Header Ads

ads header

Flash News

Kula letak jawatan dalam DAP Perak?

Oleh Regina Lee


Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.

Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".

Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu.

Menurutnya, beliau tidak berniat untuk meninggalkan DAP tetapi menimbang kemungkinan meletak jawatan di peringkat negeri.

"Cukuplah. Dalam sidang akhbar esok, saya akan menjelaskan semua, " tulis Kulasegeran dalam Twitternya pada jam 12.45 pagi - beberapa jam selepas Twitter awal.

'Bagaimanapun, menurut satu sumber, Kulasegaran nampaknya telah mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh beberapa pemimpin pusat DAP.

Bagaimanapun, beliau dijangka meneruskan hasratnya untuk mengadakan sidang akhbar itu pada jam 10.30 pagi ini di ibupejabat DAP Perak untuk memperjelaskan apa yang berlaku semalam.

Kula batal sidang akhbar pada saat akhir

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.



Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya bertenang untuk tempoh seminggu ini.
Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.


Puak 'Ngeh-Nga' - panggilan yang diberikan kerana pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri dalam foto bawah) dan setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) adalah sepupu - terlibat dalam konflik dengan ramai pemimpin DAP di negeri itu sejak beberapa tahun lalu kerana tidak selesa dengan gaya kepimpinan autoritarian kedua-duanya.

Usaha untuk menyelesaikan konflik tersebut berlangsung dalam mesyuarat pimpinan tertinggi DAP di Ipoh malam tadi, yang turut dihadiri penasihat parti, Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, rundingan damai itu gagal dengan kem Kulasegaran mendakwa bahawa puak 'Ngeh-Nga' enggan berkompromi atau mengotai janji mereka.


Ketika dihubungi hari ini, Kulasegaran berkata beliau akan berlepas ke luar negara selama seminggu dan akan mengadakan sidang akhbar sekembalinya ke tanahair nanti.


Kulasegaran mengakui bahawa beliau meninggalkan mesyuarat malam tadi selepas berlangsung selama 90 minit kerana ia menemui jalan buntu.


"Saya kecewa kerana tiada penyelesaian bermakna dapat dicapai dengan kepimpinan negeri," katanya.


Kulasegaran mengesahkan bahawa beliau dan beberapa pemimpin lain tidak senang dengan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk memperkukuhkan penguasaan mereka ke atas DAP Perak.

Tiada ulasan