Catatan kepada pelawat:

Catatan kepada pelawat blog: Saya bina blog ini khas untuk saya sendiri bagi memudahkan saya memantau penulis-penulis di alam siber (internet) mengemas kini tulisan mereka.

Konsep : Artikel pada blog ini berfokus kepada pencetus minda rakyat.. yakni penulis ini memberikan idea untuk satu santapan minda baik pro atau mungkin kontra dengan pemikiran sejagat. Oleh itu artikel ini adalah artikel yang perlu kepada perbahasan minda.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Prestasi PRU Sarawak petanda masa depan BN

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga di DUN Sarawak dilihat kemungkinan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lebih banyak kerusi persekutuan pada pilihan raya umum ke-13, tetapi ia tidak cukup untuk membenam perikatan berusia lebih lima dekad tersebut.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aifilfitri.

Penganalisis politik Dr Ong Kian Ming dari USCI menekankan, Sarawak akan menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya meskipun perikatan baru ini perlu bekerja kuat untuk mengekalkan keyakinan rakyat ekoran permasalahan dalaman termasuk tindakan beberapa wakil rakyatnya melompat parti.

“Apabila BN gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertama di Sarawak, ia akan menjadi petanda awal yang akan mendedahkan keretakan dan kelemahan dalam BN dan Umno khususnya selepas negeri itu bukan lagi (kekal sebagai) deposit hayat,” katanya.

Kata beliau, kedudukan itu akan memberi tekanan ke atas Sarawak untuk berubah dan akan menyebabkan ketidakstabilan dalam BN sendiri.

“Najib akan kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang dan Pakatan Rakyat akan memperoleh bersih 18 kerusi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas membentangkan penemuaan kajiannya pada satu forum minggu ini.

Berdasarkan kajian Ong itu, BN juga akan gagal untuk menawan semula Selangor dan Perak manakala PR akan menerokai kejayaan lebih signifikan di Terengganu, Johor dan Sabah.

Justeru, Ong percaya PR akan berupaya untuk menawan kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Sri Aman di Sarawak.

Selain itu, PR boleh menang di Kulim, Kedah, Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu, Lumut dan Kampar di Perak bersama kerusi Segamat, Kluang dan Gelang Patah di Johor.

Masalah membabitkan dua anggota Kabinet pusat — Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman di Umno Sabah juga kemungkinan akan menyebabkan BN kehilangan kerusi Sandakan dan Tawau, kata Ong.

PR menguasai 82 kerusi ketika pilihan raya umum 2008 dan kini memiliki 77 selepas beberapa wakil rakyat keluar dan pertukaran kerusi dimenangi dalam pilihan-pilihan raya kecil.

BN juga kehilangan dua kerusi selepas wakil rakyat SAPP keluar perikatan itu akhir 2008.

PR dijangka akan menguasai hampir 100 kerusi ataupun 45 peratus daripada 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Ong juga berkata, ketidakmampuan BN untuk mendapatkan semula kedudukan selesa atau ajaib 148 kerusi di Parlimen akan menolak Umno ke arah kanan.

“Selepas pilihan raya umum ke-13, kedudukan (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Najib tidak boleh berkekalan dan keadaan akan menjadi semakin buruk.

Datuk Seri Najib Razak mengetuai BN sejak April 2009.

“(Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin akan berkempen lebih menjurus kepada agenda orang Melayu. Ini akan mencetuskan ketidakstabilan dalam BN dan Umno akan lebih memihak kepada pro-Melayu,” katanya lagi.

Ong menambah, kegagalan Najib, yang juga Pengerusi BN, untuk memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya akan datang bakal menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau.

“Jika anda lihat pada Pak Lah, beliau kehilangan sokongan daripada Umno selepas pilihan raya umum 2008. Jika beliau gagal memperoleh majoriti dua pertiga, maka Muhyiddin akan menjadi presiden baru Umno,” katanya.

Kata Ong, riwayat BN akan berakhir di bawah kepimpinan Muhyiddin kelak.

Ong menambah, keadaan itu akan menyebabkan perwakilan BN akan menjadi kurang menyengat manakala PR pula akan mengambil kedudukan tersebut.

“Bukan Melayu tidak lagi akan meletakkan keyakinan ke atas BN, yang akan menyebabkan ia hilang kuasa dalam pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa PKR mesti memperoleh semula keyakinan selepas beberapa wakil rakyatnya bertindak keluar parti itu di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Beliau menekankan bahawa negeri-negeri PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang perlu memperbaiki prestasi mereka.M/I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular