabat baik saya. Bers...
-
Oleh Syed Mu’az Syed Putra KUALA LUMPUR, 6 Dis – Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambi...
-
Oleh: Afriadi Sanusi SEORANG Profesor Singapura menulis dalam sebuah artikelnya; Kebanyakan rumah mewah yang ada di Singapura, Kebanyakan ...


