Catatan kepada pelawat:

Catatan kepada pelawat blog: Saya bina blog ini khas untuk saya sendiri bagi memudahkan saya memantau penulis-penulis di alam siber (internet) mengemas kini tulisan mereka.

Konsep : Artikel pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat.. yakni penulis ini memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau mungkin kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel ini adalah artikel yang perlu kepada perbahasan minda.

Ahad, 29 Ogos 2010

Debat dominasi dolar

Oleh Haris Zalkapli

Tajuk: The Future of the Dollar
Editor: Eric Helleiner dan Jonathan Kirshner
Penerbit: Cornell University Press (2009), 250 muka surat.

Tajuk: Global Imbalances and the Lessons of Bretton Woods
Penulis: Barry Eichengreen
Penerbit: The MIT Press (2010), 208 muka surat.

Berita dunia pada masa kini menyaksikan banyak liputan tentang kewangan dunia, melibatkan "sistem Bretton Woods baharu," kemerosotan dolar Amerika Syarikat sebagai matawang global (yang biasa dikaitkan dengan kemerosotan kuasa politiknya), dan kemunculan China dan matawangnya sebagai kuasa baharu ekonomi global.

Walau bagaimanapun, banyak laporan dan pandangan yang dikemukakan memberi gambaran mudah, malah ada juga yang menyeleweng dan memberi gambaran palsu seperti menjelaskan segalanya dengan kemerosotan kuasa AS dan peningkatan kuasa-kuasa baharu seperti BRIC (Brazil, Rusia, India, China).

Dua buah buku, The Future of the Dollar dan Global Imbalances and the Lessons of Bretton Woods dapat memberikan gambaran yang lebih kritikal, serta gambaran untuk memahami laporan-laporan melibatkan dolar, yuan, sistem kewangan global dan pemain-pemain utamanya.

Mengumpulkan pakar-pakar seperti David P Calleo dari Johns Hopkins dan Benjamin J Cohen dari Universiti California Santa Barbara, The Future of the Dollar memberikan penilaian yang luas asasnya, dan berdasarkan disiplin ilmu yang memberi penjelasan mendalam perlbagai sudut.

Pakar-pakar dalam buku ini menilai masa depan dominasi dolar menurut tiga perspektif iaitu berdasarkan pasaran (faktor ekonomi), instrumental (sistem Bretton Woods 2) dan geopolitik (kuasa AS).

Perbincangan ini tidak memberikan kesimpulan mudah kepada peranan dolar AS pada masa hadapan, tetapi tidak juga memberi gambaran berakhirnya peranan global dolar AS dan diambilalih oleh matawang lain.

Satu kesimpulan yang mudah diterima ialah kesimpulan Benjamin Cohen yang menjelaskan peranan lebih daripada satu matawang, dengan beberapa rantau di dunia menjadi medan pertempuran matawang-mawatang terbabit.

(Beliau turut menjelaskan bahawa kemerosotan satu matawang [dolar] tidak semestinya bermakna satu matawang lain [yuan] bersedia untuk mengambilalih kedudukan dominan itu, disebabkan kelemahan-kelemahan matawang pesaing itu.)

Perkembangan dalam politik dunia baru-baru ini, dan sejak hampir 10 tahun lalu menunjukkan berlakunya persaingan agak sengit dalam menyusun dan menilai semula sistem kewangan global.

Perancis, yang mempunyai sejarah peranan menentang "hegemoni dolar" kini berkongsi agenda bersama Inggeris untuk mewujudkan Bretton Woods baharu, yang bukan sekadar sistem sedia ada yang dikenali ramai sebagai Bretton Woods 2 yang masih dikuasai AS.

Baru-baru ini, Iran mengumumkan kesediaan untuk menerima matawang lain selain dolar untuk perdagangan minyak, sebagai respons kepada tindakan AS terhadap negara itu.

Ketua bank pusat Iran, Mahmoud Bahmani dilaporkan berkata minggu lalu bahawa Iran bakal menyerap kos-kos tambahan akibat proses itu.

Tindakan Iran itu dilaporkan melibatkan kedua-dua dolar AS dan euro, walaupun belum jelas sejauh mana Iran sedia menolak kedua-dua matawang utama itu.

Hal ini menjelaskan kaitan rapat dolar (dan juga euro) dengan agenda politik global AS yang menjadikannya sasaran dalam tindak balas terhadap dasar luar Washington.

Perkembangan ini menunjukkan Asia Barat sememangnya menyaksikan persaingan sengit dolar dengan matawang lain.

Euro, tegas Barry Eichengreen dari Universiti California, Berkeley dalam Global Imbalances and the Lessons of Bretton Woods masih lagi matawang yang paling mampu untuk berkongsi kedudukan sebagai matawang utama dengan dolar AS, menyimpulkan harapan yuan menjadi matawang rizab utama dalam empat atau lima dekad lagi sebagai terlalu awal.

Eichengreen juga memberi gambaran seperti juga semasa era Bretton Woods (1944-1973), AS terus menjadi negara teras dalam ekonomi dunia, dengan matawangnya menjadi pilihan.

Menurutnya, negara pengeksprt terus berkepentingan untuk mengekalkan nilai matawang pada tahap rendah, dan pada masa sama, AS terus berkepentingan untuk berbelanja besar lebih daripada kemampuannya.

Hal ini memberi gambaran keadaan yang berlaku hari ni, melibatkan negara pengeksport China yang memegang rizab besar dalam dolar akan berterusan untuk satu tempoh yang panjang, walaupun Beijing beberapa bulan lalu memberi harapan matawangnya akan dibenarkan bebas.

Kedua-dua buku ini membuat penilaian dan pemerhatian sejarah yang panjang, menilai dengan kritikal analogi mudah yang dibuat ramai pemerhati.

Satu fakta yang ditimbulkan dalam kedua-dua buku ialah peratus dolar dalam rizab global sebenarnya meningkat, tidak seperti yang dialami euro.

Kedua-dua buku ini merupakan rujukan penting untuk memahami berita dan analisis/pendapat tentang sistem kewangan global hari ini, dengan memberikan penjelasan kritikal isu-isu berkaitan, mengelakkan daripada sebarang kesimpulan dan persepsi simplistik.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!

Oleh Mohd Sayuti Omar

SUKAR untuk saya mengesahkan apakah khatib bernama Zakaria Ahmad (Pak Ya Mat) yang kini berjaya meneggelamkan Mat Maslan yang cuba memberi tahu rakyat bahawa Felda adalah sebuah institiusi kerajaan yang berjaya dan banyak membantu orang Melayu, ada strategi politik ataupun tidak apabila beliau membaca doa untuk kesejahteraan dan kemakmuran kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guang Eng.

Sekiranya Pak Ya Mat ada strategi tersendiri dan mahu menenggelamkan populariti Mat Maslan, semisalnya, ternyata strategi itu berjaya dan mengena.

Sejak Pengerusi Umno Pulau Pinang, Ahmad Zaid Hamidi cuba memberi imej buruk kepada Pak Yat Mat dan kerajaan Pulau Pinang, nama Pak Yat Mat menjadi sebutan di mana-mana. Gara-gara tindakan Zahid itu juga menyebabkan rakyat Malaysia tidak tahu kewujudan Pak Ya Mat di dunia ini, menjadi tahu dan kenal padanya.

Nama Pak Ya Mat disebut sepanajng masa sehari dua ini dan tindakannya itu dilihat dengan berbagai tafsiran. Yang nyatanya dia popular. Bukan saja Pak Ya Mat boleh menimbuskan kehebatan dan populariti ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sering muncul dengan isu-isu kontroversi entah-entah yang menyerabutkan kepala, tetapi nama Mufti Perak, Harussani Zakaria juga terpinggir. Untuk kembali menjadi popular Harussani nampaknya kena cari idea baru dan merekasakan macam-macam lagi untuk mengejutkan orang ramai.

Orang melihat tindakan Pak Ya Mat itu sebagai berani dan sihat. Ia lebih sihat daripada tindakan Mutfi Perak yang cuba meletakkan kesalahan atas kelemahan Melayu kini kepada Pas dan PKR. Bahkan, kehebatan Pak Ya Mat itu juga mengatasi presiden Pas sendiri, Abdul Hadi Awang, dan Mursyidul Amnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana mungkin mereka tidak akan tergamak mendoakan kesejahteraana untuk kerajaan Pulau Pinang tetapi dilakukan Pak Ya Mat. Saya berani berkata kalau Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz diundang membaca khutbah di Pulau Pinang mereka tidak berani melakukan apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, mendoakan kesejahtraan kerajaan Lim Guan Eng.

Justeru apa yang Pak Ya Mat lakukan itu, menunjukkan dia berani. Beliau telah menambahkan nota baru dalam kitab-kitab siasah politik negara. Mengharuskan yang dirasakan haram sebelum ini. Tindakan ini sebagai hebat. Seseorang ustaz atau ulama seharusnya sedia membuka minda dan membawa pemikiran baru dalam usaha menyemarakkan agama.

Saya tidak sedia untuk mempertahankan tindakan Pak Ya Mat itu dengan turut mengcari hadith atau ayat Quran yang sewajarnya. Cuma saya nak katakan kalau Pak Ya Mat mendoakan untuk kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang di dalam masjid ia tidak akan menjadi persoalan. Sudah tentu bukan saja Zahid dan Mat Maslan menyokongnya tetapi, Najib dan Rosmah juga bersetuju.

Apa juga yang saya suka dan syoknya bila mana Pak Ya Mat tidak mudah mengaku kalah. Dia tidak gentar dengan gertakaan Zahid. Dia mengakui apa yang dituduhkan ke atasnya dan mempertahankan sebagai tidak salah, cuma tempat saja tidak sesuai. Itupun dijawabnya selamba saja seperti orang memamah sireh. Inilah agamawan yang kita mahu, tegas dan tidak mengubah setiap apa yang diijtihadkan. Bila kita sudah yakin dengan ilmu yang kita pegang maka ia hendaklah diyakini sampai ke peringkat kul haqku yakin.

Pak Ya Mat juga juga tidak gentar bila Zahid terus cuba memanipulasikan kejadian itu dengan meminta Pak Ya Mat memohon kepada Yang Dipertua Agung. Kata Zahid siasatan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ke atas Pak Ya Mat tidak cukup. Ia terlalu ringkas saja. Bila Zahid berkata begitu ia seakan mahu membuka semula balutan pekung di dadanya. Saya setuju kalau Zahid mendesak MAIPP buat siasatan semula, tetapi beliau juga harus meminta polis membuat siasatan semula ke atas laporan motoris bernama Amir Badzli yang didakwa dipukul oleh menteri itu.

Pak Yat Mat tidak pun takut dengan ugutan Zahid itu. Sebaliknya dengan tegas dia bertanya untuk apa dia memohon maaf kepada Yang Dipertua Agong kerana dia tidak bersalah. Iya tak iya juga macam mana Zahid nak suruh orang melahirkan anak daripada orang yang tak mengandung? Mat Maslan pun ketawa ayat ini, he he he...

Pernyataan Pak Ya Mat itu itu menempelak Zahid. Khatib itu tidak takut pun kepada menteri pertahanaan itu. Nampaknya Zahid bukan saja tampil untuk mempertahankan keselamatan negara, tetapi telah obius mempertahankan partinya Umno. Mungkin Zahid sedar selepas keris lucah Umno tidak mampu mempertahankan Umno, selepas C4, bom M 16, sterling dan sebagainya tidak boleh diguankan untuk mempertahankan Umno maka beliau cuba mengheret sultan agar memancung Pak Ya Mat.

Keberanian dan ketegasan Pak Ya Mat itu saya tegok bukan berhenti di situ saja. Orang seperti beliau diperlukan dalam membangunkan negara ini. Kerana itu saya rasa Pas atau PKR wajar kalau menyediakan kerusi untuk Pak Ya Mat dalam pilihan raya akan datang. Saya rasa kalau dia menentang Abdullah Badawi di Kepala Batas pun boleh menang. DAP tentu akan menyokong penuh Pak Ya Mat yang mendoakan kesejahteraan ke atas kerajaannya. Dan kalau ini berlaku maka satu lagi keajiaban politik Malaysia yang mana keajaiban ini menyebabkan Umno akan tumbang.

Pak Ya Mat adalah lambang kepada ustaz, ulama, saik, pemukul beduk, khatib dan para imam yang menentang Umno.

Teringat Ahmad Deedat

Oleh Hamirdin b Ithnin

Saya kira dalan tahun1985, pelajar pelajar UKM menjemput almarhum pendakwah terkenal Ahmad Deedat untuk berceramah dalam masjid UKM. Saya hadhir dan ternanti nanti untuk mendengar ceramah beliau.


Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa orang pelajar yang bukan Muslim, daripada pengamatan saya mereka berbangsa Cina dan mungkin beragama Keristian yang masuk ke dalam masjid untuk sama sama mendengar ceramah atau dakwah yang diberikan oleh Ahmad Deedat.

Pihak penganjur telah melarang pelajar non-Muslim yang berjumlah sekitar lima orang itu daripada memasuki ruang masjid. Ahmad Deedat telah melihat perkara itu walaupun pada masa itu beliau sedang berceramah. Secara sepontan beliau memberi tahu pada ketika itu juga benarkan non-Muslim tersebut masuk ke dalam masjid dan dan mendengar ceramah dan dakwah beliau.

Beliau berkata pernah satu rombongan Keristian dari Najran datang bertemu dengan Rasullullah s.a.w. untuk berhujjah mengenai nabi ISA, dan rombongan Keristian ini telah berkampung dalam masjid Nabi selama tiga hari.

Hasil daripada perdebatan Baginda dengan rombongan ini, turun ayat ayat Surah Ali Imran, saya rasa sekitar 70 ayat.

Jadi sekiranya non Muslim masuk ke dalam masjid atau surau untuk dilembutkan hati mereka, benarkan, seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w.

Tidak seperti ini: Akhbar milik Umno itu memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.[Malaysiakini]

Memang ada ayat Qur'an yang menyebut mereka sebagai najasa, tetapi Baginda telah mengajar kita bagaimana untuk mentafsirkannya.

Puak ni menggunakan perkataan tazkirah dengan niat berkesumat.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Mengapa Kita Beraninya Hanya pada Malaysia?

Oleh: Afriadi Sanusi

SEORANG Profesor Singapura menulis dalam sebuah artikelnya; Kebanyakan rumah mewah yang ada di Singapura, Kebanyakan uang yang beredar di Singapura adalah punya orang Indonesia. Kebanyakan pembangunan yang ada di Singapura, dibangun dari uang yang datangnya dari Indonesia.

Dan di saat Singapura mengadakan Grand Sale setiap tahunnya, lebih 2 juta orang Indonesia datang belanja ke sana..” Seorang sahabat di Singapura pernah mengatakan, “dari jalan ini sampai ke ujung sana dulunya adalah lautan, dan sekarang menjadi daratan cantik yang ditimbun dengan pasir yang didatangkan dari pulau-pulau kecil di Riau”. Apa yang sebenarnya kita dapatkan dari Singapura?

Pertama, TKI laki-laki dari Indonesia diharamkan bekerja dan mencari nafkah di Singapura seperti di bidang pembangunan, kuli kasar, buruh dan sebagainya. Singapura lebih memilih warga negara lain daripada WNI, dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal.

Kedua, banyak orang mengatakan dan dari sumber lainnya, “Satu per satu pulau-pulau kecil di Riau hilang karena pasirnya diangkut ke Singapura.

Ketiga, identitas orang Melayu yang identik dengan Islam seperti istana, rumah, perkampungan orang Melayu, dihilangkan. Adat dan budaya melayu dimuseumkan. Azan diharamkan menggunakan pengeras suara di semua masjid dan surau di Singapura.

Keempat, pemerintah Singapura melayani dan melindungi koruptor RI yang telah membuat rakyat RI sengsara selama ini (karena hak-hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan, rumah sakit, infrastruktur, makan dan tempat tinggal yang baik terjajah dan terzalimi), dengan tidak mau menandatangani perjanjian ekstradisi.

Kelima, banyak rakyat, nelayan dan petugas kita diacungi senjata berat dan diusir dengan pengeras suara karena disangka telah melintasi garis batasan laut kepunyaan Singapura.

Malaysia Lebih Baik dari Singapura “Sejahat” apapun Malaysia, saat ini ada 2 juta orang lebih WNI yang sedang mencari rezeki di Malaysia untuk nafkah keluarga mereka di RI. Triliyunan uang TKI dikirim ke Indonesia setiap tahunnya.

Dapat dibayangkan, bagaimana dampak sosial, ekonomi dan budaya yang akan berlaku di Indonesia kalau TKI pulang sekaligus. Faktanya, TKI-lah sebenarnya “pahlawan” yang harus dilindungi, karena mereka penyumbang devisa negara.

Di saat lain, ada banyak institusi yang keberadaannya hanya menghambur-hamburkan uang negara. Kegunaan mereka sangat perlu dipertanyakan di saat keberadaan mereka tidak memberikan manfaat yang berarti kepada rakyat. Ibarat pepatah Arab, ”wujuduhu ka adamihi.” (adanya seperti tidak adanya).

Dengan kata lain, ada atau tidak adanya mereka, sama saja. Tak memberi manfaat. Ribuan orang Indonesia sedang belajar S2 & S3 di Malaysia saat ini. Kebanyakannya mendapat bantuan atau keringanan biaya dari pemerintah Malaysia dan banyak juga yang sambil bekerja. Uang kuliah di perguruan tinggi negeri Malaysia lebih murah dari Indonesia.

Kualitas, infrastruktur dan kemudahan lainnya jauh lebih baik dari di Indonesia tentunya. Sebagai warga asli Indonesia, penulis tidak merasa sakit hati kalau ditilang oleh polisi Malaysia.

Karena kami yakin, uang itu pasti akan masuk ke dalam kas negara untuk pemerintah Malaysia memperbaiki jalan, jembatan, lampu jalan yang aku gunakan setiap hari di negara ini. Sebalinya, saya sering sakit hati jika ditilang oleh polisi Indonesia. Karena kami yakin, uang itu belum tentu masuk kas negara.

Bahkan ada yang masuk pribadi polisi, keluarga dan golongannya tanpa dikembalikan kepada ke negara untuk membangun infrastruktur. Lalu yang sangat mengherankan, isu-isu yang sebenarnya bisa diselesaikan di tingkat diplomat, tetapi menjadi barang dagangan pasar yang dikonsumsi oleh rakyat umum.

Boleh jadi isu ini sepertinya dimanfaatkan oleh segelintir orang yang memang memiliki agenda, bagaimana supaya Islam, Melayu dan Nusantara yang kaya dengan SDM & SDA ini, tidak menjadi sebuah kekuatan. Mengapa rakyat di negaraku begitu mudah emosi?

Pengalihan Isu Isu-isu penangkapan Abubakar Ba‘asyir, isu VCD porno artis, isu teroris, dan sebagainya, faktanya tidak berhasil mengalihkan perhatian rakyat terhadap berbagai skandal perampokan uang rakyat melalui kasus BLBI, Century, Rekening Gendut Polisi, kenaikan BBM dan harga bahan pokok, penangkapan Susno Duadji, buruknya birokrasi dan pelayanan publik, maraknya korupsi, pelemahan KPK, gagalnya sebuah kepemimpinan, meningkatnya jumlah kemiskinan, pengangguran, perbuatan kriminal, buta huruf dan gagalnya hampir setiap departemen dan institusi pemerintahan, dalam memberikan manfaat keberadaan mereka yang berarti kepada rakyat. Isu “memanasnya” hubungan Indonesia-Malaysia tidak akan membuat rakyat lupa terhadap semua penipuan, pembodohan dan “perampokan” uang rakyat yang telah, sedang dan akan berlaku.

Damaikanlah Saudaramu Pakar Melayu Prof. Dr. Dato’ Nik Anuar Nik Mahmud dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam sebuah wawancara khusus dengan hidayatullah.com [“Ada Kuasa Besar Halangi Terbentuknya Melayu Raya], mengatakan, dalam buku-buku sejarah Melayu yang ditulis sebelum perang dunia ke-2, seperti “Sejarah Melayu” yang ditulis oleh Abdul Hadi dan Munir Adil, wilayah Semenanjung dan Indonesia dianggap sebagai alam “Melayu Raya”.

Mereka menamakan tanah Melayu; Sumatera, Jawa, Sulawesi, Kalimantan, Sumatera, Johor, Kelantan, Pattani, dan lainnya sebagai “alam Melayu”, atau di Indonesia dikenal istilah Nusantara. Yaitu wilayah Semenanjung tanah Melayu dan gugusan tanah Melayu. Sejarah ini diajarkan kepada pelajar-pelajar Melayu sebelum Perang Dunia ke-2.

Saat itu, ada semangat untuk memulai kembali bersatunya Melayu. Intinya, ada hasrat untuk bersatu. Kalau mau jujur, semua suku di Indonesia ada di Malaysia: Jawa, Bugis, Aceh, Minang. Kini banyak orang Jawa di Johor, juga di Selangor.

Termasuk banyak warga Aceh di Malaysia. Negeri sembilan sebagian penduduknya dari Minangkabau. Bahkan Sultan Selangor itu berasal dari Bugis. Jadi seharusnya, semangat kita (Indonesia dan Malaysia) adalah semangat “satu rumpun” untuk bekerjasama untuk bangunkan alam Melayu ini.

Hanya saja, jika berpecah, mustahil, bangsa Melayu tumbuh menjadi bangsa yang besar. Aksi ingin mengajak perang dengan Malaysia, pelemparan kotoran ke Kedutaan Malaysia, sweeping warga Malaysia pasti akan menyakitkan hati dan membuat hubungan bukan makin mendekat, tapi malah menjauh.

Walaupun gerakan LSM Bendera tidak mewakili gerakan orang-orang cerdas di Indonesia, seperti Senat Mahasiswa, Muhammadiyah, ICMI, HMI, dll., namun warga Indonesia harus lebih peka dan mencari tahu, siapakah LSM ini?

Ada apa di balik agenda mereka? Apakah mereka bergerak untuk kepentingan partai politik tertentu, ataukah untuk menaikkan partai dan pemimpin tertentu, ataukah mereka dibiayai oleh pihak asing untuk menghancurkan rumpun Melayu?

Di sisi lain, biasanya, isu-isu yang akan memungkinan pecahnya hubungan Malaysia-Indonesia jarang ditanggapi dan dibesar-besarkan media Malaysia. Namun akhir-akhir ini, khususnya pemberitaan ‘ketegangan’ hubungan Indonesia-Malaysia, ditanggapi berbagai pihak. Termasuk pakar politik di berbagai media massa, seperti oleh Samy Vellu, Bernama dll.

Ada dua kemungkinan mengapa mereka menanggapinya.

Pertama, untuk membangkitkan rasa nasionalisme rakyat menjelang hari kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada setiap tanggal 31 Agustus.

Kedua, mungkin juga dimanfaatkan oleh keturunan China dan India Malaysia yang memang kurang suka dengan hubungan baik Indonesia-Malaysia.

Karena ini akan menguatkan kepentingan mereka dari segi politik, ekonomi, sosial, budaya dan pembangunan di Malaysia. Apakah kita akhirnya memutuskan “berperang” dengan Malaysia?

Apakah kita tetap ngotot mengajak perang dengan Negara yang di dalamnya banyak keturunan Melayu Riau, Palembang, Aceh, Bugis, Minang, Mandailing, Rao, Jambi, Kerinci, Jawa, karena kita seagama Islam dan satu rumpun melayu?

Di saat yang sama, sudah ratusan kali pasir kita dicuri, minyak kita diselundupkan, tapi kenapa kita selama ini tidak membenci Singapura yang menguras minyak kita dengan Caltexnya? yang menguras gas kita dengan Harunnya dan sebagainya, tanpa memberikan dampak yang berarti terhadap pembangunan, ekonomi dan sosial rakyat?

Apakah kita takut pada Singapura karena mereka memiliki peralatan perang yang sangat canggih dan jauh meninggalkan Indonesia?

Ataukah kita sengaja dibuat takut, karena para pejabat kita banyak yang memiliki hubungan mesra dengan Singapura yang menyimpan uang mereka dalam bentuk saham dan investasi?.

Malaysia secara tidak resmi telah melarang rakyatnya datang ke Indonesia. Kalau ini berlanjut, pasti semua ini akan memberikan pengaruh terhadap perusahaan penerbangan, hotel, pariwisata, tempat berbelanja, investor di Indonesia.

Kalau sengketa ini berlanjut di tingkat pemerintah, maka akan sama-sama kita dengar, tiga, lima bulan lagi. Malaysia akan membeli peralatan perang yang baru, Amerika pula akan menawarkan “jasanya” pada TNI untuk memberikan pinjaman utang, untuk membeli peralatan perangnya yang katanya, harga sebuah kapal perang bekas saja, sama dengan harga sebuah pulau besar di Indonesia.

Namun sebelum itu terjadi, ada sebuah pesan dari al-Quran. “Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat.” (QS: al-Hujurat ayat 10)

Penulis yang berasal dari Sumatera, PhD. Candidate Islamic Political Science, University of Malaya, Kuala Lumpur

Prestasi PRU Sarawak petanda masa depan BN

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga di DUN Sarawak dilihat kemungkinan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, tetapi ia tidak cukup untuk membenam perikatan berusia lebih lima dekad tersebut.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aifilfitri.

Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming dari USCI menekankan, Sarawak akan menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya meskipun perikatan baru ini perlu bekerja kuat untuk mengekalkan keyakinan rakyat ekoran permasalahan dalaman termasuk tindakan beberapa wakil rakyatnya melompat parti.

“Apabila BN gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertama di Sarawak, ia akan menjadi petanda awal yang akan mendedahkan keretakan dan kelemahan dalam BN dan Umno khususnya selepas negeri itu bukan lagi (kekal sebagai) deposit hayat,” katanya.

Kata beliau, kedudukan itu akan memberi tekanan ke atas Sarawak untuk berubah dan akan menyebabkan ketidakstabilan dalam BN sendiri.

“Najib akan kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang dan Pakatan Rakyat akan memperoleh bersih 18 kerusi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas membentangkan penemuaan kajiannya pada satu forum minggu ini.

Berdasarkan kajian Ong itu, BN juga akan gagal untuk menawan semula Selangor dan Perak manakala PR akan menerokai kejayaan lebih signifikan di Terengganu, Johor dan Sabah.

Justeru, Ong percaya PR akan berupaya untuk menawan kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Sri Aman di Sarawak.

Selain itu, PR boleh menang di Kulim, Kedah, Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu, Lumut dan Kampar di Perak bersama kerusi Segamat, Kluang dan Gelang Patah di Johor.

Masalah membabitkan dua anggota Kabinet pusat — Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman di Umno Sabah juga kemungkinan akan menyebabkan BN kehilangan kerusi Sandakan dan Tawau, kata Ong.

PR menguasai 82 kerusi ketika pilihan raya umum 2008 dan kini memiliki 77 selepas beberapa wakil rakyat keluar dan pertukaran kerusi dimenangi dalam pilihan-pilihan raya kecil.

BN juga kehilangan dua kerusi selepas wakil rakyat SAPP keluar perikatan itu akhir 2008.

PR dijangka akan menguasai hampir 100 kerusi ataupun 45 peratus daripada 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Ong juga berkata, ketidakmampuan BN untuk mendapatkan semula kedudukan selesa atau ajaib 148 kerusi di Parlimen akan menolak Umno ke arah kanan.

“Selepas pilihan raya umum ke-13, kedudukan (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Najib tidak boleh berkekalan dan keadaan akan menjadi semakin buruk.

Datuk Seri Najib Razak mengetuai BN sejak April 2009.

“(Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin akan berkempen lebih menjurus kepada agenda orang Melayu. Ini akan mencetuskan ketidakstabilan dalam BN dan Umno akan lebih memihak kepada pro-Melayu,” katanya lagi.

Ong menambah, kegagalan Najib, yang juga Pengerusi BN, untuk memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya akan datang bakal menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau.

“Jika anda lihat pada Pak Lah, beliau kehilangan sokongan daripada Umno selepas pilihan raya umum 2008. Jika beliau gagal memperoleh majoriti dua pertiga, maka Muhyiddin akan menjadi presiden baru Umno,” katanya.

Kata Ong, riwayat BN akan berakhir di bawah kepimpinan Muhyiddin kelak.

Ong menambah, keadaan itu akan menyebabkan perwakilan BN akan menjadi kurang menyengat manakala PR pula akan mengambil kedudukan tersebut.

“Bukan Melayu tidak lagi akan meletakkan keyakinan ke atas BN, yang akan menyebabkan ia hilang kuasa dalam pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa PKR mesti memperoleh semula keyakinan selepas beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar parti itu di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Beliau menekankan bahawa negeri-negeri PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang perlu memperbaiki prestasi mereka.M/I

Khamis, 26 Ogos 2010

Rumpun yang kian terasa aneh

Sulit untuk kita melupakan pertemuan Burhanuddin al-Helmy dengan Soekarno di Taiping tanggal 12 Ogos 1945. Sebuah pertemuan yang mendorong usaha ke arah sebuah kesepakatan kemerdekaan. Namun, Ogos 1945, yang merdeka hanya Indonesia. Manakala, Malaysia (ketika itu Tanah Melayu) hanya merdeka 12 tahun mendatang, Ogos 1957. Semuanya, gara-gara Jepun mengistiyarkan kekalahan-nya pada 15 Ogos 1945. Maka “serumpun” pun kehilangan kesempatan untuk merdeka bersama. Memang, kehadhiran Ogos kadang-kala menghimbau kita pada sejarah bersama ini.

Tapi, mutakhir kata “serumpun” kian terasa aneh, apatah lagi setelah kita menyaksi rentetan ketegangan hubungan antara Indonesia-Malaysia ini? Sebab, tampaknya kata “serumpun” sepertinya tak bermaya tatkala berdepan dengan hagemoni dan keserakahan dari konsep negara-bangsa, politikus, dan kapitalis. Ini lebih-lebih lagi bila timbul konflik kepentingan yang beragam, dan hasilnya; yang sebetulnya “tak terlibat” mula memperoleh maklumat yang sendeng, serta terus-menerus mengusung maklumat tersebut. Bahkan, diusung pula dengan penuh iman.

Kali ini, iaitu saat ini, barangkali belum terlambat untuk kita mendaras semula sebuah perspektif lain dari hubungan Indonesia-Malaysia, selain dari yang kerap menghiasi media arus perdana dua negara ini yang konon “serumpun” ini.

Memang, sejak timbulnya konflik Sipadan-Ligitan, Ambalat, juga isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI), dan batas sempadan yang tak jelas, selain gendang untuk memilik-negarakan kebudayaan, maka hubungan Indonesia-Malaysia telah dibayangi dengan krisis-krisis yang makin meruncing. Hal ini dilanjutkan lagi dengan “kegagalan besar” dari dasar diplomatik kedua buah negara ini. Kesannya: wujud kesalah-fahaman pada pada mereka yang “tak terlibat”, iaitu pada para masharakat warga (civil society) itu sendiri. Kita, iaitu warga Indonesia-Malaysia, seakan tak punya lagi pengertian yang sehat tentang makna “serumpun.” Dan, “pengalaman bersama’ nampaknya tak berguna secebik pun dalam memugar sebuah ikatan kebersamaan yang segar dan tegar.

Dalam makna Soekarno, “pengalaman bersama” itu bererti pengalaman melawan penjajahan yang sama: Belanda. Kemudian, idea inilah yang menggiring kepada pembentukan Indonesia, idea yang hampir-hampir mustahil pada tingkat awalnya. Sembari, pembentukan itu juga tak mudah. Pembentukan itu dengan darah, dan dengan airmata. Dengan darah; lihat saja revolusi 1945, lihat pemberontakan Partai Komunis Indonesia (PKI), lihat perjuangan “Darul Islam”, dll. Dengan airmata; lihat pula kesedihan daerah yang tersisih, lihat mereka yang luput kaseh kerana “negara”, lihat anak-anak bangsa yang berkais demi kehidupan, dll. Lebih milu, darah dan air mata ini tak pernah lekang dan habis, terus-menerus mengalir. Jadi, apakah benar-benar kebanggaan kemerdekaan yang diulang setiap Ogos telah dinikmati, yang konon menjadi berkat untuk negara-bangsa? Belum tentu.

Walau bagaimanapun, “pengalaman bersama” juga ada sisi baiknya. “Pengalaman bersama”—setidaknya sebelum kemerdekaan—tak pernah membangkitkan soal beza Indonesia-Malaysia. Kita tak pernah persoal bahawa kita adalah terpisah secara hakiki. Mengapa? Sebab kita maseh lagi saling merasa milek bersama. Kita mengerti, Sumatera satu ketika pernah ditembus dengan jalan darat seperti tercatat pada peta Ptolemy. Tapi, bagaimana hari ini? Semakin berjarak. Kita bukan saja terpisah dengan warisan penjajahan yang berbeza, hatta turut terbarai dengan sikap pemerintah yang tak mengerti kekuatan jalinan kebudayaan, yang mana segala semahunya diheret kepada sikap hagemoni politik partisan tertentu.

Bayangkan saja, bila persoalan-persoalan kebudayaan dan hal-hal “serumpun” mahu ditangani secara sebegini, maka sisi “yang saka” dari “yang seni” pun pudar. Yang pernah jadi sakral, dan menguntungkan, kini jadi profan, dan merugikan. Ini juga barangkali masalah rasionalisasi (yang salah), yang kemudian terus melunturkan makna-makna terbawahnya. Buktinya apa? Buktinya, sikap politik yang lari dari “yang asasi.” Dan, “yang asasi” pada politik itu, sekurangnya adalah hak untuk hidup (Hobbes), atau hak untuk memiliki (Locke), atau sebaiknya adalah hak untuk terlibat (Habermas). Tapi, apakah hak-hak ini difahami oleh hegamoni politikus partisan dan kapitalis serakah dari negara “serumpun” ini? Usah diharap; biarpun api sememangnya dekat dengan panggang.

Jadi, yang salah dalam hubungan Indonesia-Malaysia, bukanlah masharakat warganya, tapi adalah mereka yang membina jurang antara keduanya. Perbezaan ini wujud akibat dari hasrat elit-elit (ekonomi dan politik) tertentu. Mithalnya, di Indonesia, kapitalis media begitu agresif mempermainkan, dan gemar memancing emosi warga, dan akhirnya begitulah yang terhasil. Kemudian, media Malaysia (yang didorong oleh hagemoni politik) pula lebih senang bungkam, dan lebih selesa memendam, seolah segalanya telah aman dan selesai. Padahal, “api dalam sekam” tak pernah diduga, sepertimana Krakatoa meletus tanpa dijangka. Sudahnya, semuanya akan jadi telak.

Padahal, jurang ini sebenarnya dibikin dari tangan-tangan dan dasar-dasar yang tercemar. Sebab, pada tingkat masharakat warga “yang tak tercemar,” barangkali asasnya sudah saling mengerti, bahawa Indonesia-Malaysia saling memerlukan. Dan keduanya akur; bahawa kita saling berbagi, dan kita saling belajar. Indonesia tentu memerlukan semarak “kemakmuran” Malaysia, jika itu yang sering difahami sebahagian besar warganya. Dan, Malaysia amat memerlukan serlah “kebudayaan” Indonesia, jika itu difahami sebahagian kecil dari warganya.

Di samping itu, saling berbagi dan belajar ini juga boleh bermakna secara khas untuk Malaysia, iaitu dengan menghargai bahawa demokrasi dan tradisi intelektual di Indonesia sebenarnya jauh lebih unggul, dan lebih maju. Namun, hal yang semurni ini pun enggan dan angkuh untuk diiktibari. Kita (Malaysia) seolah gentar pada sisi buruk dari demokrasi, hingga menunggu sisi buruk tersebut menjelma dan lalu berkata, “nah, inilah bahaya demokrasi (Indonesia).” Lantas, atas nama demokrasi juga, ditempel dengan ratib “demokrasi terpimpin”, “demokrasi terbatas,” dan ragam istilah-istilah lain lagi dan semuanya dilakukan demi mempertahankan surga buat elit-elit tertentu, serta melanjutkan neraka buat masharakat warga itu sendiri.

Malahan, turut takut dengan tradisi intelektual Indonesia, seolah ingin berkata “segala yang saintifik” itu sudah cukup sebagai segalanya. Wabak kualitatif dari modeniti ini membuai sampai kita cuai bahawa tradisi juga adalah akar kuantitatif yang penting. Maka, atas nama “tradisi”, juga atas nama “modeniti”, segala hak-hak masharakat warga ini dimanipulasi demi kepentingan elit-elit tertentu. Maka, keabsahan pun hilang. Dan, yang “tak sah” inilah yang kemudiannya mentadbir hubungan “serumpun”. Maka, suara warga “serumpun” akhirnya jadi serak di bawah kebisingan mereka yang tercemar.

Sebab itu, usah disalah sepenuhnya jika ada kebangkitan anarkisme dari kalangan warga “serumpun” ini. Itu bukanlah pemberontakan yang tak berasas. Itu adalah lambang dari krisis-nya dari gagasan negara-bangsa—yang sampai satu tahap kita tak sedar bahawa kita adalah manusia yang seharusnya punya hak-hak mulia sebagai manusia. Kita barangkali alpa bahawa “karamah insaniah” (human dignity) itu lebih mulia dari menjadi “orang Indonesia,” atau “orang Malaysia” (jika ada).

Lantaran itu, bila kita rela menempelkan diri pada tema negara-bangsa, itu mungkin boleh menandakan sebuah kemiskinan kemanusiaan. Ini akan benar saat membaca kritik “Manusia Indonesia” seperti yang dikemukakan Mochtar Lubis. Atau, membaca kritik pada gagasan “pancasila” dari Soekarno (yang sebetulnya didakwa berasal dari wawasan Muhammad Yamin). Walhal, adalah tak semudah itu untuk menyudutkan konsep manusia di bawah tema-tema kemanusiaan yang khusus. Natijahnya, yang berlaku adalah sebuah pseudo-manusia, yang lebih menekanan perbezaan, berbanding persamaan sejagat.

Tapi, hakikatnya yang sudah pasti, manusia tetaplah manusia. Yang bergulir bukanlah hak-hak asasi mereka, namun adalah citra-citra kebudayaan mereka. Tapi, sekiranya kebudayaan yang pernah satu detik pernah dianggap “serumpun” pun akhirnya mampu memangkin ketegangan yang tak kunjung padam, maka apa lagi yang mahu diharapkan; jika tidak kembali pada hak-hak asasi dari kemanusiaan tersebut.

Lantaran itu, hubungan Indonesia-Malaysia seharusnya lain dari apa yang dimomokkan dewasa ini. Indonesia-Malaysia seharusnya kembali kepada kesedaran bahawa ranah kebudayaan kita boleh saja berdekatan, dan boleh juga bersentuhan. “Budaya ini,” seperti kata Sapardi Djoko Damono, “bukanlah hak negara.” Sebab, seandainya difahami begitu, memang adalah sesuatu yang mendangkalkan. Budaya adalah hak semua, malah bukan juga hak Indonesia-Malaysia sekalipun, meskipun terdapat persentuhan antara keduanya. Mithalnya, apakah benar budaya Bali itu budaya Indonesia sepenuhnya? Dan, seniman besar Indonesia ini juga menjawab, “apakah Mahhabrata dan Ramayana yang menginsipirasi warisan seni Bali itu memang benar dari Bali.” Tidak juga. Jadi, “budaya yang hidup itu sememangnya tak pernah ada yang asli.”

Kini saatnya—yang belum benar-benar terlambat—buat masharakat warga dua negara “serumpun” bangkit menjernehkan semua yang bergolak ini, sekaligus menamatkan kelelahan yang kadang-kala begitu membodohkan. Kita lelah dengan hal-hal yang bukan dari kita. Dan, kerana itu kita menjadi bodoh kerana terus diajak berfikiran secara “homo homini lupus.”

Justeru, keabsahan “budi dan daya” ini perlu ditegaskan kembali. Keabsahan bukan terletak pada hagemoni politikus partisan; bukan terletak pada kapitalis (juga kapitalis media) yang serakah lagi. Tapi pada masharakat warga, yang mesti menagih pilihan, dan bertindak; pilihan untuk bertindak sebagai manusia yang penuh dengan harakat kemanusiaan; yang tanpa setiap Ogos pun kita tetap mampu untuk berkata “tidak” pada agenda yang rakus memamah kehendak masharakat warga itu sendiri; dan, tanpa setiap Ogos pun kita terus mengingat bahawa konsep masharakat warga itu adalah melampaui segalanya yang nyata; termasuklah melampaui konsep “serumpun” tersebut.

Di tangan kita, di tangannya warga Indonesia-Malaysia, mari kita bergotong menganyang kedangkalan ini, dan menyelamatkan masharakat warga. Kita adalah warga manusia, dan kerana itu kita juga abadi serumpun. [Jalan Telawi, 25 Ogos 2010]

Selasa, 24 Ogos 2010

Suara Sumbang NGO Melayu Dalam Kekalutan UMNO-BN

Oleh AlKundangi


Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Persatuan NGO-NGO Melayu menggesa kerajaan BN agar menggunakan ISA bagi menangkap tanpa bicara Presiden MCA, Chua Soi Lek atas alasan mempertikaikan 30% ekuiti Melayu dalam DEB. Turut disarankan supaya ditahan di bawah ISA adalah para pemimpin pembangkang dan lain-lain yang tidak setuju dengan agihan itu. Walaupun DEB sudah ditukar kepada MEB, namun peruntukan 30% itu masih dikekalkan. Para pengamat dan penganalisa politik berpandangan bahawa usaha itu adalah satu usaha terdesak UMNO-BN yang kian terhimpit sekarang ini dan mungkin akan menerima kekalahan teruk jika sekiranya PRU ke 13 di adakan dalam waktu terdekat.

2. Kaedah yang digunakan mungkin sama seperti operasi lalang, di mana ketika itu UMNO berkeadaan lemah berhadapan dengan pembangkang. Kita dapat memahami keadaan ini dengan melihat kepada beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU ke 12. Dalam sembilan PRK yang diadakan, UMNO-BN cuma memenangi dua kerusi, itu pun termasuk sebuah di Sarawak. Keadaan bertambah teruk bila para pemimpin UMNO-BN dilanda dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa serta rasuah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Ia samalah seperti bangkai gajah yang sudah begitu besar dan membarah di dalam pentadbiran kerajaan dan negara. Isu-isu seperti model Monggolia, Altantuya, pembelian Scorpene, pendedahan dan penyelewengan di FELDA, FELCRA, MAS, PKFZ dan sebagainya menambahbusukkan lagi kerajaan UMNO-BN. Mereka pun sedar akan hal ini, dan sebab itu mereka mencuba bersungguh-sungguh untuk mensabitkan kesalahan ke atas DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang sekaligus penasihat PKR dan bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang pertama supaya mereka dapat menghumbankan DS Anwar ke penjara dan mengurangkan ancaman dan pengaruh beliau dalam persada politik tanah air.

3. Namun apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh UMNO-BN ini sudah dapat dibaca seperti kata Ahmad Lutfi, Ketua Pengarang Harakah. Sayuti (pemilik Akhbar Siasah) pula meramalkan bahawa jika tidak BN hancur ISA akan digunakan menjelang PRU ke 13. Sebab itu bila ada suara-suara sumbang dari NGO-NGO Melayu itu, kita sudah dapat membaca apakah muslihat di sebalik itu dan ke manakah senapang mereka akan dihalakan.

4. Pihak Pakatan Rakyat haruslah berhati-hati sekarang ini supaya tidak terjebak dalam permainan kotor UMNO-BN ini. Asakan-asakan yang dihalakan kepada KM Pulau Pinang adalah antara usaha yang memerangkap Pakatan Rakyat. Sebab itu kita perlu berhati-hati jangan sampai terjebak ke dalam mana-mana akta yang boleh dipersalahkan oleh kerajaan UMNO-BN. Insyaallah kita akan menang pada PRU mendatang sekiranya kita lebih banyak bersabar menghadapi kerenah UMNO-BN yang sedang mabuk seolah-olah mereka dapat merasakan akan kehilangan kuasa tidak lama lagi. Rakyat marhaen yang semakin sedar telah diperbodohkan dan diperhambakan UMNO-BN sedia berdiri di belakang Pakatan Rakyat, sekiranya Pakatan Rakyat tetap teguh dengan prinsipnya dan tidak angkuh dan bodoh sombong sepertimana UMNO-BN.

AlKundangi,
24.8.2010
http://alkundangi.blogspot.com/

Isnin, 23 Ogos 2010

‘Banyak Malaysia’ dalam 1Malaysia!

Oleh Tan Sri Abdullah Ahmad

Kita bukan sebangsa, sebahasa, sekebudayaan dan seagama. Yang ‘sama’ hanya kita, suka duka, tinggal setanah air. Di Amerika Syarikat (AS) pukul rata wujud dua kumpulan: 1Amerika yang menerima sebagai Amerikan tidak kira apa bahasa yang diguna (bertutur), Tuhan mana yang disembah dan berapa lama sudah berakar umbi di sana kerana Perlembagaan AS mengatasi segala-galanya.


Pada 1Amerika, rakyat baru tidak kurang haknya dengan keturunan The Pilgrims yang berhijrah dari Plymouth, England ke Amerika Syarikat pada 1620. Pada 2Amerika pula, ‘pandatang baru’ berlainan kecuali mereka fasih bertutur Bahasa Inggeris (BI) longat Amerika, mengamal tradisi Judeo-Christian (kebudayaan Yahudi-Kristian), dan beragama Kristian mazhab Prostestant. Mereka juga menerima agama Yahudi dan Katholik. 2Amerika juga tuntut ‘pendatang baru’ segera diinegrasi dan lama kelamaan diasimilasikan. Sebab itulah timbul kontroversi besar pembinaan sebuah masjid dan pusat Islam berhampiran ‘Ground Zero’ di kotaraya New York.

Di negara kita semenjak pentadbiran Najib Razak telah lahir 1Malaysia. Ada yang terpesona dan yang sinis pun ramai juga. Keadaan semasa dan bila PRU13 berlangsung akan menentukan siapa menang. Sebelum berbuka puasa dan selepas tarawikh, topik regular dan popular ialah politik...Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Di dalam satu majlis iftar, ramai meragui kesungguhan Pentadbiran Najib membela kepentingan, hak istimewa Melayu dan Islam. Lantas ‘seorang dalam’, kononnya dekat dengan Najib dengan lantang dan penuh keyakinan berkata: ‘PM arif dengan apa yang berlaku di padang dan sensitif dengan perasaan tidak puas hati dan kekecewaan pribumi. Segala-galanya akan diatasi nanti’. Tetamu di sebelah kiri kanan saya bergilir berbisik ‘we have heard it before haven’t we? ...kita telah dengar dulu. Actions speak louder than words...apa yang ditunggu ialah bukti dan segera!’ Saya takut, dikongsi oleh majoriti yang hadir di meja utama – bukan calang-calang orang – guruh saja besar tetapi hujan tak lebat, hanya hujan gerimis sahaja. Dikotomi atau pembahagian yang tidak nampak sama dan adil terutama dalam bidang ekonomi dan bisnes, perumahan dan lain-lain mesti ditangani secepat mungkin kalau mahu meyakini Pribumi yang tidak begitu yakin kini; dikotomi sudah lama wujud dan makin ketara.

Sementara pribumi menikmati air hujan rintik-rintik, seorang bilionnaire Cina, Tan Sri Liew Kee Sin dengan berani menegaskan langsung pancit dakwaan Kongres Ekonomi Cina bahawa kononnya DEB tidak menguntungkan Cina. Tegas Liew Cina telah berkembang maju di bawah DEB selama 30 tahun. Dia memberi dalil-dalil: ‘Majalah Forbes, Injil/Bible orang kaya raya, Cina menguasai 37% permodalan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa berbanding hanya 7% dimiliki pribumi; 73% kekayaan dipunyai oleh 40 orang billionaire Malaysia, lapan dari sepuluh manusia terkaya di negara ini adalah Cina. Seorang Cina telah membina sebuah banglo berharga RM40 juta. Dari mana kekayaan ini datang kalau tidak kerana DEB?’ ujar Liew. Cerita penuh sila baca Malaysia Insider Ogos 14. Tegas Liew Cina harus jangan hanya pandai membolot dan menerima sahaja tetapi juga memberi balik!

PRU13 akan berkisar antara status quo dengan sedikit reformasi atau 1Malaysia dan Malaysian Malaysia dan Membina Melalui Islam. Apa pun Najib buat, laku, beri dan anugerah ramai sudah membuat kesimpulan: majoriti pengundi Cina antara 70 – 80 peratus mungkin tinggi lagi tidak akan menyokong BN. Apa pun MCA laku, berlagak dan berlakon pengundi Cina tidak akan bergoyang! Harapan BN ialah pada undi pribumi dan India. Kekuatan pribumi berpecah tiga: UMNO, Pas dan PKR. Ketiga-tiga parti ini akan mengejar dan berebut 60% pengundi Pribumi. Pakatan Rakyat sudah ada ‘simpanan tetap’ pengundi Cina dan juga bukan kecil bilangan pengundi India. Kalau Pas dan PKR berjaya memikat antara 40 – 45 peratus pengundi Pribumi pembangkang berada didalam keadaan sedap. Kalaulah PR memenangi antara 10 – 20 kerusi pun dalam pilihan raya negeri Sarawak (dijangka akhir tahun) itu petanda tidak baik pada pergolakan politik di Semenanjung dan Sabah. Perubahan atau ‘swing’ antara 5 hingga 10 peratus undi popular dalam PRU13 jika keputusan 2008 tidak berganjak kepada pihak mana pun akan mengubah politik negara: kalau memihak kepada BN, BN akan kekal berkuasa dan kalau kepada PR, PR lah akan memerintah. Baik BN (UMNO terutamanya) dan PR khususnya parti Keadilan calon-calon yang ‘berwibawa, bersih dan taat setia tidak berbelah bagi’ akan membantu andai mereka menang.

Najib dan Anwar – kedua-dua bukan ‘strong leaders’ seperti Dr Mahathir Mohamad tetapi mereka berpengalaman dan kedua-dua Machiavelli Melayu yang teruji! Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mesti mulai segera satu proses pembetulan, a corrective process dalam organisasi masing-masing. Proses ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan lagi tetapi satu perkara yang wajib dilakukan kalau mereka mahu kepustusan yang diharapkan. Pemimpin dan menteri selepas PRU13 mesti terdiri dari mereka yang berpengetahuan, berakhlak tinggi dan mengerti dinamiks politik dan ekonomi; mempunyai pandangan realis dalam politik domestik, wilayah dan antarabangsa. Lagi baik kalau mereka juga media savvy.

Sebagai latihan untuk bakal calon dan bakal menteri dan bagi meninjau bakat dan kemampuan mereka UMNO, Pas dan PKR cepat-cepatlah memobilasikan mereka yang terpilih dan jentera parti untuk mendaftarkan bakal pengundi yang di anggar berjumlah 4 juta belum berdaftar itu, sedihnya majoriti Pribumi terutama yang tinggal di bandar-bandar dan di ibu negara. Lazimnya mereka yang ditolong mendaftar sebagai pemilih menyokong parti yang mengambil initiatif itu. Tetapi tidak ada jaminan. Apa pun satu risiko yang baik.

Najib dan Anwar kedua-dua pemidato tetapi dalam politik juga seperti dalam bidang lain great talkers tidak semestinya berkesan dan bijak terutamanya dalam pentadbiran. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak bukan orators tetapi Tunku dan Tun Razak adalah pentadbir yang cemerlang terutama Tun Razak. Dasar-dasar mereka dilaksanakan segera dan dengan taat bagi menafaatkan rakyat. Bercakap dan bersyarah bukan seperti menulis dan mentadbir! Benar bagi pemimpin dan PM kebolehan berkomunikasi penting. Komunikator yang baik adalah satu plus, satu kelebihan. Tidak pandai atau tidak petah bermadah satu handikap, satu hambatan. Pada saya hasil (results) lebih penting dari kepetahan berpidato kerana tidak semua pemidato dapat melahirkan hasil!

Apa pun jangan perkecilkan bakat pandai bercakap. Sebagai PM dia harus mampu memberi tunjuk arah matlamatnya, meyakini dan mengispirasikan rakyat dan para pentadbir

Ahad, 22 Ogos 2010

Najib dah mula angin dengan UMNO Kedah dan Perlis.

Kata dua Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO Perlis, Kedah
KANGAR 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.(Utusan Malaysia 21/8/2010)
Barisan kepimpinan UMNO Kedah ternyata gagal berfungsi. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Shafiee Apdal seperti loleh tak boleh membuat apa-apa perubahan.

Ini kerana hanya beliau yang tergonteng-gonteng keseorangan tanpa “backing” barisan yang kuat dan kukuh. Dari Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada Ketua-Ketua Bahagian semuanya ada agenda mereka sendiri, mengembongkan poket masing-masing di masa kapal akan tengelam ini.

Penyakit hawar dan berak kapur yang melanda UMNO Kedah sejak dari pukulan hebat PRU12 lepas ternyata belum pulih seratus persen. Mereka masih lagi hebat “tutuh-menutuh” sesama sendiri di mana musuh semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian masih kekal menjadi musuh tidak berubah menjadi kawan.

Mahu tidak mahu Najib mesti tegas untuk merubah atau menyalin mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah menjadi 2nd Kelantan. Ini memandangkan rakyat sedang melihat luka-luka mereka ini sedang berulat merobok teruk.

p/s : MR memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers yang mungkin kurang paham bahasa-bahasa loghat Kedah dan Penang yang agak pekat dalam posting kali ini. Sila rujuk kepada rakan-rakan dari utara kalau ingin memahaminya.

Wajah Kota Bharu & Kelantan Akan Segera Bertukar...

Oleh Dinsman
Keluar dari Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) tengahari Khamis 2hb. Ramadhan 1431 (bersamaan dengan 12hb. Ogos, 2010), saya seperti melihat wajah Kota Bharu dan Kelantan yang berbeza sekali. Wajah yang sama sekali baru. Sebuah "Financial Hub" (Hub Kewangan) baru yang bertaraf dunia, berasaskan Dinar dan Dirham Kelantan, sedang bermula disini.

Hah, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Saya tak pasti, tapi itulah yang bermain di kepala saya, selepas mendengar ucapan-ucapan dari pelbagai pihak, termasuk beberapa orang dari luar negara, dalam majlis pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan itu.

Memang Kota Bharu (dan juga Gua Musang) sekarang pun sedang bertukar wajah fizikalnya disebabkan oleh projek-projek pembinaan yang sedang berjalan disana-sini. Rasanya dalam tempoh 20 tahun PAS mentadbir Kelantan sejak tahun 1990 belum pernah Negeri ini mengalami pembangunan fizikal seperti hari ini.

Namun saya membayangkan perubahan yang lain. Saya membayangkan perubahan yang di luar dugaan dan jangkaan sesiapa pun. Ramai orang akan terkejut dengan peristiwa yang tak dijangka ini. Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikeluarkan oleh Kelantan, yang baru tadi dilancarkan oleh Menteri Besar Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dengan disaksikan oleh wakil-wakil dari beberapa Negara Luar seperti Sepanyol, Jerman, Switzerland, Dubai, Indonesia (Acheh) dan Filipina (Sulu) akan segera menarik perhatian dan kepercayaan ummah dari seluruh dunia dan akan segera mengubah wajah Kota Bharu dan Kelantan.

Kota Bharu dan Kelantan selepas 2hb. Ramadhan, 1431 tidak akan sama lagi dengan yang sebelumnya. Sama sekali berbeza. Dan saya fikir proses perubahan ini tidak akan mengambil waktu yang lama. Inilah dia, Kelantan akan benar-benar mengubah Malaysia!

Sewaktu melangkah masuk ke dewan konvensyen KTC paginya, untuk menyaksikan perasmian pelancaran Dinar dan Dirham tersebut, saya sama sekali tidak menjangka bahawa apa yang akan disaksikan di situ adalah sedemikian hebatnya.

Saya fikit orang lain juga sama seperti saya, tidak menjangkakannya, kecuali beberapa orang yang terlibat dalam usaha itu sendiri, yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa dan dua orang kuat syarikat Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) - Prof. Umar Ibrahim Vadillo (CEO) dan Nik Mahani (Pengarah Eksekutif).

KGT ialah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek Dinar dan Dirham Kelantan ini. Prof. Umar (berasal dari Sepanyol) dan Nik Mahani (berpengalaman luas dalam perbankan) adalah tokoh yang telah lama bekerja keras bagi melihat Dinar dan Dirham kembali digunakan oleh umat Islam di dunia. (Nik Mahani juga telah menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan).

Maka sewaktu Umar bercakap memberi penerangan mengenai apa yang berlaku disebalik pelancaran Dinar dan Dirham (D&D) tersebut, saya mula menyedari bahawa suatu gerakan pembaharuan dalam sistem kewangan sedang terjadi. Bahawa pelancaran D&D Kelantan ini bukanlah suatu kejadian terpencil yang sekadar lanjutan daripada pelancaran Dinar Kelantan 2006 dahulu tetapi ia adalah manifestasi suatu gerakan ummah yang secara kebetulan terzahir di Kelantan, hasil daripada suatu kepimpinan politik Islam yang berani yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.




Maka apabila wakil dari Indonesia tiba-tiba menjadi sebak dan tak dapat melafazkan ucapannya buat seketika diatas pentas, saya terasa bahawa kesedaran itu tiba-tiba membuak-buak di dewan konvensyen itu. Dengan suara yang tersekat-sekat dia menyatakan bahawa kebekuan ummah yang berlaku sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah di Turki seratus tahun lalu, kini sedang mencair semula.

Beliau terharu kerana menyaksikan kebangkitan ummah melalui penggunaan semula matawang Dinar dan Dirham yang turut diusahakannya di Negaranya itu, rupa-rupanya kini telah menjadi kenyataan di Kelantan.

Dan secara diam-diam pula rupa-rupanya KGT telah berjaya mendapatkan persetujuan lebih daripada seribu kedai di Kelantan, yang bersedia untuk menerima dinar dan dirham Kelantan dalam urusan jual-beli mereka. (buku senarai kedai-kedai tersebut turut dibekalkan kepada hadirin di majlis itu). Malah Bank Islam dan Tabung Haji juga telah bersetuju untuk menerima D&D itu.

Dalam majlis perasmian itu juga diumumkan sebuah syarikat di Kelantan telah bersetuju membeli Dinar bernilai RM1 juta, iaitu Kompleks Perkayuan Kelantan Berhad. Manakala dari Kuala Lumpur seorang peniaga, Hishamuddin Tan Sri Ubaidillah, tampil membayar zakat bernilai 15 ribu dinar, yang diterima oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dari Kuala Lumpur juga sebuah kedai menunjukkan komitmennya menerima D&D Kelantan dalam urusan jual-belinya dengan melakukannya di pentas majlis itu iaitu Saba Islamic Media dan di pentas itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK menyampaikan bayaran gaji kepada CEO PMBK, IR Haji Mustafa Salleh dalam bentuk Dinar Kelantan.

Demikianlah makanya sewaktu melangkah keluar dari bangunan KTC tengahari Khamis 2hb. Ramadhan, 1431 itu, saya bukan sahaja terbayangkan wajah baru yang akan menjelma bagi Kota Bharu dan Kelantan tidak lama lagi, tetapi juga merasakan perubahan sedang berlaku dalam fikiran saya sendiri, mengenai beberapa perkara yang saya anggap penting dan utama dalam menilai kecemerlangan pentadbiran Islam di Kelantan.

Memang ini suatu peristiwa yang sedang berlaku di Malaysia, yang kemungkinan akan sekali lagi menjadi tsunami yang membawa kesan cukup besar yang nampaknya sukar dikendalikan oleh para pemimpin Barisan Nasional yang diterajui Dato' Najib. Sesuatu yang sepatutnya berlaku di peringkat Nasional, tetapi ianya berlaku di peringkat negeri yang dikuasai oleh pembangkang, namun mempunyai impak yang bertaraf antarabangsa.

Sesiapa yang hadir dalam majlis pelancaran itu pasti akan merasai bahawa ia adalah sebuah peristiwa peringkat antarabangsa yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan yang dilancarkan itu bukannya dicetak di sini, tetapi di Dubai oleh World Islamic Mint mengikut standard yang diperakui oleh World Islamic Trade Organisation (WITO).

Maka dengan membayangkan Kota Bharu suatu hari nanti akan menjelma sebagai "World Islamic Financial Hub" berasaskan matawang Dinar dan Dirham itu, apakah saya berimajinasi keterlaluan? Say fikir tidak dan saya menjadi begitu yakin apabila mendengar Dato' Paduka Haji Husam Musa sendiri menjawab soalan saya itu dengan menceritakan perancangan masa depan Dinar dan Dirham Kelantan sewaktu para jemputan telah ramai meninggalkan bangunan KTC, tengahari awal Ramadhan yang sangat bersejarah itu.

-Dinsman

Catatan Popular