Header Ads

ads header

Flash News

Antara Dua Peramal, Hanya Paul Si Sotong Di Dalam Bahaya

Oleh Ahmad Zawwawi

Paul SiSotong meramalkan Sepanyol akan muncul Juara Edisi ke-19 Piala Dunia FIFA manakala Mani SiNuri pula memileh Belanda. Dalam lain-lain perkataan kedua-dua Pembuat Ramalan ini bakal berdepan dengan masaalah jika tekaan mereka meleset.

Walaupun khabarnya pihak Perdana Menteri Sepanyol bersedia memberikan perlindungan kepada Paul SiSotong terhadap keselamatannya ia tetap berisiko tinggi sekiranya Sepanyol gagal menepati ramalan tersebut. Para penyokong Sepanyol pula yang akan mengejar Paul hingga kelubang cacing.

Paul SiSotong sepatutnya sedar walaupun dia boleh meramalkan sesuatu keputusan tetapi kehidupannya sendiri seharian bergantung sepenuhnya dengan bantuan pihak-pihak lain. Umpamanya apabila dia hendak makan atau minum. Dia tidak mampu menyediakannya sendiri.
Bagi Mani SiNuri pula, ia sama sekali berlainan. Meminjam kata-kata dalam bahasa Inggeris dia sebenarnya has nothing to lose. Dia boleh segera meninggalkan Afrika Selatan sekiranya ramalannya tidak menjadi. Dia boleh terbang tanpa mengunakan MAS, Air Asia, BOAC, Japan Airline atau sebagainya. Jauh sekali memerlukan Paspot Antarabangsa.

Jadi hanya Paul SiSotong sahajalah yang akan menjadi sasaran. Jika Sepanyol menang dia akan dijadikan hidangan Makan Malam oleh kumpulan yang menyokong Belanda manakala jika Belanda pula yang menang – bersiap sedialah wahai Paul SiSotong kerana ramalan melesetnya telah memiskinkan orang.

Jika saya ditanya apakah pendapat saya tentang final itu nanti? Jawapan saya ada tiga ( 3 ). Pertama: Tonton perlawanan tersebut dengan penuh gembira. Kedua: Jangan berjudi kerananya. Ketiga: Keputusan mutlak akan ditentukan oleh seorang yang bukan Pemain didalam padang. Selebihnya adalah sejarah.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Tiada ulasan