Header Ads

ads header

Flash News

Kesetiaan

Oleh Amin Iskandar

Pada pandangan aku, kesetiaan merupakan perkara yang terpenting di dalam sesuatu perhubungan. Kesetiaan seorang anak kepada ibubapa. Kesetiaan seorang suami kepada isteri. Kesetiaan seorang sahabat kepada sahabatnya. Kesetiaan seorang pekerja kepada majikannya.

Aku akan hilang hormat kepada mana-mana  manusia yang belot. Belot kepada ibubapa. Belot kepada isteri. Belot kepada sahabat. Belot kepada majikan. Akan tetapi, jika belot untuk kebaikkan aku masih lagi boleh pertimbangkan.

Aku telah berhadapan dengan ramai pembelot-pembelot diluar sana. Mereka membelot isteri mereka. Mereka membelot majikan mereka, mereka membelot sahabat mereka dan ada juga yang membelot keluarga mereka.


Bagaimana aku menangani pembelot?

Kebiasaannya, aku akan terus memutuskan persahabatan dan terus menganggap pembelot-pembelot ini seperti sampah-sampah sarap di belakang pejabat aku. Yang lebih hina lagi, ada yang aku pandang mereka lebih rendah daripada sampah-sarap di belakang pejabat aku.


Begitulah pendangan dari seseorang yang setia. Orang yang setia tidak akan boleh berkompromi dengan pembelot.

Aku tetap setia dengan apa yang aku perjuangkan. Cuma aku melihat ramai rakan-rakan perjuangan yang mula membelot kepercayaan mereka. Mereka tewas dengan wang ringgit. Mereka terlibat dengan rasuah. Rumah mereka dipenuhi dengan perabot-perabot yang disponsor oleh kontraktor-kontraktor.

Mereka menjadi begitu lemah sehingga terlibat dengan skandal seks. Mereka menyalahgunakan amanah rakyat dan yang paling hina lagi, ada yang membelot rakan-rakan seperjuangan.

Mereka bersama dengan musuh semata-mata untuk kekal berkuasa. Aku telah membuktikan kesetiaan aku terhadap seorang yang telah aku anggap seperti ayah. Aku akan terus setia terhadapnya dunia dan akhirat.

Oleh kerana ramai bekas rakan-rakan seperjuangan telah menjadi pembelot, selepas hari ini aku akan hanya menyatakan kebenaran. Aku tidak akan setia kepada pembelot dan perompak harta anak-anak yatim. Pendedahan demi pendedahan yang lengkap dengan fakta akan dilakukan jikalau pembelot-pembelot ini terus menindas dan mempergunakan rakyat bawahan.

Awas Pembelot!

Tiada ulasan