Header Ads

ads header

Flash News

Anwar kena terima pencalonan jawatan Presiden PKR demi survival Azmin?

Oleh: ROSLAN BIAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap bercakap pasal demokrasi, telus dan adil. Sama ada Ketua Pembangkang itu ikhlas atau ada ‘udang di sebalik batu’, hanya beliau sahaja tahu.

Bahkan, sebelum ini ketika diminta komen pasal kemungkinan pertembungan Datuk Zaid Ibrahim dengan ‘anak emas’nya, Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November nanti, Anwar macam tidak kisah kedua-dua pemimpin itu bertanding.

Alasannya, sama demi demokrasi, telus dan adil maka beliau tidak mahu menyatakan menyokong sesiapa walaupun ramai sudah tahu, beliau mahu Azmin jadi orang nombor dua PKR.

Bagaimanapun, kalau nak tahu sama ada Anwar main wayang atau tidak bab demokrasi ini, tengoklah sama ada beliau berani terima pencalonan jawatan Presiden PKR seperti dicadangkan kepimpinan parti itu di Kedah.

Kalau mahu cakap soal demokrasi,telus dan adil maka Anwar kena terima pencalonan tersebut kerana pimpinan PKR Kedah sudah memutuskan semua cabang mencalonkan Anwar bagi jawatan tersebut.

Menurut Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim dalam kenyataan Isnin, cadangan itu diputuskan Biro Politik yang bermesyuarat 5 September lalu.

Cuma bagi jawatan timbalan presiden PKR, pimpinan Kedah akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini.

Minggu lalu, Majlis Muafakat Kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat Selangor juga mengesyorkan Anwar bertanding jawatan presiden.

Berbezanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicadangkan ‘turun pangkat’ sebagai timbalan presiden.

Ahmad berkata, pencalonan ini selaras dengan usaha untuk meletakkan kepimpinan parti yang mempunyai kuasa eksekutif yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Walaupun ketokohan dan kepimpinan Anwar tidak siapa yang dapat menafikan, sama ada kawan ataupun lawan kepimpinan karismatik yang beliau miliki adalah anugerah semula jadi yang telah membawa parti sehinggga ke tahap yang cemerlang kini, namun kepimpinan yang rasmi memerlukan beliau memegang jawatan sebagai presiden parti,” katanya.

Jika sudah banyak cabang mencalonkan beliau, Anwar yang mendakwa memperjuangkan demokrasi, telus dan adil kena terima hasrat pemimpin dan ahli-ahli PKR yang mahunya menerajui PKR.

Lagipun semua sudah tahu yang menguasai PKR adalah Anwar walaupun kedudukannya sebagai Ketua Umum PKR tiada dalam perlembagaan parti.

Persoalannya mahukan Anwar menerimanya dan mengenepikan Wan Azizah?

Kalau ini berlaku, Anwar sudah memecahkan nepotisme dalam PKR kerana sekarang beliau, Wan Azizah dan anak mereka Nurul Izzah juga berjawatan dalam parti walaupun tak ikut perlembagaan.

Malah keluarga itu juga hebat kerana belum pernah suami, isteri dan anak jadi wakil rakyat walaupun sebelum ini ada pemimpin UMNO dituduh mengamalkan nepotisme.

Rasanya Anwar perlu membuktikan beliau adalah pengamal demokrasi dengan menerima pencalonan jawatan itu.

Lagipun sekutu-sekutu dalam DAP dan PAS tentu tiada halangan.

Bagaimanapun, kalau Anwar menolak, ia bukan sesuatu yang pelik kerana mungkin ahli parlimen Permatang Pauh itu sedar bahawa jawatan sebagai Presiden PKR akan terjejas jika beliau disabitkan dengan kes liwatnya kelak.

Namun, kalau beliau ingin memastikan Azmin menggantikannya jika beliau didapati bersalah dan di hukum, Anwar kena terima jawatan Presiden sebab kalau Wan Azizah kekal dan Anwar sudah di hukum kelak, peluang Azmin jadi orang nombor satu pasti susah sebab Wan Azizah dan Azmin bukanlah ngam sangat.

Justru itu, Anwar tiada pilihan lain kerana jika beliau kantoi dengan kes liwatnya, Anwar boleh lantik Azmin jadi pemangu Presiden PKR - Jalan mudah menyelamatkan survival politik Azmin . -13/9/2010

Tiada ulasan